Aku dan Akta Mat Rempit

kkb000012765

 

Aku pernah tengok program COPS di saluran Star World…program yang menceritakan kerja polis menahan pesalah undang-undang atau penjenayah..

Ada satu hari tuh, aku tengok cerita yang sama..polis menahan dua buah kereta yang dilihatnya berluma secara haram..cerita sedikit mengenai babak itu..polis itu terserempak dengan dua buah kereta di lampu isyarat..tanpa mempedulikan kelibat kereta polis, mamat dalam 2 kereta ini terus memandu laju..nak berlumba la senang cerita..

Setelah ditahan, kedua-dua mamat ini dikenakan saman atas kesalahan..berlumba secara haram..

Ha..benda ini takdak kat negara kita..yang ada adalah..memandu secara berbahaya mengikut Akta Pengangkutan Jalan..dengan hukuman yang aku rasa ringan..tambahan dalam peruntukkan akta ini, masih tidak mampu nak mencegah aktiviti mat rempit secara total..

Ya..aku faham mencegah mat rempit bukan hanya melalui hukuman..banyak cabang lagi..tapi bagi aku ini adalah last option yang terbaik untuk menghukum mat-mat muda dan belia sekarang yang berdegil tak dengar kata mak bapak..

Sekarang, baru ada suara-suara timbul untuk meminda akta sedia ada..aku sokong beratus-ratus percent..wujudkan akta terus seperti berlumba secara haram..tak payahlah memandu secara berbahaya..secara gila laju lah..

 

klc000426242

 

Budak motor memang dah bawak laju…bila laju memang dah berbahaya..bila dah ramai pula, jadi la berlumba..nak tunjung taring…mula-mula panas line..mana trek nak jalan..mari letak setting..pastuh berlumba la..apa susah sangat nak faham benda mudah nih..

aku sendiri yang pernah terlibat dalam operasi mat rempit, rasa macam tak best bila tengok budak-budak degil nih terlepas begitu saja..dah la tak makan saman, berani buat bukan-bukan..

Siap senyum-senyum, suka-suka bila polis tahan..yang paling aku panas hati dengar ada yang kata, takpa, mak bapak pun tak kisah, esok boleh jamin saya..

Simpati aku dengan polis dan JPJ yang malam-malam atau pagi-pagi buta buat operasi..hanya nak saman nombor plat kecik, motor modified, bawak motor takdak lesen..tak pasal-pasal, kene tempuh dek mat rempit..

Aku juga dulu pernah berlumba..tapi tak pernah menyusahkan orang..takde pun polis nak tangkap..cuma syukur, Tuhan sedarkan aku..

Pada mak bapak, masyarakat, NGO, nanti bila akta sudah dipinda, tak payah pula nak jadi anjing menyalak bukit..kata takda kemanusiaan la..benda ni tak kan wujud kalau korang-korang semua pandai jaga anak masing-masing..

    • sebaliktabir
    • May 4th, 2009

    Kalau la kereta aku kereta kebal…dah lama aku langgar je budak2 rempit ni..dah banyak kali buat aksi depan mata aku…geram je rasanya..
    pinda la cepat akta tu dan laksanakan..

    Cadangan bodoh aku : semua mat2/budak2 rempit ni yang kena tangkap letakkan saja kat satu penjara pulau khas. Kat pulau ni sediakan trek perlumbaan sebesar yang mungkin…namakan je pulau tu “Pulau Perlumbaan Maut”.
    Biar diaorang berlumba kat pulau tu sampai termuntah…
    kot2 boleh lahirkan Valentino Rossi Malaysia ke…

  1. cadangan yang best beb..boleh buat filem nih..caya la bro..gua suka

  2. Sangat inspiratif dan bermanfaat, makasih banyak ya….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: