Aku dan Tempat Duduk Bernombor Air Asia

Aku selamat kembali bertugas semula di bumi..semalam pun dah start kerja..hari nih baru berkesempatan nak update blog..

Mengenai tajuk entry di atas, aku rasa ramai orang yang masih tidak menyedari pembaharuan yang dibuat oleh Air Asia…tempat duduk yang bernombor..sama dengan MAS..bermakna, pada kertas border pass anda akan tertera nombor tempat duduk.

Berbanding dulu, Air Asia mengamalkan konsep free seating..pilih saja mana korang nak duduk..seketika, Air Asia memperkenalkan sistem baru dimana penumpang boleh pilih tempat duduk, cuma perlu dibeli secara ‘khas’..tapi kini, tidak lagi..sebaliknya, selepas anda membeli tiket, tempat duduk anda telah ditetapkan..

Bercerita pasal penerbangan aku bersama Air Asia semalam, aku sendiri baru perasan benda nih..termasuklah beberapa penumpang yang lain..tak kira tua, muda, kanak-kanak, pelancong asing..

Nak jadikan cerita, kedengaran bunyi riuh rendah penumpang yang kelihatan tidak selesa dengan pembaharuan itu..masing-masing terkial-kial mencari tempat duduk mengikut nombor..meskipun dibantu oleh pramugara dan pramugari, masih ada yang berkeras untuk mematuhi perkara tersebut..

Masalah itu berlarutan sehingga mengakibatkan penerbangan tergendala untuk berlepas..tak lama..ada dalam 10 minit..

Keadaan itu memaksa kapten kapal selaku pilot masuk campur..tau apa benda dia cakap pada penumpang yang degil sangat-sangat nih..

“Selagi awak tak duduk ditempat yang ditetapkan (mengikut nombor), selagi itu saya tidak akan terbangkan pesawat ini..” tegas pilot yang berasal dari Kelantan itu..

Ha..amik ko..rasa aku terkedu orang tuh kena..nak tak nak, terpaksa juga beralah..ikut peraturan yang ditetapkan..

Aku tabik hormat pada pilot itu yang bijak mengawal keadaan tersebut dengan mengambil jalan yang mudah dan bernas..hahahahhaa..siapa lagi nak terbangkan kapal terbang tuh kalau bukan dia..kang ada pula penumpang lain yang marah sempat penerbangan lewat sehingga menganggu urusan mereka..

Hehehehe..sempat juga pilot tuh bercakap pada aku mengenai perkara itu..aku sengih saja….

Jadi, pada yang menaiki pesawat Air Asia nanti, pastikan nombor tempat duduk anda dengan melihat pada kertas pass boarding anda..ada nombor di situ..hahahhahaa..

adios..amigos..

    • sebaliktabir
    • June 3rd, 2009

    Orang kita bila takde sistem, bising2 pening katanya menyusahkan dan takde ‘standard’…
    Orang kita bila dah ada sistem, bising2 pening katanya susahnya nak kena buat itu ini… Alahai…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: