Aku, Manohara dan Tengku Temenggong Kelantan

Aku rasa cerita kontroversi perkahwinan Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dah macam sampai tahap klimaks..elok-elok dah senyap, jadi balik..

Alih-alih Manohara berjaya ‘melarikan diri’ pulang kembali ke Indonesia dari Singapura..dakwanya dengan bantuan pihak polis dan kedutaan amerika 3 hari lalu..aku sendiri terkejut beruk..

Jadi kadaboomm balik cerita nih..habis semua media massa dan elektronik carry story nih..wuuhhh..hebat gak..macam-macam di canang..lebih-lebih lagi media di Indonesia..

Sampai Datuk Seri Hishammudin pun dah keluarkan statement..elak guna isu Manohara untuk jejas hubungan..ditambah pula dengan berita dari seberang yang berbunyi peguam bela Manohara, OC Kaligis tarik diri daripada membela Manohara..katanya, Manohara hanya mempermainkan isu, tapi tidak pula membuat sebarang laporan polis mengenai dakwaannya..

mmm..betul juga kata peguam tuh..tiada laporan polis dibuat di Indonesia…di Malaysia pun tiada..yang ada hanya di Singapura..ada logiknya..macam nak membela kalau laporannya tiada..

Cerita Manohara ni pun turut menjadi bahan borak aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain..macam sembang kedai kopi..masing-masing ada idea..ada saja versi pelik-pelik..main sedap mulut bercakap..ada yang mempertahankan Manohara, ada pula yang berpihak kepada Tengku Temenggong…aku sendiri nak tergelak pun ada..dah jadi macam bahan lawak..

Dalam hal ini, Manohara dah banyak sangat bercakap..macam-macam dituduhnya..tapi, Tengku Temenggong saja yang masih belum bersuara..aku juga hairan..kenapa masih senyap..tidak tampil untuk beri penjelasan..biar sedikit sekalipun, sekurang-kurang menjernihkan keadaan..daripada semua umat kat Malaysia nih dapat dosa kering, asyik sangat dengan pelbagai spekulasi..mengumpat cik bedah, cik minah..

Dari percakapan peribadi aku dengan kakak Manohara, Dewi Sariasi, yang aku dapat tangkap, keluarga ini memang ingin berjumpa sangat dengan Manohara sebelum dia berjaya melarikan diri..rindu bangat katanya..itu saja..aku tak nak mahu ulas lanjut mengenai dakwaan diculik atau didera..even dia ada bercakap, aku belum mahu percaya..sebab tidak bukti sahih..tengok Manohara sendiri, galak pula diwawancara..tak nampak pula tanda kemurungan atau trauma..mungkin dia tabah..

Susah main melibatkan istana nih..tak pasal-pasal, jerut leher sendiri..aku pernah cerita dalam entry Aku dan Basuh Media …aku tak mahu ia berulang..tak larat lah nak bergaduh dengan puak-puak nih..

Aku mahu lihat babak seterusnya kontroversi ini..tengok apa kesudahannya..kepada orang diluar, jangan terlalu menjadi Hakim untuk membuat pengadilan..perhatikan saja..mungkin, kebenaran itu nanti akan tersuluh..

Amin..Cabuk suka doa banyak-banyak..

  1. Manohara adalah satu diantara banyak wanita yang mengalami penyiksaan oleh orang terdekatnya. Beruntung ia bisa lepas. Kini Manohara sedang menjalani tes visum untuk mengambil bukti penganiayaan yang diduga dilakukan oleh suaminya. Kasus akan terus berlanjut

  2. moga keberanaran akan terserlah..sesama kita nantikan ya bung david..

  3. kisah di sebaloik tembok istana…

    • Spoon
    • June 9th, 2009

    lantak pi lah…awek cun gaduh dgn kerabat, macam lah tak pernah jadi kes macam ni. Kat Tioman dulu, ada kerabat dah mabuk, kacau awek mat salleh, awek mat salleh tumbuk dia melayang, gua tabek awek mat salleh tu..balak perangai tak senonoh, tak kisah kerabat atau orang biasa, x de class punya perangai

    • bung Karno
    • June 10th, 2009

    Ya, saya sememangnya kurang pecaya manohara disiksa begitu. Pokoknya, famili Manohara memang mau hartanya. Bukti, sebelum itu, famili bilang manohara ada utang banyak dan mintak diselesairin. Memang dasar ‘mata duitan’…sememangnya orang2 Indon begitu lagaknya. pengalaman saya selama 20 tahun di Indon menceritakan segalanya. maaf, terlalu saya terlalu emosi.

    • aweng
    • November 16th, 2009

    sekarang mau GANYANG MALAYSIA
    hanya kerana tarian pendet
    masakan rendang
    kain batik
    lagu terang bulan

    nanti tsunami
    gempa bumi
    gunung berapi
    Malingsia juga yang tolong..

  4. aweng: itu biasa, bukan luar biasa..manusia, mudah lupa

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: