Aku dan Buang Bayi

KKB000013383
KOTA BHARU – Seorang pekerja kilang terkejut apabila bungkusan yang diserahkan oleh seorang wanita mempunyai bayi perempuan di Kampung Dusun Durian di sini kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, wanita berusia 20 tahun itu datang menaiki sebuah kereta sebelum terus menghilangkan diri selepas menyerahkan bungkusan tersebut kepada pekerja kilang itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, pekerja kilang wanita berusia 24 tahun yang hairan melihat bungkusan itu telah membuka sebelum dia terkejut melihat ia mempunyai seorang bayi.

“Bayi itu dibalut dengan kain batik sarung dan bayi seberat 3.2 kilogram itu masih bertali pusat,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, pekerja kilang itu kemudian menghantar bayi itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan membuat laporan polis.

Zahruddin memberitahu, hasil pemeriksaan polis percaya bayi itu baru dilahirkan kira-kira seminggu lalu.

Berikutan itu, katanya, polis sedang mengesan wanita yang menyerahkan bayi tersebut kepada pekerja kilang itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai- balai polis berdekatan atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di talian 09-7752200.

 

Cabuk: sekali imbas, baca berita nih, nampak plain saja..melainkan ada manusia yang ‘hebat’ menghidu sesuatu..

Ya..ada sesuatu di sebalik cerita ini..sebenarnya atas permintaan daripada polis, cerita ini tidak lagi perlu disusulkan..makna, takda berita susulan daripada berita pertama..

Polis kata..selesai..ada hujahnya..aku terima pakai..

Alahai..macam-macam la dunia nih…

    • sebaliktabir
    • May 21st, 2009

    erkk…bukan ke tu anak dia sendiri….?
    aku melihat di sebalik tabir…

    • March
    • May 22nd, 2009

    stuffs like these..i really cannot comprehend..and cannot condone..!!!

  1. sebaliktabir: apa yg kita nampak sebalik tabir
    March: me too..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: