Aku, Surau dan Agama

Renungkan..apabila orang tidak dikatakan tidak beragama…bagaimana tingkah laku dan percakapannya..

”  Surau ini perlu dirobohkan..dibina atas taman permainan..tempat budak bermain..adanya surau menghalang budak bermain  ”

 

19042009

 

Apa perasaan apabila cakap-cakap ini keluar daripada mulut seorang yang berbangsa Melayu..yang pastinya boleh mengucap Syahadah..lantas agama anutannya adalah Islam..

Mendengung Cabuk bila mengetahui ada situasi seperti ini..lebih-lebih lagi ia berlaku cukup ‘dekat’ dengan aku..mengapa ada segelintir umat Tuhan ini..

Selama 11 tahun rumah Tuhan ini dibina, diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan, solat jemaah didirikan, masih ada yang mahu ia dirobohkan..

Ya..aku terima alasan engkau..surau ini dibina atas tempat awam, jadi hukum dunia mengatakan ia haram..tambah lagi pembinaannya tiada kelulusan bangunan daripada pihak berkuasa dunia..

Tapi, pernah engkau fikir, yang dibina, SURAU..bukan RUMAH URUT, PUSAT KARAOKE atau RUMAH PELACUR…adakah aktiviti surau ini menggangu kehidupan engkau yang duduk bersebelahan seperti yang 3 itu….

hairan juga bila azan berkumandang, tiada nampak paip surau itu dilimpah pada tangan kau untuk berwudhuk..

Hebat cita-cita engkau..runtuhnya surau ini nanti akan ditukar dengan arena sukan..mahu dewan futsal dibuat..gelanggang badminton didirikan..

Khusyuk engkau memikirkan perkara ini setiap waktu sehingga terlupa khusyuk untuk mengerjakan solat jemaah di surau itu..

Mahu bawa perkara ini ke mahkamah..elok sangat tindakan engkau itu..pasti jika ia diizinkan Tuhan untuk jadi, kita tengok apa kesudahannya..aku seperti mahu jadi peguam ketika ini..

Solo (Indonesia), Sungai Buluh, Jenderam Hilir, Sungai Serai, Kampung Dusun Nanding, Taman Koperasi Uda, umat-umat Islam di sini ketika ini sedang mendoakan agar surau ini kekal..harus diingat, engkau bukan berlawan dengan individu yang sangat engkau benci sehingga tertempias pada surau..engkau berlawan dengan agama, Tuhan..

Kasihan bukan..tatkala orang tidak beragama diketemukan pada kita..doa Cabuk, kembalilah..belajar bersyukur..ingatlah Tuhan..biasa aku katakan ayat ini…

    • sebaliktabir
    • April 20th, 2009

    Ada lagi makhluk tuhan yang seperti ini…
    Lupa diri…tinggi dia tinggi lagi Maha Pencipta.
    Sama-sama berdoa’ rumah Allah itu kekal selamanya.

  1. Amin

    • abgzel
    • April 23rd, 2009

    aku yg kat penang dan kadang-kala di kajang ni nak join orang Solo (Indonesia), Sungai Buluh, Jenderam Hilir, Sungai Serai, Kampung Dusun Nanding, Taman Koperasi Uda mengutuk tindakan manusia berbangsa melayu dan beragama islam tu…

  2. trimas..amin..

  1. October 27th, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: