Archive for May, 2009

Aku dan Ikan Keli

28052009119

 

Antara sebab aku balik KL kali ini sebab makanan di atas..oran rumanh tersayang, Nor, teringin sangat nak makan..pelik bukan..takdela nampak special sangat kan..tapi sekali lu orang rasa, jari kaki pun boleh jilat..

Inilah ikan keli bakar dengan kuah asam yang cukup ‘sodap’ bagi aku..kedai dia simple je..tepi jalan..di Jalan Changkat Raja Chulan..memang ramai la kedai ni bila tiba waktu makan tengahari..berpusu-pusu orang..kalau tempat tak cukup, kena tunggu la sampai orang habis makan..

Ikan keli dibakar depan mata..pilih saja mana yang berkenan..besar, kecik, separuh masak, cukup masak, hangus pun ada..hehehee..jangan lupa ambil kuah asamnya sebagai pelengkap juadah..

Satu ketika, tempat ini menjadi tempat aku makan sambil bercinta dengan Nor…biarpun aku bekerja di syarikat yang lain, aku akan datang ke sini untuk melahapkan nafsu makan ikan keli bakar…lagi pun, pejabat aku dekat dengan Nor..takde lauk lain yang aku jamah, ini saja..kalau ikutkan ada satu lagi, sayur bayam, tapi sayang masa aku datang tempoh hari, habis pulak..errrgghhh..tension aku..

Nak jadi cerita, makcik-makcik yang jaga kedai ni pun cukup kenal aku dnegan Nor..sampai boleh bergurau-gurau la..cuma makcik ini dah tak cam aku selepas tiga tahun aku tak datang sini..

ps: hehehehhee..pelik je entry aku nih..wanfai, jangan mare ye..

Advertisements

Aku dan Ah Long

Woi..hebat…superb..kau nampak berkuasa…Tabik spring la aku kat gang Ah Long nih…dah jadi macacam polis sampai berani ‘penjarakan’ peminjam yang tak mampu bayar hutang..bukan banyak mana pun..RM1500 – RM4000…seram gak baca laporam tuh..mangsa hanya diberi makan roti..diberi minum air paip..kena rotan kalau bising..

apa-apa pun tabik hormat pada polis sebab berjaya tumpaskan sindiket haram ini..
Tahniah pada Utusan Malaysia kerana menempelkan gambar ini pada paparan muka depan..jangan korang fikir nak mengaibkan pulak..ini semua untuk kesedaran orang ramai..

aku pernah terdengar cerita mengenai orang-orang yang lari, menyembunyikan diri sebab berhutang dengan Ah Long..malah, ada seorang mamat manusia yang pernah aku anggap bacul, sampah, merayu pada aku untuk pinjam duit sebab bayar pada Ah Long..dia pinjam duit kat Ah Long sebab nak bayar kos pembedahan ayah dia..tak tau betul ke tak..pelik, ada juga umat manusia yang dah buat salah kat aku, berani pula nak minta macam-macam..takpelah..

Aku pernah tersepit..banyak hutang..tapi bukan dengan Ah Long..sampai kereta aku ditarik..syukur..kereta saja ditarik, bukan nyawa aku atau nyawa orang-orang yang berkaitan dengan aku..takpelah, kesilapan aku tidak bijak mengurus wang..cuma, aku tak anggap ia ‘Hari Kiamat’ bagi aku seperti umat-umat lain yang cukup menggelumpur bila perkara sedemikian berlaku..

Sekali lagi syukur pada Tuhan yang beri aku jalan untuk keluar dari kempompong masalah tersebut..tanpa perlu aku membuat pinjaman pada Ah Long..Alhamdulillah..

Ingatlah sahabat handai, sanak saudara, rakan taulan..terdesak sekalipun, janganlah sampai pinjam Ah Long..atauun buat benda lain yang tak senonoh..mencuri..merompak..menculik..membunuh..berat mata memandang, berat lagi memikul..ye..aku faham hujah tuh..tapi cubalah jangan gunakan jalan hitam itu..sememangnya tidak memberi sebarang faedah..

Aku dan Sekejap

Sekejap ada..sekejap takda..sekejap muncul, sekejap hilang..macam biskut daa…

Minggu nih, boleh diisytiharkan minggu malas aku nak update blog..mungkin takda idea nak dikongsikan..

Ada peristiwa menarik sepanjang minggu..cuma tak berkesempatan nak mendalaminya..aku hanya sempat belek-belek saja..

Jadinya, aku nak rehat sekejap..hehehe..

Esok..aku akan berada di kampung halaman yang aku rindu, Hulu Langat..aku pulang sekejap..ada jemputan yang perlu dihadiri…

Mungkin, sekejap aku tak menjadi..mungkin esok aku update semula cabuk ini..

Selamat Rehat Sekejap…

Aku dan Blog Artis

Aku sebenarnya tengah mencari bahan bacaan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Manek Urai melalui laman web blogger, nak cari idea nak buat cerita, nak tambah ilmu di dada melalui pembacaan, tiba-tiba aku terbukak blog artis-artis..

ada 2 3 blog yang aku buka, ada juga yang pernah aku baca..cuma yang 2 blog nih, aku baru saja ketemui..dah lama blog diorang ni ade, cuma aku saja baru jumpa..nampak macam menarik pula aku baca semua entry yang ada..biarpun tak banyak entry yang dimasukkan atau di ‘update’ daripada apa yang aku tengok dalam bulan-bulan yang terdahulu tapi sekali menulis, terasa impak entry ye..

1) Zek Zaidi

2) Aqasha

bagus juga melalui penulisan di blog 2 artis ini, nampak cerdik, smart, bijak, halus, mendalam, ada akal fikiran..aku boleh puji la 2 artis ini dalam 1st impression aku..aku sendiri tak secerdik 2 orang mamat ni menulis..sebab tu aku suka membaca blog orang..heheheee…biarlah orang nak kata, mungkin dibuat-buat..terpulang..itu hak masing-masing..

Aku cukup tertarik dengan tulisan mereka..jadi aku letak link 2 arits nih di Cabuk secara sukarela..hahaha..senang sikit aku nk bace nanti bila ada update…

hahahahha…..Cabuk gelak..Cabuk Suka..

Aku dan Menteri Besar Perak III

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara.

Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

“Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah,” kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini.

Hakim Md Raus, dalam penghakiman lisannya, juga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

“Kami berpendapat bahawa keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah dalam bidang kuasa Sultan.

“Berdasarkan keterangan dalam kes ini, permohonan membubarkan dewan dibuat mengikut Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak dan bukannya Perkara 36 Perlembagaan itu,” kata Hakim Md Raus bagi membenarkan rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah juga mendapati Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Hakim Md Raus berkata hakikat bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

“Tidak ada syarat mandatori dalam Perlembagaan Perak bahawa usul undi tidak percaya perlu dibentangkan terhadap responden sebelum keputusan dibuat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya. – Bernama

Aku, Hamba Abdi dan Hamba Tuhan

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Perhambaan adalah sistem sosial-ekonomi di mana manusia – hamba atau abdi – dirampas atau dinafikan kebebasan dan dipaksa untuk bekerja.

Hamba ditahan bukan atas kerelaan diri sendiri daripada masa mereka ditangkap, dibeli, atau selepas lahir. Mereka ini dinafikan hak untuk keluar, hak untuk tidak mahu kerja atau hak untuk menerima bayaran bagi kerja yang dilakukan. Kerana ini perhambaan adalah satu bentuk gunatenaga yang tidak adil.

SISTEM HAMBA DALAM ISLAM

Apabila Islam datang ke dalam masyarakat Jahiliyah, ia telah membantah sebarang bentuk penindasan terhadap hamba abdi. Malah Islam menyamaratakan status manusia, sama ada dari kalangan atasan, hamba, bangsa atau kaum, semuanya sama di sisi Islam. Oleh itu ramai di antara mereka yang mula memeluk agama Islam adalah dari golongan yang miskin dan ditindas. Malah antara orang pertama yang memasuki Islam ialah Bilal, seorang hamba abdi.

Islam menyatakan bahawa hubungan antara tuan dan hambanya bukan bertujuan untuk menindas, menghina atau mengeksploitasi, sebaliknya ia bersifat persaudaraan dan kasih sayang. Kehebatan cara Islam menangani permasalahan hamba sahaya turut mendapat sanjungan pejuang-pejuang salib Eropah. Pejuang-pejuang ini menyatakan bahawa layanan terhadap hamba abdi di zaman permulaan Islam tidak pernah berlaku di tempat-tempat lain sebelum ini di mana hamba yang telah mendapat kemerdekaan enggan berpisah dengan tuan mereka kerana telah menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada anggota keluarga tuan mereka. Rasulullah S.A.W. sendiri melarang tuan punya hamba mengungkit-ungkit status hamba mereka, malah menyuruh tuan punya hamba berkata-kata dengan rasa kasih-sayang.

 

Cabuk: Lebih untung jadi Hamba Tuhan kan dari jadi hamba manusia..meskipun dalam Islam terang dan jelas menerangkan mengenai konsep hamba, masih ada yang tak nampak..

Tanpa sedar, istilah hamba lebih besar dan meluas zaman ini..aku punya pendapat mengenai perkara ini..

Anak hamba kepada ibu bapa..adik hamba kepada kakak dan abang (atau sebaliknya)..isteri hamba kepada suami (atau sebaliknya)..pekerja hamba kepada majikan..pemimpin hamba kepada rakyat..

Aku ikat perhambaan itu menjadi tali persaudaraan..salah ke..bukan itu yang dituntut…

Tapi ini zaman, letih wei kalau jadi hamba..sebabnya orang tak paham konsep ‘perhambaan jenis Islam’…ada umat manusia yang nak buat perhambaan kembali pada zaman gelap..jahiliyah..takpa la..mungkin sebab orang-orang itu jahil..TAK BERAGAMA..atau KURANG BERAGAMA..

habis penat dikerah..kantung peluh diperah..lelah tidak diendah..jasad menjadi pasrah..

Letih wei…letih wei..letih wei..Cabuk ni sape wei..hamba abdi ke..

Aku dan Kereta Hilang

KKB000013398

 

 

Lagi kereta hilang….(macam buat berita daa)..alahai..

Kereta Perodua Kelisa, milik member aku merangkap jurugambar Utusan Malaysia, Hafiz Johari hilang, dicuri oleh penyangak di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Che Su, Kota Bharu, Kelantan, petang semalam..

Sehari sebelum, sebelah malam, sebuah Proton Perdana V6 juga dirembat, lokasinya hanya 30 meter saja dari tempat kereta Hafiz dicuri..

Ironik sungguh..aku geleng kepala wei..berani penyangak terdesak ni buat kerja time siang-siang hari, tengah ramai orang..gua memang salute la lu orang punye berani..

Nak tambah cerita jadi lebih klimaks lagi, kawasan sekitar pejabat aku nih, memang cukup la terkenal dengan aktiviti curi kereta..tambah dengan ragut..bukan sekadar khabar angin, boleh chek repot polis Kota Bharu kalau nak sahkan..

Awal tahun, kereta Proton Waja milik kerani Bernama hilang di sebuah tempat letak kereta, sebelah pejabat aku..disusuli dengan kereta Proton Waja milik bos aku sendiri ditempat yang sama..belum kira yang berlaku sebelum ini..

ada juga cubaan mencuri motosikal Modenas bernama kereta (nombor plat: KAR) milik Azran pernah berlaku..mujur disebabkan motosikal ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ampuh, tak sempat mat-mat penyangak nak rembat..

ada sekali tuh, 4 buah kereta polis dari Bukit Aman, pun kena rembat..lagi haram jadah..lagi fantastik..marvelous..

Kalau tak silap aku, Hafiz dah guna kunci pendua untuk tambah ciri keselamatan..jadi, mana silapnya..yang menjadi topik biasa orang akan berbual, siapa yang perlu dipersalahkan..

Aku ingatlah nak mintak bantuan gang perbandaran la..clamp saja kereta-kereta kat sini…susah nak buka kunci tuh..confirm..melainkan penyangak bawa cutter sebesar gajah..tak pun bom tangan ke..machine gun ke..

Aku tak mahu sebab entry ini, jadi orang takut nak datang, singgah, letak kereta di sekitar Kota Bharu nih..tapi ini realiti pahit yang perlu diterima..boleh rasanya aku tabalkan sekitar Jalan Che Su, Jalan Tok Hakim, Jalan Tengku Petra Semarak, lubuk curi kereta..sebab, sejak setahun lebih aku di sini, ini cerita yang aku dengar hampir setiap bulan..