Aku dan Menteri Besar Perak III

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara.

Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

“Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah,” kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini.

Hakim Md Raus, dalam penghakiman lisannya, juga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

“Kami berpendapat bahawa keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah dalam bidang kuasa Sultan.

“Berdasarkan keterangan dalam kes ini, permohonan membubarkan dewan dibuat mengikut Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak dan bukannya Perkara 36 Perlembagaan itu,” kata Hakim Md Raus bagi membenarkan rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah juga mendapati Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Hakim Md Raus berkata hakikat bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

“Tidak ada syarat mandatori dalam Perlembagaan Perak bahawa usul undi tidak percaya perlu dibentangkan terhadap responden sebelum keputusan dibuat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya. – Bernama

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: