Aku dan Old Trafford

picsrv_manutd_com

 

 

TETAP ke Old Trafford meskipun gagal menjulang Piala FA.

Memenuhi janji yang perlu dikotakan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tetap menghadiahkan ganjaran kepada para skuad Kijang untuk mengadakan lawatan ke tempat di mana kelab gergasi dunia, Manchester United beraksi.

Ganjaran ini pasti membangkitkan semula semangat pemain yang luntur ekoran kegagalan yang merangkul kejuaraan Piala FA buat julung kalinya selepas menunggu 39 tahun apabila tumpas kepada Selangor 4-1 melalui penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.

Rupa-rupanya, perancangan itu telah lama dibuat oleh pe ngurusan Kafa tanpa pengetahuan pemain dan dijangkakan akan berlepas ke destinasi tersebut Ogos nanti.

Hari ini satu majlis penyampaian tiket kapal terbang akan berlangsung dan ia akan disempurnakan oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ib rahim berkata, skuadnya mencapai sasaran awal untuk me layakkan diri beraksi di pentas akhir piala berprestij itu dan ia merupakan satu hadiah buat peminat.

Justeru katanya, penghargaan perlu diberi kepada para pemain atas usaha keras itu untuk terus memberi fokus dalam kancah saingan Liga Super dan Piala Malaysia nanti.

“Kita sasarkan masuk akhir, menang merupakan satu bonus, jadi ganjaran ini tetap diberikan dengan harapan semangat pemain tidak pudar, ” katanya

 

Cabuk: Macam best je..diorang tak nak bawak aku ke..muahahahaaa..

    • mywanfai
    • April 27th, 2009

    old trafford?? kat mana tu?? baik gi stadium selayang… wakakakaka

  1. jgn dengki haa..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: