Aku, Hamba Abdi dan Hamba Tuhan

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Perhambaan adalah sistem sosial-ekonomi di mana manusia – hamba atau abdi – dirampas atau dinafikan kebebasan dan dipaksa untuk bekerja.

Hamba ditahan bukan atas kerelaan diri sendiri daripada masa mereka ditangkap, dibeli, atau selepas lahir. Mereka ini dinafikan hak untuk keluar, hak untuk tidak mahu kerja atau hak untuk menerima bayaran bagi kerja yang dilakukan. Kerana ini perhambaan adalah satu bentuk gunatenaga yang tidak adil.

SISTEM HAMBA DALAM ISLAM

Apabila Islam datang ke dalam masyarakat Jahiliyah, ia telah membantah sebarang bentuk penindasan terhadap hamba abdi. Malah Islam menyamaratakan status manusia, sama ada dari kalangan atasan, hamba, bangsa atau kaum, semuanya sama di sisi Islam. Oleh itu ramai di antara mereka yang mula memeluk agama Islam adalah dari golongan yang miskin dan ditindas. Malah antara orang pertama yang memasuki Islam ialah Bilal, seorang hamba abdi.

Islam menyatakan bahawa hubungan antara tuan dan hambanya bukan bertujuan untuk menindas, menghina atau mengeksploitasi, sebaliknya ia bersifat persaudaraan dan kasih sayang. Kehebatan cara Islam menangani permasalahan hamba sahaya turut mendapat sanjungan pejuang-pejuang salib Eropah. Pejuang-pejuang ini menyatakan bahawa layanan terhadap hamba abdi di zaman permulaan Islam tidak pernah berlaku di tempat-tempat lain sebelum ini di mana hamba yang telah mendapat kemerdekaan enggan berpisah dengan tuan mereka kerana telah menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada anggota keluarga tuan mereka. Rasulullah S.A.W. sendiri melarang tuan punya hamba mengungkit-ungkit status hamba mereka, malah menyuruh tuan punya hamba berkata-kata dengan rasa kasih-sayang.

 

Cabuk: Lebih untung jadi Hamba Tuhan kan dari jadi hamba manusia..meskipun dalam Islam terang dan jelas menerangkan mengenai konsep hamba, masih ada yang tak nampak..

Tanpa sedar, istilah hamba lebih besar dan meluas zaman ini..aku punya pendapat mengenai perkara ini..

Anak hamba kepada ibu bapa..adik hamba kepada kakak dan abang (atau sebaliknya)..isteri hamba kepada suami (atau sebaliknya)..pekerja hamba kepada majikan..pemimpin hamba kepada rakyat..

Aku ikat perhambaan itu menjadi tali persaudaraan..salah ke..bukan itu yang dituntut…

Tapi ini zaman, letih wei kalau jadi hamba..sebabnya orang tak paham konsep ‘perhambaan jenis Islam’…ada umat manusia yang nak buat perhambaan kembali pada zaman gelap..jahiliyah..takpa la..mungkin sebab orang-orang itu jahil..TAK BERAGAMA..atau KURANG BERAGAMA..

habis penat dikerah..kantung peluh diperah..lelah tidak diendah..jasad menjadi pasrah..

Letih wei…letih wei..letih wei..Cabuk ni sape wei..hamba abdi ke..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: