Aku dan Selesema Babi

mlk000012914

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan kesemua empat kes yang diterima melalui Bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) kelmarin bebas daripada serangan influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataan memberitahu, CPRC telah menerima empat pemberitahuan kes yang dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh bagi tujuan siasatan dan pemerhatian kelmarin.

“Kesemua empat kes telah disahkan negatif terhadap influenza A (H1N1) oleh Institut Penyelidikan Perubatan. Sehingga kini, tiada kes influenza A (H1N1) dikesan di negara kita,” katanya.

Beliau memberitahu, sehingga pukul 2 petang kelmarin sebanyak 29 negara telah melaporkan secara rasmi kes influenza A (H1N1).

Ia melibatkan penambahan empat buah negara baru iaitu Argentina (1 kes), Australia (1 kes), Jepun (3 kes) dan Panama (2 kes).

“Jumlah kematian adalah 48 orang, meningkat sebanyak dua kematian iaitu masing-masing satu dari Kanada dan Mexico berbanding 46 kematian dalam laporan sebelum ini,” jelasnya.

Sementara itu, di Melaka, tujuh lagi pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua di sini dimasukkan ke wad pengasingan di Blok C3 Hospital Melaka akibat jangkitan bakteria meningitis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, enam daripada mereka dimasukkan ke wad berkenaan kelmarin manakala seorang lagi petang semalam menjadikan jumlah keseluruhannya 18 orang ditempatkan di situ.

 

Cabuk: Mula-mula aku takut gak nak guna istilah selesema babi dalam entry ini untuk dikaitkan dengan berita di atas..takut silap..benda yang lain..rupa-rupanya benda yang sama..serangan influenza A (H1N1) ni nama saintifik..hehehee..

Bercerita pasal ni kan, rasa aku dah masuk kali ke berapa negara kita kena macam nih..macam-macam langkah pencegahan diambil..masih lagi berulang..takpa la..Amerika yang konon hebat pun terduduk juga dengan serangan penyakit sial nih..mungkin ada yang kurang dalam langkah-langkah tersebut..maka, kenalah dipertingkatkan..vaksin-vaksin perlu standby..

Tapi satu je aku selalu fikir..dalam banyak-banyak penyakit yang berpunca daripada binatang haram nih didedahkan, siap ada pakar yang membuat kajian DNA binatang ini memang pembawa penyakit..maknanya, tak perlu ada jangkitan pada binatang ini, kewujudannya memang dah bermasalah, berpenyakit…(boleh rujuk internet mengenai perkara ini, aku ada terbaca, kalau tak silap, pakar dari universiti di UK)

Hairannya..

Kenapa yang suka makan binatang nih tak berfikir untuk berhenti makan dagingnya..yang tukang bela pun takdak fikir nak bela binatang lain ke..yang tukang jual pun takdak fikir nak jual daging lain ke..ajaib bukan..

Nak juga aku berborak dengan penggemar makan daging haram bagi umat Islam ini..apa perasaan mereka bila aku ajukan persoalan ini..adakah timbul ketakutan pada mereka andai kata disebabkan tabiat kegemaran itu secara tiba-tiba ‘memakan’ nyawa ahli keluarga mereka..

Aku bagi situasi..

Tengah makan daging, ayah, mak, atuk, nenek, anak atau cucu atau sedara mara di ruang tamu mati menggelempar sebab kena penyakit berpunca daripada apa yang dimakan..

Macam mana ye..mujur, Allah Maha Mengetahui..Islam itu Syumul..

    • fndrocka
    • May 13th, 2009

    hikhmahnya…dgn adanya virus itu, moga-moga kurang lah penternakan/penjualan/pemakanan apa saja yg babi di Malaysia.. boleh jadi tak begitu?

    tp ada dikalangan bukan Islam yg tak sensitif..apa yg Islam tak benarkan..itulah mereka mahu lebihkan, kalau Islam kata babi haram, mereka akan ternak babi byk2..nak mencabar kut.

    sini negara Islam kan?

  1. June 26th, 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: