Aku dan Selesema Babi II

Alamak..agak goyang juga bila baca surat khabar angka kes deman selesema babi (influenza A atau H1N1) nih makin meningkat..dah mencatatkan 91 kes keseluruhan..11 kes yang terbaru setakat hari ini..memang agak membimbangkan..

Sampai istilah penyakit ini untuk tulisan di media pun diperdebatkan antara 2 menteri..kenapa tak guna saja selesema babi tapi guna istilah saintifik (influenza A atau H1N1)..

hehehee..aku sebenarnya pun tak perasan mengenai penggunaan istilah penyakit nih..

aku pernah tulis mengenai benda nih di entery pertama aku, Aku dan Selesema babi

Aku tertarik dengan iklan-iklan yang berkumandang di radio dan  dipaparkan di televisyen, di mana-mana sekalipun berkaitan dengan peringatan, kawalan dan pencegahan penyakit ini..

Semua tau kan…iklan itu menekan aspek kebersihan..basuh tangan dengan kerap…basuh tangan dengan kerap…aku jadi hairan..pelik..tapi jauh sekali pula aku katakan iklan itu salah..pendekatan yang diambil itu tidak betul..aku sokong..

Tapi, macam ada sesuatu yang ‘missing’ lah..ada benda yang lebih penting harus diperincikan..biarlah tidak diiklankan atau di uar-uarkan..namun, ia perlu dipandang dengan serius..

Kalau Cabuk lah…..

Jangan Bela Babi…Jangan Ternak Babi..Jangan Makan Babi..rasa ye ini yang lebih penting..sebab..haiwan haram dalam Islam ini yang menjadi punca kepada penyakit ini..

mungkin ada orang kata penyakit ini asal ye ‘diimport’ dari luar bukan dari dalam negara..sekarang pun dah ada jangkitan tempatan…ada fikirkan tak, Malaysia takda ke orang bela babi, makan babi..

Aku rasalah, minoriti yang membela dan memakan haiwan ini tentu rasa gerun dengan penyakit yang boleh membawa maut..sedikit sebanyak, rasa takut mati pun ada..hahhahaha..secara jujur, aku sendiri ada dengar orang Cina meluahkan benda ini pada Cabuk..lantaklah kalau tak nak percaya..

Aku ingat lagi, aku pernah berborak dengan seorang lelaki Cina, yang lebih tua daripada aku ketika aku masih lagi di alam persekolahan..dia ada berkongsi sedikti cerita mengenai orang ‘sepertinya’ yang gemar makan daging babi ini dan apa yang akan jadi..

Ikut cerita yang dikongsi dengan aku, kulit orang yang makan haiwan ini akan lebih cepat menaikkan kedutan..tanda-tanda penuaan..kata dia, orang ‘sepertinya’ pantang nampak perubahan muka, lebih-lebih lagi menjadi tua lebih cepat daripada usia..tambah dia, bukan menjadi trend orang muda ‘sepertinya’ untuk makan daging haiwan itu yang diketahui memang cukup ‘bermasalah’….

kalau dulu, yang aku tau, daging babi haram..tak tau boleh mendatangkan penyakit..tapi sekarang, dah jelas nampak kan..Tuhan dah tunjukkan..ini bukan masalah Malaysia saja, masalah dunia..jangan main-main..

Buat kerajaan, aku harap sangat ambillah pendekatan yang lebih bijak..nyawa orang jadi pertaruhan..boleh nak sekat orang ke luar negara, bagaimana pula penularannya dalam negara..

ubat, vaksin, lama-lama pakai pn boleh habis..jadi, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat..

  1. dulu masa wabak selsema burung , sibuk bunuh semua ayam2 ..
    skrg kenapa tak tembak jer babi2 tu ?

  2. betul jugak kn..

  3. relax sudaaa…pakai la mask bro!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: