Aku dan Siasatan Polis

gw540h405

 

“Masih lagi dalam siasatan”

Ayat yang biasa didengar apabila soalan mengenai perkembangan sesebuah kes..tak kira kecil atau besar..ringan atau berat..bunyi macam stereotaip..lama jadi macam ayat retorik..takpa..bukan itu yang jadi salah..bukan kesalahan yang aku mau ceritakan di sini..

“Apa kau nak jadi besar nanti,” tanya ayah..”Polis,” jawab aku…”cuba cari kerja lain,” balas ayah ringkas..

Aku jadi mahu jadi polis bukan sebab seronok tangkap orang jahat..seronok pegang pistol..seronok ada lencana..seronok bawa kereta ada bunyi siren..sebabnya, aku cabar kepala otak aku fikir macam mana nak selesaikan satu-satu kes melalui siasatan..idea ini aku fikir ketika aku berumur 11 tahun..ketika soalan ayah aku ajukan soalan itu..

Aku suka tengok cerita Crime Scene Investigation..sama dengan mak aku..cerita bercorakkan siasatan polis berkiblatkan bukti forensik..yang boleh membawa kepada si penjenayah..aku suka berfikir terlebih dahulu seperti pengarah drama ini, bagaimana kesudahannya..maknanya, siapa penjenayah yang akan ditangkap..siap berlawan dengan mak aku..

Ketika zaman budak-budak, aku dan Zailan (Cholan), kawan baik aku, suka bermain dengan penyiasatan..cuma, tiada kes yang kami siasat..hahahahaa…aku suka berfikir macam polis..semua benda aku anggap kes..CSI banyak pengaruh aku berfikir dalam teliti satu benda..kadang-kadang rasa cabar kepala aku berfikir untuk selesai masalah melalui pendekatan siasatan jenayah..

 

gw505h402

 

Kenapa cerita CSI ini terlalu sempurna..semua penjenayah dapat dikesan..mudah saja, sebab ia adalah drama yang berskrip..lebih dalam fikir, adakah polis di negara ini sehebat itu dalam siasatan mereka…aku selalu fikir benda ini..dalam kes-kes tertentu, aku harap sangat penjenayah itu akan dikesan..

Adakah kita berkongsi realiti yang sama melihat kekurangan kecekapan polis negara ini yang bergelar PDRM dalam menyiasat sesuatu kes..????

atau ada sesuatu di sebalik apa yang berlaku..kes pembunuhan..penculikan..pengedaran dadah..perjudian..pelacuran..apa saja jenayah yang bermula dengan P…

Hairan juga masih tergantung lagi kes-kes itu..macam takda klue..takda suspek..tak cukup bahan bukti..silap-silap kes itu senyap saja..tiada penghujungnya..melainkan, ia perlu ‘diselesaikan’..

Lebih sayu lagi, tangkap hari ini..lusa tulat, muncul semula..kembali seperti biasa..bak kata orang kampung, ai ado laie jadah haram ni…

Melalui apa yang mungkin biasa kita dengar, YA..mungkin ada sesuatu di sebalik kes..cuma kita tak tahu sejauh mana kebenarannya..aku..selagi tidak melihat dengan mata, telinga, organ kepala aku, cakap-cakap hanya tinggal cakap-cakap saja..percaya, bukan dalam pertimbangan..

Bagaimanapun, aku tetap hormat pada PDRM..polis..asasnya, kerja mereka mulia..jadi sebaliknya, berpunca manusia yang menyarung seragamnya..biasa, agama pun rosak sebab manusia..bukan agama yang merosakkan manusia..

Aku bangga menjadi cucu kepada seorang polis..berpangkat Sarjan..Abu Bakar Ujang..bukan sekadar menjadi ‘polis’ atuk aku ajar..menjadi seorang yang beragama juga jadi modul orang tua Bakar nih..terima kasih atuk..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: