Aku dan Kereta Hilang

KKB000013398

 

 

Lagi kereta hilang….(macam buat berita daa)..alahai..

Kereta Perodua Kelisa, milik member aku merangkap jurugambar Utusan Malaysia, Hafiz Johari hilang, dicuri oleh penyangak di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Che Su, Kota Bharu, Kelantan, petang semalam..

Sehari sebelum, sebelah malam, sebuah Proton Perdana V6 juga dirembat, lokasinya hanya 30 meter saja dari tempat kereta Hafiz dicuri..

Ironik sungguh..aku geleng kepala wei..berani penyangak terdesak ni buat kerja time siang-siang hari, tengah ramai orang..gua memang salute la lu orang punye berani..

Nak tambah cerita jadi lebih klimaks lagi, kawasan sekitar pejabat aku nih, memang cukup la terkenal dengan aktiviti curi kereta..tambah dengan ragut..bukan sekadar khabar angin, boleh chek repot polis Kota Bharu kalau nak sahkan..

Awal tahun, kereta Proton Waja milik kerani Bernama hilang di sebuah tempat letak kereta, sebelah pejabat aku..disusuli dengan kereta Proton Waja milik bos aku sendiri ditempat yang sama..belum kira yang berlaku sebelum ini..

ada juga cubaan mencuri motosikal Modenas bernama kereta (nombor plat: KAR) milik Azran pernah berlaku..mujur disebabkan motosikal ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ampuh, tak sempat mat-mat penyangak nak rembat..

ada sekali tuh, 4 buah kereta polis dari Bukit Aman, pun kena rembat..lagi haram jadah..lagi fantastik..marvelous..

Kalau tak silap aku, Hafiz dah guna kunci pendua untuk tambah ciri keselamatan..jadi, mana silapnya..yang menjadi topik biasa orang akan berbual, siapa yang perlu dipersalahkan..

Aku ingatlah nak mintak bantuan gang perbandaran la..clamp saja kereta-kereta kat sini…susah nak buka kunci tuh..confirm..melainkan penyangak bawa cutter sebesar gajah..tak pun bom tangan ke..machine gun ke..

Aku tak mahu sebab entry ini, jadi orang takut nak datang, singgah, letak kereta di sekitar Kota Bharu nih..tapi ini realiti pahit yang perlu diterima..boleh rasanya aku tabalkan sekitar Jalan Che Su, Jalan Tok Hakim, Jalan Tengku Petra Semarak, lubuk curi kereta..sebab, sejak setahun lebih aku di sini, ini cerita yang aku dengar hampir setiap bulan..

    • March
    • May 22nd, 2009

    DAHSYAT!!!

  1. hebat!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: