Aku, Taat Setia dan Ketawa

Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa..

Inilah kaseh mesra, sejati dan mulia..

Kepentingan sendiri, tidak diingini..

bahgia kekaseh saja yang diharapi..

Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa..

Inilah kaseh mesra, sejati dan mulia..

Untuk menjadi bukti, kaseh yang sejati..

Itulah tandanya..jika mahu diuji..

– Bait lagu yang cukup menyentuh jiwa aku yang keras..sejak dari dulu aku memang hantu cerita seniman agung ini, Tan Sri P. Ramlee..ketika aku masih kecil, aku terfikir melihat pengorbanan yang dilakukan Hang Tuah ..taat setianya yang tidak berbelah bahagi pada Sultan Melaka..

– Aku juga taat setia pada ibu dan ayah..lebih-lebih lagi, aku anak lelaki..syurga di telapak kaki ibu..beza dengan anak perempuan, sebelum berkahwin, ya, sama hukumnya..berlainan selepas berkahwin…syurga di telapak kaki suami..

– Tapi taat setia aku berkiblatkan agama..selagi suruhan dan larangan tidak bercanggah dengan hukum syarak, maka, aku turuti..terjadi sebaliknya, maka, anak ini pohon derhaka..mudah bukan..

———————————————————————————————-

Melihat Musang Berjanggut, pasti terhibur dan terpesona melihat garapan P. Ramlee menilai harga diri wanita dan mengangkat martabat golongan Hawa..uncang yang bercampur pelbagai rempah ratus, beras, garam dan resipi masakan, siapa wanita yang berjaya memasaknya, maka dia calon isteri yang terbaik..

Tapi, yang pasti dalam cerita ini bukan itu saja yang aku lihat..aku suka melihat babak ketika rombongan meminang Megat Alam Sengketa hadir ke pondok Pak Kemenyan untuk menyunting Puspa Wangi..melihat ketawa seniman agung yang cukup suka aku tiru..sehingga menjadi sebahagian daripada diri aku..

“Payung sudah ku sedia, sampan pun sudah, hanya menunggu bah tiba”..disambut dengan tawa ‘macho’ Tun Nila Utama (P. Ramlee)..

Cabuk yang taat setia dan suka ketawa..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: