Aku, Selangor dan Kelantan

klc000425421

 

Malam ini, perlawanan antara dua skuad Merah, Selangor (Red Giant’s) dan Kelantan (Red Warrior’s) berlangsung..merebut piala yang berprestij, Piala FA…di Stadium Nasional Bukit Jalil..

Aku..sekadar menonton di televisyen rumah aku..mungkin bersama anak bini..kalau mereka nak tengok sekali..apa yang mahu aku lihat..permainan yang terbaik..persembahan bola sepak yang menghiburkan..yang penting fairplay..ayuh kawan, untuk bola sepak negara gak..

Bos aku, Hafiz, Bob dan Zul..bersemangat naik bas bersama 40 penyokong setia Kelantan yang lain untuk ke venue perlawanan..dah sampai agak ye tuh..

Yang aku tak nak tengok..bergaduh..baling botol..bakar mercun..kopak bangku stadium..jangan buat la wei..jaga pernagai masing-masing..susahkan aku nak buat kerja pulak..tak pasal-pasal..

Mana pasukan aku sokong..aku bekerja di Kelantan..anak jati Selangor..lahir di Hospital Assunta, Petaling Jaya..

Aku tak sokong mana team..jujur, dah lama hilang minat aku tuh..satu ketika, aku sanggup drive jauh dari JB sebab nak tengok Selangor main..tapi bukan sekarang..kalu mungkin aku minat, aku nak terbang jauh ke Old Trafford..itu mungkin..atau tengok budak-budak kampung aku yang main lebih jauh bagus daripada pasukan bertaraf elit..aku cuma minat menonton apa yang dikatakan perlawanan bola sepak sebenar..dah aku terangkan di atas tadi..

Aku ‘player’ bukan fanatik..kepada kedua-dua pasukan, selamat berjuang..terima kasih sebab hiburkan aku dengan permainan korang sepanjang beraksi..

  1. October 17th, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: