Aku dan Ah Long

Woi..hebat…superb..kau nampak berkuasa…Tabik spring la aku kat gang Ah Long nih…dah jadi macacam polis sampai berani ‘penjarakan’ peminjam yang tak mampu bayar hutang..bukan banyak mana pun..RM1500 – RM4000…seram gak baca laporam tuh..mangsa hanya diberi makan roti..diberi minum air paip..kena rotan kalau bising..

apa-apa pun tabik hormat pada polis sebab berjaya tumpaskan sindiket haram ini..
Tahniah pada Utusan Malaysia kerana menempelkan gambar ini pada paparan muka depan..jangan korang fikir nak mengaibkan pulak..ini semua untuk kesedaran orang ramai..

aku pernah terdengar cerita mengenai orang-orang yang lari, menyembunyikan diri sebab berhutang dengan Ah Long..malah, ada seorang mamat manusia yang pernah aku anggap bacul, sampah, merayu pada aku untuk pinjam duit sebab bayar pada Ah Long..dia pinjam duit kat Ah Long sebab nak bayar kos pembedahan ayah dia..tak tau betul ke tak..pelik, ada juga umat manusia yang dah buat salah kat aku, berani pula nak minta macam-macam..takpelah..

Aku pernah tersepit..banyak hutang..tapi bukan dengan Ah Long..sampai kereta aku ditarik..syukur..kereta saja ditarik, bukan nyawa aku atau nyawa orang-orang yang berkaitan dengan aku..takpelah, kesilapan aku tidak bijak mengurus wang..cuma, aku tak anggap ia ‘Hari Kiamat’ bagi aku seperti umat-umat lain yang cukup menggelumpur bila perkara sedemikian berlaku..

Sekali lagi syukur pada Tuhan yang beri aku jalan untuk keluar dari kempompong masalah tersebut..tanpa perlu aku membuat pinjaman pada Ah Long..Alhamdulillah..

Ingatlah sahabat handai, sanak saudara, rakan taulan..terdesak sekalipun, janganlah sampai pinjam Ah Long..atauun buat benda lain yang tak senonoh..mencuri..merompak..menculik..membunuh..berat mata memandang, berat lagi memikul..ye..aku faham hujah tuh..tapi cubalah jangan gunakan jalan hitam itu..sememangnya tidak memberi sebarang faedah..

    • mywanfai
    • May 29th, 2009

    berita harian pun letak gambar kat muka depan bro… tahniah berita harian!

    • sebaliktabir
    • May 29th, 2009

    Pinjam la daripada Kak Long atau Abang Long atau adik beradik mereka sahaja… hehehe…

  1. wanfai: sorila..aku xsempat jenguk berita harian..
    sebaliktabir: susah gak adik-beradik yg peel pn macam Ah Long..muahahahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: