Aku dan Hari Semalam

Aku off hari ini..dan esok…tiba-tiba terkenangkan hari semalam..huh..penuh cabaran..kaya dengan peristiwa..hingga aku simpulkan ia mungkin hari yang tidak menyebelahi aku..aku agak kurang bernasib baik..bermula pagi untuk bekerja hingga lewat senja aku pulang, macam-macam yang berlaku..

Semput juga aku punya dada..sakit..hingga bawak ke kepala..mujur sujud di sejadah buat aku tenang seketika..selain mendapat ciuman semangat dari Dania Qistin..

Imbas kembali hari semalam itu..

Pagi…sesampai di pejabat, aku mencari kerja yang sepatutnya sudah selesai tidak lama dulu, cuma tertangguh..tak tahu mana silapnya..6 helai kertas bercetakkan logo perlu aku serahkan kepada Zabidi..tapi entah..tiba-tiba hilang biarpun aku rasa sebenarnya dah elok disimpan..

Alahai…

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan buat operasi depan pejabat aku..Zul, aku suruh petik gambar..nampak macam menarik sebab tengok kelibat budak motor melawan arus, nak lari diri dari road block..ada juga kereta yang berani sama buat peel yang tak senonoh..tiba-tiba Zul dengan muka monyok kata pada aku dan Bob yang sedang tengok benda yang sama, “kawe punyo gambar keno delete, puak ni yang buat”..tiba-tiba darah muda tersirap lalu aku terus mencari pegawai JPJ yang berani buat macam tuh..dalam 15 minit aku bercakap dengan pegawai JPJ yang namanya Amir (aku tengok uniform)..aku hairan mana datang kuasa, entah siapa beri untuk delete gambar dalam kamera milik Zul.tak hormat langsung..alasannya, Zul tak mintak kebenaran..takut keluar nanti gambar bukan-bukan..alo, kau buat operasi di tempat awam..jalan tuh kau ke tuan..aku ni bukan bodoh, nak buat stori, kena halo pengarah kau jugak..ok, andai kata Zul salah, aku tetap persoalkan kenapa kau berani sangat nak delete gambar tuh..perangai kau hanya tambah kebencian orang pada uniform kau..

alahai…

Tengahari..tenang..sampai ke petang..

Lewat senja..aku pulang dari pejabat, terus ke kedai yang biasa aku beli makanan..atau makan dengan orang rumah aku..aku jadi orang pertama sampai..order dan tunggu..ada orang lain sampai, order dan tunggu..hairannya, makanan orang makan di situ siap awal dari aku yang nak bungkus nih..hairan aku..air yang aku order yang sepatutnya aku minum di situ, dibungkus pula..aduh..mula aku nak marah..nasi putih yang sepatutnya ada dalam order aku, pun tak disediakan..langsung aku jalan saja..mala nak cerita panjang..orang rumah tengah lapar di rumah..

pukul  8 malam..

Aku memandu seperti biasa di Jalan Padang Tembak..di lampu isyarat, aku berada di lane kanan sekali untuk membelok ke kanan..tiba-tiba ada kereta Wira di lane sebelah membelok ke arah yang sama, hampir untuk melanggar aku..memang hampir..aik, terkejut den..nampak macam budak muda dalam kereta tuh..dia terus memecut laju..aku pulak gatal tekan minyak, nak kejar..aku berjaya buat budak tuh berhenti sekejap..aku pun sama..dia makan maki aku secara terhormat dalam 2-3 minit..

Sekali lagi, selepas aku berhenti untuk beli nasi putih, aku hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang memotong double line..aku sendiri tak sedar..dari mana kereta tuh datang.laju sangat..berderau darah aku..

akhirnya..sampai rumah..Dania Qistin dah tunggu..datang balik semangat aku..

Hari semalam..aku tinggalkan..biarlah wei..jangan berulang lagi..

    • sebaliktabir
    • May 12th, 2009

    Semoga semuanya kembali normal dan baik-baik…Amin…

  1. amin..

  1. May 15th, 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: