Aku dan Basuh Media

Semalam..beberapa kawan aku yang terdiri daripada pengamal media dipanggil oleh Persatuan Kerabat Diraja Kelantan..bunyi macam nak diadakan sidang media..mungkin menjelaskan mengenai isu Manohara Odelio Pinot, model Indonesia yang didakwa didera dan dilarikan oleh kerabat Kelantan..

Aku sendiri terima SMS itu..Setiausaha Sulit Sultan Kelantan juga dikatakan turut hadir..agak bersemangat aku nak datang majlis ini..jadi aku sendiri mahu dengar penjelasan daripada pihak mereka untuk menjernihkan isu ini..

Sebabnya..aku antara yang terlibat menulis berita ini..dua berita aku tulis..

ne_01_1

1) Tengku Fakhry-Manohara tampil mesra – Muka depan Kosmo!

 

untitled

2) Terdesak hendak jumpa Manohara – page 6 Kosmo!

Tapi..bos aku pula nak pergi..walaupun aku sendiri sudah tawar diri..

Agak terkejut ada perkara sebaliknya berlaku..mengikut rakan sebumbung, bukan sidang media dibuat sebaliknya sesi membasuh media berlaku..katanya, Utusan dan Kosmo! teruk dihentam kerana menyiarkan berita yang tidak benar dan tanpa merujuk pihak Istana…agak teruk juga gang media ‘disekolah’..siap ada Mufti keluarkan ayat-ayat dan hadis menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh media..

Dalam majlis itu, tiada sebarang berita yang boleh ditulis hasil daripada cakap-cakap mereka..dengar saja.. penjelasan yang agak keras diberikan oleh mereka..ok..aku yang hanya mendengar daripada mulut kawan-kawan aku, aku terima..maaf, aku tidak boleh menulis di sini penjelasan itu..aku cuma pegang janji dengan pihak persatuan kerabat itu..

Cuma, penjelasan ini agak lewat..mungkin menyimpan marah, sampai kemuncak, jadilah begini..

PM baru kita, Datuk Seri Najib pernah memberi penjelasan mengenai isu Altantuya selepas turut dikaitkan..termasuk Datin Seri Rosmah..

Yang penting di sini, kita tampil beri penjelasan..selepas itu, orang nak kata tak betul ke..terpulang..jangan hanya mendiamkan diri..orang kita ini bijak menghukum bila kita senyap saja..

Apa-apa pun, kepada gang yang lain, aku mohon maaf andai kata ada yang menyalahkan aku sebagai personal dan Kosmo! umumnya kerana menjadi punca korang semua teruk dimarah..

Dalam penulisan aku, susah aku nak menuding jari kepada orang yang dikatakan salah oleh sesuatu pihak..aku cuma membuat penulisan yang balance..selagi tiada bukti, aku tidak mahu katakan benar apa yang didakwa oleh kelurga Manohara..

Nak khabar di sini..kalau klik link di atas..penulisan pertama, apa yang aku tulis..adakah aku menulis sesuatu yang memburukkan kerabat..penulisan kedua, perkara yang sama aku ulang..aku cuma tekan hasrat keluarga Manohara untuk berjumpa dengannya..cuma last option, tindakan yang mahu diambil oleh keluarga ini dilihat keras..tapi still, tiada juga yang memburukkan kerabat..

Mungkin marah mengenai story background..yang mengulang dakwaan ibu Manohara, Daisy Fajarina yang berkata macam-macam..itu adalah style berita ditulis..aku rasa ramai orang maklum mengenai perkara ini..

Inilah yang orang kurang nampak..yang baik susah nak kelihatan..sekali jahat, itu yang dijaja..hairan aku, kenapa ramai sangat yang bersikap sebegini..

Jujur, aku tidak mudah percaya apa ang orang kata..selagi tidak lihat dengan mata kepala aku sendiri..Iman Syafie yang nasihat begini pada aku..melalui kitab la..

Yang aku pasti, Daisy dan Dewi (kakanya) hanya mahu berjumpa dengan Manohara..itu saja yang aku mampu baca..yang lain, lantak, aku tak amik pusing..

Berani kerana Benar..Takut kerana Salah…

  1. MAcam inilah nasib wartawan. Mujur saya hanya menulis berita biasa-biasa, Tidak sensasi. Di marah sebab lambat upload berita sahaja [padahal ‘mereka’ tak ambik tahu kesihatan server dan sebagainya].

    Berurusan dengan orang yang ‘selebriti’ dan ‘punya kuasa’, inilah risikonya.

    Bila tulis yang manis-manis tetapi tidak benar, tidak pula bising-bising.

    Bila tulis hal yang ‘kelat’ untuk mereka tetapi sebenarnya perlu untuk masyarakat tahu, pandai pula melenting.

    Masing-masing mahu hidup bukan?

  2. takpa cik bayan..saya syukur, shingga komen ini ditulis, masih hidup..

  1. June 7th, 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: