Archive for June, 2009

Aku dan Fauzi Baharuddin

IMG_5803

 

Apa yang best sangat pasal nama nih..Fauzi Baharuddin..siapa dia..

Sebenarnya, mamat ni member sebumbung kerja aku..cuma berlainan tempat saja..satu ketika dulu di KL, dengan fauzi memang kerap keluar asginment sama..jadi, memang masuk kepala..mamat ni memang sempoi..

Aku sebenarnya nak cerita pasal blog dia..fauzi nih baru saja buat blog, tak banyak lagi entry yang masuk..kebanyakan entry berkisar pengalaman kerja dia..

cuma ada yang menarik minat aku…

blog mamat fauzi nih menggunakan bahasa Inggeris…aku memang salute la fauzi..handal mamat ni speaking london..siapa sangka fauzi mampu ‘muntahkan’ bahasa ini dan menulis dengan baik (aku rasa la)..mungkin ada fikiran tipikal orang tertentu apabila melihat dia yang menjinjing kamera ke hulu hilir, tidak mampu ‘speaking london’ sangat..(betul ke aku cakap nih)..

Yang aku pasti, Fauzi Baharuddin bukan produk PPSMI..dia, yang aku tau, lepasan UiTM…

Mesti ada yang kutuk, menyampah bila tengok blog mamat nih yang cam bagus pakai bahasa tersebut..alahai Cabuk..peduli la..mulut orang kan kalah mulut tempayan..

Aku bukan nak bangga bahasa yang bukan menjadi bahasa ibunda aku digunakan oleh orang yang sama seperti aku..cuma aku hormat dengan pendekatan yang diambil oleh fauzi yang mahukan ‘perubahan’ dalam diri dia..

“Aku bukan pandai sangat bahasa Inggeris, tapi aku nak mantapkan diri, aku nak belajar, nak kene cuba, ada berubah sikit, bukan nak tunjuk pandai”..ini ayat fauzi bila orang tanya kenapa guna bahasa itu untuk blog dia..

Aku hormat fauzi..ada ketetapan yang dipegang..ini yang lebih baik daripada omong-omong kosong je..

Cayalah bro..lu memang sempoi…muahahahaaa

Aku dan Selesema Babi II

Alamak..agak goyang juga bila baca surat khabar angka kes deman selesema babi (influenza A atau H1N1) nih makin meningkat..dah mencatatkan 91 kes keseluruhan..11 kes yang terbaru setakat hari ini..memang agak membimbangkan..

Sampai istilah penyakit ini untuk tulisan di media pun diperdebatkan antara 2 menteri..kenapa tak guna saja selesema babi tapi guna istilah saintifik (influenza A atau H1N1)..

hehehee..aku sebenarnya pun tak perasan mengenai penggunaan istilah penyakit nih..

aku pernah tulis mengenai benda nih di entery pertama aku, Aku dan Selesema babi

Aku tertarik dengan iklan-iklan yang berkumandang di radio dan  dipaparkan di televisyen, di mana-mana sekalipun berkaitan dengan peringatan, kawalan dan pencegahan penyakit ini..

Semua tau kan…iklan itu menekan aspek kebersihan..basuh tangan dengan kerap…basuh tangan dengan kerap…aku jadi hairan..pelik..tapi jauh sekali pula aku katakan iklan itu salah..pendekatan yang diambil itu tidak betul..aku sokong..

Tapi, macam ada sesuatu yang ‘missing’ lah..ada benda yang lebih penting harus diperincikan..biarlah tidak diiklankan atau di uar-uarkan..namun, ia perlu dipandang dengan serius..

Kalau Cabuk lah…..

Jangan Bela Babi…Jangan Ternak Babi..Jangan Makan Babi..rasa ye ini yang lebih penting..sebab..haiwan haram dalam Islam ini yang menjadi punca kepada penyakit ini..

mungkin ada orang kata penyakit ini asal ye ‘diimport’ dari luar bukan dari dalam negara..sekarang pun dah ada jangkitan tempatan…ada fikirkan tak, Malaysia takda ke orang bela babi, makan babi..

Aku rasalah, minoriti yang membela dan memakan haiwan ini tentu rasa gerun dengan penyakit yang boleh membawa maut..sedikit sebanyak, rasa takut mati pun ada..hahhahaha..secara jujur, aku sendiri ada dengar orang Cina meluahkan benda ini pada Cabuk..lantaklah kalau tak nak percaya..

Aku ingat lagi, aku pernah berborak dengan seorang lelaki Cina, yang lebih tua daripada aku ketika aku masih lagi di alam persekolahan..dia ada berkongsi sedikti cerita mengenai orang ‘sepertinya’ yang gemar makan daging babi ini dan apa yang akan jadi..

Ikut cerita yang dikongsi dengan aku, kulit orang yang makan haiwan ini akan lebih cepat menaikkan kedutan..tanda-tanda penuaan..kata dia, orang ‘sepertinya’ pantang nampak perubahan muka, lebih-lebih lagi menjadi tua lebih cepat daripada usia..tambah dia, bukan menjadi trend orang muda ‘sepertinya’ untuk makan daging haiwan itu yang diketahui memang cukup ‘bermasalah’….

kalau dulu, yang aku tau, daging babi haram..tak tau boleh mendatangkan penyakit..tapi sekarang, dah jelas nampak kan..Tuhan dah tunjukkan..ini bukan masalah Malaysia saja, masalah dunia..jangan main-main..

Buat kerajaan, aku harap sangat ambillah pendekatan yang lebih bijak..nyawa orang jadi pertaruhan..boleh nak sekat orang ke luar negara, bagaimana pula penularannya dalam negara..

ubat, vaksin, lama-lama pakai pn boleh habis..jadi, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat..

Aku dan Orang Tua

Satu petang di rumah orang-orang tua..2 sahabat sedang berborak..

 

Si Bangka A: Sedar-sedar dah setahun kita masuk rumah ni kan..engkau ingat lagi tak?

Si Bangka B: mestilah ingat..mana boleh lupa..

Si Bangka A: Aku tengok kau ni, semua cukup..pakaian cantik-cantik..emas ko..boleh tahan..cantik baju kau pakai nih..

Si Bangka B: kalau kau nak tau, ni anak sulung aku bagi..kain nih dia beli kat Europe…banyak lagi kalau engkau nak tengok dalam ‘robok’ kat bilik kita tuh..

Si Bangka A : Wah..hebat ko..ni ha, gelang emas ko ni nampak berat je..tebal lah.tengok tuh, siap ada tempa nama kau lagi..

Si Bangka B : Yang ni si angah bagi..bukan sebarang, kat kedai takde..kena tempah…

Si Bangka A : aku berkenan sangat tengok selipar kau..nampak cantik, selesa..

Si Bangka B : bukan selipar, sandal lah…jenama popular nih..harga pun bukan bawah seratus dua..anak aku si Acik beli, harga adalah dalam 3 ratus lebih..sandal saja dah harga nih..aku pun terkejut..bukan senang nak pakai sandal harga macam nih.

Si Bangka A: ha..tudung kau pakai memang ada ‘class’..nampak macam mak datin…

Si Bangka B : boleh lah tahan…anak aku yang bongsu suka belikan aku tudung..kalau kau tengok betul, semua buat tangan..

Si Bangka A : wah..wah..beruntung kau ye..semua anak-anak kau sayangkan kau..macam-macam dibeli ye..semua lak benda mahal-mahal..

Si Bangka B : mau tak sayang..apa saja aku suruh buat, ikut saja..apa yang aku nak, semua diikutkan..tiap-tiap tahun, sampai masa Hari Ibu, diorang sah bagi ucapan..hari  jadi aku pun sama..tu yang banyak hadiah, takpun barang-barang dibelikan..

Si Bangka A : memang kau ibu yang sangat beruntung…tapi kan..mana anak-anak kau sekarang..macam mana kau boleh masuk rumah nih..

Si Bangka B : Semua anak-anak aku hidup lagi tapi masing-masing tak nak jaga aku..jadi semuanya bincang, hantar aku kat sini..takpa la..asalkan diorang ingat aku masa Hari Ibu dan Hari Jadi aku..bagi aku hadiah..

Si Bangka A : a’ah..betul lah tuh..(dalam hati sambil geleng-geleng kepala – apa nak jadi dunia sekarang nih, MATERIALISTIK)..

Aku dan Fardhu Haji

3232_67011898354_619238354_1721374_5348254_n

(ibu mertua ku berdiri, berbaju hitam, bertudung ungu, 2 dari kiri – ayah mertua ku, berbaju biru, kanan sekali, berdiri)

 

Aku suka sangat dengar berita mengenai pengesahan pemergian kedua ibu bapa mertua ku, Mariam Abdullah dan Kamaruddin Ahmad ke tanah suci Mekah bagi menunaikan fardhu haji..sebenarnya dah lama aku dengar..tiba-tiba nak tulis entry nih..

walaupun aku bukan orang pertama yang tau dan tarikh ye masih lagi jauh, mengambil kira musim puasa pun tak masuk lagi, raya aidilfitri pun belum disambut tapi dengan terang lagi bersuluh, aku sememangnya menumpang keseronokkan akan kehadiran berita..

pengesahan yang diterima dengan memaklumkan kedua-dua mertua aku ini akan disuntik dengan vaksin seperti kebiasaan yang perlu dibuat oleh mana-mana jemaah haji..selepas itu, masing-masing perlu menghadiri kursus haji..

aku harap semua akan berjalan dengan lancar bagi kedua-dua orang mertua ku untuk ibadat rukun ini….

Ya..diakui agak berat untuk tunaikan ibadat ini..bukan saja perlu menyiapkan diri untuk ke sana..persiapan untuk waris yang ditinggalkan juga perlu diambil kira..barang siapa yang tak tau, masuk kelas agama balik..ni perkara asas..

Syukur..terima kasih Tuhan..kau mendengar dan makbulkan doa Cabuk..ini yang aku tunggu-tunggu kan..

Aku dan Bapa

IMG_0236

(Ayah aku dengan Dania dan Nor)

Ab. Rahim Abu Bakar..itu nama bapak aku..yang aku panggil ayah..

atuk kepada Dania Qistin..anak aku..

Ayah..harap kau sihat..terus kuat..

Amin..

Aku dan Tambah Masalah

Hidup ni kalau takda masalah..tak sah..takda cabaran..takda seri..tak meriah..takda hang-hang semua jadi celik, cerdik berfikir..betul bukan..

Masalah akan kekal sebagai satu masalah sehingga ia berjaya diselesaikan..tapi apabila ia bertambah, ia akan menjadi lebih parah..faham ke tak ayat nih..betul ke aku cakap..

Aku bagi contoh..masalah untuk mengulangkaji pelajaran..sebab susah nak fokus sebab suasana tak tenteram..jadi, untuk selesaikan..kau pilih untuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan, sebab sunyi, aman..ini masalah kekal sebagai masalah sehingga ia diselesaikan..

Sebaliknya, apabila kau tak dapat ulangkaji pelajaran, sebab suasana bising dek hura-hura orang dalam rumah bercakap riuh sekampung, pastu kau bergaduh dengannya orang itu, sampai nak putus kawan, itu namanya menambah masalah..haaa..betul ke ni..

Aku bagi contoh lain..yang agak popular..

seorang suri rumah di Penang membunuh dua orang anaknya sebab tertekan dengan masalah perkahwinan dengan suaminya..dipercayai marah apabila mengetahui si suami mahu kahwin lain..ha..di sini jelas bukan..masalah yang ditambah..

lagi..

Seorang lelaki yang kurang hensem merogol seorang wanita yang tidak cun setelah minum arak berbotol-botol di sebuah kelab malam..dipercayai lelaki muda itu melakukan hubungan seks tanpa rela dengan tanpa sedar ekoran tahap alkohol yang tinggi..ha..ni bukan setakat tambah masalah, kalau laki itu orang Islam, maka, tambah lagi dosanya..

nak lagi..

Seorang boyfriend menyepak terajang seorang lelaki yang dipercayai bacul lagi berlagak hensem sehingga mampus setelah mengetahui dia ‘bermain’ dengan girlfriend ye..itupun selepas si girlfriend ye yang gatal dok cari laki itu..ha..ini pun jelas menambah masalah..nampak bukan..tak pasal kau jadi penjenayah..

 

KKB000013593

Sebenarnya, Cabuk nak kaitkan dengan satu kes di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam…yang boleh disimpulkan seperti tajuk entry di atas..mahupun penjelasan yang entah apa-apa, dengan panjang lebar..

Seorang tukang rumah berusia 44 tahun dihukum penjara 17 tahun dan 10 sebatan oleh mahkamah selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram sehingga anak daranya melahirkan zuriat.. 

aduh..sedihnya..mula-mula dengar, macam haruan makan anak..betul tak..tapi bila baca fakta kes..lain pula tafsiran, undang pelbagai pertanyaan..

Mengikut fakta kes, si ayah sedang tidur di sofa yang terletak di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan anaknya..lalu mengajak si ayah masuk ke dalam bilik dan tututttt…tututtt..tututt…perkara yang sama diulangi selepas dua hari kemudiannya..

haaa..pelik bukan..tapi ini yang aku baca dalam fakta kes..kalau salah, makna ye polis tuh sure ngantuk takpun tersilap telan pil kuda masa ambil laporan daripada mangsa..hehehee..gurau saja..IO kes ni, boleh tahan…

berkali-kali aku tanya Timbalan Pendakwa Raya, betul ke fakta kes nih..dia angguk saja..”Sumbang mahram ni, makna ye, hubungan yang rela..kalau sebaliknya, dah jadi jenayah rogol…tak kira siapa yang buat..

Tengok..ini yang paling jelas apabila ada masalah, ditambah lagi dengan masalah..anak mengajak ayah ke dalam bilik, itu masalah..ayah melakukan hubungan seks dengan anak selepas di ajak ke dalam bilik, itu tambah masalah..

mungkin iman manusia itu tipis..jadi, janganlah kita jemu ingat pada Tuhan..mintak kuatkan iman kita..bersyukur dengan-Nya..

Aku dan Sampah

mmm..tiba-tiba jangkaan aku betul lak bila cakap pasal SAMPAH..

Alahai cabuk..apa nak jadi la..