Aku dan Pegawai Perhubungan Awam

Maaflah kalau ada yang terasa dengan entry aku kali ini..aku cuma mahu menulis..elok membaca, daripada sakit telinga dengar orang membebel..betul tak..

Aku paling pantang sebenarnya apabila manusia yang diberi peranan, watak dan tugasan tetapi tidak amanah dengan sebaiknya..seperti bapak, mak, yang tak mainkan peranan ajar anak masing-masing..ketua tak main peranan sebagai pemimpin dalam organisasi..sampai terlingkup syarikat..

Seperti juga peranan dalam tajuk entry aku..Pegawai Perhubungan Awam (PRO)..tak pandai menyempurnakan skop kerja yang diamanahkan…ini antara penyakit yang dah jadi kanser bernanah dan berulat di kalangan manusia yang memegang jawatan ini sejak aku bertugas di negeri ini..

Ada majlis yang aku hadiri yang bertajuk Majlis Mesra Media..di destinasi percutian, Villa Danialla Beach Resort, Pasir Puteh..aku tak nak cakap mana organisasi yang anjurkan..apa yang kau orang semua bayangkan dalam kepala..sah maknanya engkau, orang media menganggap akan diraikan..aku baca dalam buku program pun, ada sukaneka, tarik tali dan bola tampar, karaoke bersama media..seronok la wei nak datang..

Periksa realitinya..majlis yang sepatutnya menjadi mesra seperti kucar-kacir..punah..haram jadah..macam tak kisah pun kalau kelibat media ada ke tak..aku nak cerita satu persatu pun naik jelak..kata aku pandai memburukkan orang saja..nanti ada pula kata orang media nak layanan kelas satu..macam VIP..

Cukup aku sebutkan, perkara asas seperti meja ‘reserve’ untuk media pun kau tak reti nak buat..kalau ini kau tak buat, kenapa tulis tajuk majlis mesra media..mudah bukan dalil aku..

yang aku nak tekan di sini..peranan PRO itu sendiri..organisasi ini bukan kali pertama ditegur mengenai masalah dalam penganjuran majlis..pernah berlaku sebelum ini, ditegur, masih juga ulang kesilapan yang sama..ini lagi pantang aku..buat benda salah berulang-ulang..naik letih bercakap..(untuk lanjut baca mediakelantan)

PRO, tak mainkan peranan dengan baik..tugas engkau yang sepatutnya menjadikan sesuatu majlis itu berjalan baik dengan kedatangan media, habis engkau lupakan..

Punah juga mood aku..kalau ikutkan, tak nak tulis..sebab, sah aku kena jadi bahan dengan rakan bloggers, Wanfai, yang memang anti sangat dengan organisasi nih..mujur niat aku yang satu, nak bawak Dania Qistin dan mamanya, Nor main pasir dan mandi laut, tercapai..kalau tak, mahu aku tempik dalam majlis tuh..

Apa-apa pun, aku perlu juga mintak maaf pada sorang staff organisasi ini sebab jadi bahan maki aku..patutnya aku nak marah PRO tapi sebab dia muncul, tak pasal-pasal dia kena..

Sepatutnya aku perlu jadi lebih sabar..sebab dah jadi biasa dengan peel macam nih tapi entah..jadi panas baran aku tiba-tiba datang..

kepada PRO tu, aku juga nak terima kasih sebab bagi bilik untuk aku dan sekeluarga bersiap-siap..ini salah satu JANJI dalam buku program yang engkau tunaikan..

Silapnya aku..tak berambus awal-awal lepas aku dah capai niat aku..sebab dah mula hidu ada masalah akan berlaku..

aku tak condem kau teruk-teruk..tapi belajarlah dari kesilapan..kita sama-sama manusia..aku tak kata aku ni sempurna sangat..cuma, setakat aku bekerja dengan engkau, tak pernah aku buat tak senonoh dengan kau..fikirlah sendiri..

    • mywanfai
    • May 10th, 2009

    UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN ni memang PR dia hancus dari dulu… aku dah serik dgn apa2 majlis UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN ni… tu la aku cakap tak payah pegi ko nak pegi jugak, kan dah terkena buat kali ke-100… hehehe

    • abgzel
    • May 10th, 2009

    sebab ko bawak isu ni aku pun nak share pengalaman kat penang dgn Jabatan pelajaran negeri (direct je)…ada satu prog kem kecemerlangan pelajar peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa (ada pelajar dr acheh n thailand). program besar tp JPN x invite media utk cover.bila ditanya, jawapan diorg dah jemput dua press (yg x dtg cover pun prog tu)…pastu yg buat aku hangin, sejam lbh dgr ucapan perasmian pengarah dia, aku dan sorang reporter Bernama TV x dijemput duduk atau diberi kerusi utk duduk pun…aku rasa org jabatan pelajaran ni x berapa ada pelajaran kot…

  1. Nasib baiklah aku bukan PRO…. cuma seorang pembantu PRO yang juga bekas wartawan. Bukan mudah nak jadi PRO dan bukan mudah nak jadi wartawan.

    Sekurang-kurangnya, aku sudah melalui kedua-dua tanggungjawab tersebut, semoga pengalaman selama ini diharap dapat membantu meneruskan karier aku di samping membantu rakan media melaksanakan tugas mereka dengan sebaiknya.

  2. wanfai: Yela..aku silap..
    abgzel: ko pun kena gak..
    sahabatgunung: lu xpe bro..mmg tip top

  3. Memang palat pro umk nie…. dari dulu lagi… dia ingat wartawan nie murah sangat ke…. kebulur sangat ke nak makan…. aku ingat masa dia datang opis aku yg ambil kad jemputan itu… beria dia cakap boleh bawa famili la… lepas tu nak corfomation la… macam-macam lagi… lain kali cakap terus terang je nak suruh cover program dia…. memang palat pro macam nie…. kena suruh aban bidi bagi kursus nie…. muahahaha

    • wildan
    • June 5th, 2009

    Assalamua’laikum..

    Ada sapa-sapa yang minat jadi pencermah part time untuk PR-PR?
    call saya urgent

    016-3112165
    wildan

    • Lyne Ed Keith
    • July 22nd, 2009

    Dude, it’s not easy to be a PR person. They tried their best so give them a break. no human with no mistake…

  4. Lyne Ed Keith: tq 4 ur concern..just want u to know, the tragedy was not 1st time happen..once happen, forgiven..two times, forgine..3 times, also forgiven..but the mistakes being repeated all the times, plz tell me what is ur ide bout that..

    • Lyne Ed Keith
    • July 24th, 2009

    manlukeman, i see. wat’s wrong with that PR? is she/he really a qualified PR? did u made complaint on her/him to the management?

  5. i dun wan to complaint bout her/him straight away to their management..but, the ‘shit’ cannot hide for several times..things spread away till mgmt notice bout that..juz give a chance to deliver their task better next time..

    • BUDAK DEGIL
    • July 26th, 2009

    sebab nila setitik ni lah semua pr di anggap sama.kita org ni media kelantan bukannya binatang faham.Ni sy tujukan kepada UMK.Aku marah masa Press night.Bg mkn mcm bg binatang mkn.Korang PR UMK memang bodoh.Semua ada PHD,Master tapi semua macam master of puppet.UMK untuk pengetahuan korang seluruh Media Kelantan BLACKLIST UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.HEY Fiza belajar sikit macam mana nak jaga MEDIA faham

    • rana
    • January 28th, 2010

    sbg pengamal PR sye anggap mungkin U 2 xckup budget kot nak sedia meja tuk media…hehehhe ataupun depa dah dok seronok bergumbira smpi lupa tetamu yg djemput…

  6. Amat penting bagi kakitangan Perhubungan Awam memastikan imej organisasi yang diwakili sentiasa dalam keadaan yang dilihat positif oleh pihak luar.

  1. May 15th, 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: