Aku dan Drama

Aduh..rasa nak bergaduh aku try connect internet…dari ruang tamu membawa ke dalam bilik..keluar balik..nak mencari signal..

aku beriya-riya sangat nak masuk entry nih..mungkin ada sebab..rasa macam kurang senang..rasa macam tak best..

Banyak drama meleret-leret sekarang..sampai naik muak nak tengok..nak dengar pun malas..jalan cerita tak menarik..skrip pun lemah..alahai..letih la..

1) Drama bertajuk – Aku suka-suka bertanding, suka-suka letak jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan mahu letak jawatan..alasannya, kecewa tidak dapat berkhidmat pada rakyat sejak dipilih kerana dirinya masih terkurung dalam tahanan ISA sejak 13 Disember lalu..Manoharan yang bertanding atas tiket DAP menang di kawasan tersebut dengan majoriti 7,184..

Ini drama apa..dah banyak sangat..tak habis-habis..naik jelak pula aku..bukan sebab kau geng pembangkang tapi perangai yang tak semenggah nih..masa kau bertanding, pernah tak kau berfikir seperti sekarang..

Senang-senang nak letak jawatan..ni dah mempermainkan harapan pengundi yang memangkah pada pilihan raya lepas..lepas jawatan, lepas tuh siapa pula nak naik..membazir duit la nak buat pilihan raya kecil..budak kecil pun boleh fikir benda nih..

 

2) Drama bertajuk – Aku ada kuasa, Apa saja boleh buat

Konsert Akademi Fantasia yang lepas, Tiara buat kejutan dengan menggunakan kuasa Pengetuanya dengan membawa masuk semula pelajar yang sudah tersingkir, Aisha dan Claudia..drama bermula selepas pengumuman dibuat oleh AC Mizal..aduh..ini lagi satu..langsung melompatlah orang kampung tengok satu lagi kezutan dalan AF…nanti belakang tabir AF pula bila jawab soalan media, kita tak tahu Tiara nak buat macam itu..

aku bukan minat sangat AF ni, cuma saja-saja tengok sebab orang rumah dah tarik muncung bila aku tukar chanel..kenapa skrip drama AF ini macam dah boleh baca..

Aku nak mahu berfikir secara relevan kenapa tindakan itu dibuat..apa yang istimewanya Aisha dan Claudia dilayan sedemikian..tidak pula Aril yang tersingkir pada minggu lalu yang kononnya dianggap sebagai bintang baru AF..kenapa baru minggu itu afmasuk itu dibuat..atau sebenarnya Tiara tidak boleh terima penyingkiran dua pelajar sekaligus..tapi pun ia bukan kali pertama..

Inikah tranformasi yang mahu ditonjolkan dalam AF7 kali ini..Pengetua ada kuasa untuk tentukan keputusan..yelah, seperti ada satu minggu, tenaga pengajar boleh membalas kritikan pedas pengkritik kepada pelajar..alahai cabuk..

Kalau begini nak mencari penghibur, aku tak nampak lah jalan ye..

 

Bosan bukan drama sekarang..letih saja..rugi bayar bil elektrik…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: