Archive for July, 2009

Aku dan Darah Muda

Lama aku pendam rasa amarah ini rupa-rupanya..mula-mula malas nak ambil ‘port sangat..aku biarkan saja..tapi darah muda aku masih lagi mengalir, aku sendiri ingat dah ‘salin’ dengan darah lain..ada lagi rupanya..

darah yang biasa orang rujuk kepada golongan muda ini ‘tersirap’ ketika tatkala kesabaran aku benar-benar teruji dek satu peristiwa yang aku boleh kategorikan ‘klasik’..cerita ini agak kelakar, sinis, ‘tricky’, suspens dan menyakitkan hati..

Tuhan memberi ‘peluang’ kepada aku dan rakan-rakan yang lain untuk ‘membela’ seorang umat yang boleh aku dikategorikan sebagai ‘Orang Kurang Upaya’ (OKU)…lama juga umat ini dibelai dengan penuh kasih sayang..segala ilmu dicurah, segala ‘wang ringgit’ ditabur’, segala nasihat diberi, segala bimbingan ditunjukkan..

Biarpun kadang-kadang darah muda mendidih dek perangai umat ini tapi masih lagi rakan-rakan aku boleh bertahan..kesilapan ditegur dengan penuh kasing sayang..cuma satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini, rakan-rakan Cabuk tak mampu untuk menahan lagi rasa meluap-luap darah muda ini menggelodak..

OKU ini dipercayai sudah tikam belakang..meskipun bermati-matian mempertahankan penipuan tahap FBI dan CIA ejen tengah undercover, aku boleh jangkakan dia hebat sebagai pemutar skru belit..masakan tidaknya, pokok tak kan bergoyang kalau angin tak menderu..paling busuk pun, ada manusia yang tengah goncang pokok tuh..

Nama rakan-rakan aku sudah menjadi busuk dek sebab hanya dengan satu panggilan yang disambut oleh umat yang kami bela ini..tak tahu apa yang disampaikan tapi hasilnya bukan sesuatu yang molek..eh, umat0umat kat dunia nih suka sangat ke nak bercerita pasal baik orang..

Ketika sesi soal siasat yang dijalankan oleh rakan-rakan Cabuk di kedai kopi Pak Ya (mujur bukan dalam gelap) umat ini masih berkeras untuk tidak mengakui kesilapannya..aduh, Tuhan saja yang tau bagaimana kesabaran rakan-rakan Cabuk yang rata-rata masih berdarah muda dipermainkan..termasuk Cabuk, hampir saja darah muda ini mengarahkan kerusi, cawan dilemparkan ke muka mamat nih..kaki dan tangan seperti ringan saja mahu dihanyunkan..

Setelah berlembut, aku cuba bermain ‘keras’..nyata keteguhan mamat ini tidak tergugat..aku memang salute umat ini..macam James Bond dalam sekuel Tomorow Never Dies..memang Tuhan selamatkan kau petang tuh..silap-silap lunyai kau dikerjakan dengan Tukang Canang dan Cabuk..

Peringatan ini aku lemparkan pada OKU ini sebagai tanda tamat sesi soal siasat petang itu..gang lain dah tak larat nak bercakap pakai mulut..sebab masing-masing dah terfikir nak bercakap pakai kaki dan tangan..

Kau bebas buat apa saja lepas ini..kewujudan kau, kedatangan kau, masih tidak lagi dinafikan..malah dialu-alukan..kau tetap akan dilayan seperti biasa..kau boleh tikam dari belakang..buat apa saja yang kau fikir boleh capai matlamat yang kau cari..tapi ingat, jangan sampai tikaman kau itu dirasa oleh aku dan yang lain-lain..ketika itu, bukan saja kau, aku pun berdoa babak-babak seterusnya berjalan dengan baik..

Aku dan Balas Dendam

Ada agenda lain ketika aku di Manek Urai..selain menumpukan perhatian kepada perjalanan pilihan raya kecil di situ, ada sisi HITAM dalam pemikiran aku yang secara tiba-tiba menjelma…

Aku mahu BALAS DENDAM…terhadap seseorang yang pernah menyakitkan hati aku..secara tidak sedar, bayangan itu datang pada aku, bangkitkan kejahatan aku lalu mengilhamkan sesuatu pada aku..untuk menghancurkan hidup orang yang aku kira ‘berdosa’ pada aku..

ada matlamat yang mahu aku capai..ada strategi sudah ku susun….sengaja aku bermain dengan perasaan..aku rasa ia akan tercapai..aku tunggu saat ia berlaku…

Sayangnya..Tuhan lebih menyayangi aku..Dia tidak mahu aku terus berdosa dengan menyempurnakan dendam aku..niat aku itu tidak tercapai..malah, aku sendiri sedar bahawa aku menyimpang dari landasan agama yang aku anuti..langsung, niat aku termati dengan sendiri..

Jujurnya, aku tidak pernah buat benda BANGANG nih seumur hidup aku..biar teruk sekali aku naik minyak dengan mana-mana umat, aku masih waras untuk berfikir..pernah terlintas sebelum ini untuk aku melunaskan perasaan amarah aku..cuma, pegangan AGAMA aku masih kuat..

Dan kali ini..sekali lagi Tuhan menyelamatkan aku dari terjebak dalam kancah dosa..aku syukur pada-Nya..aku harap, BALAS DENDAM mati dalam hati aku..jangan kau subur..

Aku dan Memaki

Pergi Jahanam UMNO..itu yang terkeluar dari mulut Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat…tak tahu kenapa boleh terkeluar ayat itu dari mulut dia..

Katanya, media tidak faham apa yang ingin disampaikan olehnya berhubung kenyataan bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam pembangunan Kelantan..yang ditulis dalam paper, kerajaan pusat merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional…benda ni yang jadi marah oleh Tok Guru..

Apabila terkeluar ayat ini daripada mulut Nik Aziz, ramai yang beri pelbagai persepsi..kebanyakan, tidak suka akan tindakan Nik Aziz..

Ditanyakan aku..bukan sesuatu yang pelik pun..bila orang politik bercakap sedemikian…Nik Aziz bukan orang pertama pun yang bercakap macam tuh..

Tindak-tanduk Nik Aziz hanya melengkapkan atau menyempurnakan tanggapan manusia dangkal seperti aku dan yang lain-lain, orang politik atau sesiapa saja akan berkata apa-apa bila tak boleh tahan sabar..atau mudah kata, MARAH..

Orang politik: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, pernah cakap, Go The Hell Utusan..Menteri Besar Ganu,Datuk Ahmad Said, pernah cakap, menatang dalam sidang DUN, Ahli Parlimen pernah cakap bukan-bukan dalam Parlimen, Datuk Datuk Ibrahim Ali, pernah lempar tap recorder wartawan apabila diprovok dengan soalan panas..

Orang biasa: perlu ke aku cakap di sini apa yang dicakap..yang di atas ini pun orang juga..betul kan..

Manusia, bila dah marah, tak boleh tahan sabar, tak sedar diri, benda yang tak patut cakap pun boleh keluar..palu kompang sana sini..Dunia tak kiamat lagi pun, dia rasa macam nak kiamat..kalau nak bertaubat, elok juga tapi terus hambur rasa marah..BODOH bukan..kalau dalam keadaan biasa, sedar, waras, semua boleh di cakap dengan baik..

Jadi, kesimpulannya, aku tak rasa pelik pun..hahahahhaa..

Aku dan Menghitung Hari..

Aku ingat lagi…dua tahun lalu, di bulan ini..aku menghitung hari demi hari..bulan yang cukup membuat aku suka berkira-kira..hati aku berdetik-detik setiap masa..pantas membuat kiraan..saat hari pertama dalam kalendar itu sehingga ke hari terakhir, aku mencari perkiraan..

Sekali lagi, di bulan yang sama, aku menghitung hari..aku hitung masa dengan teliti..dengan tahap sabar dan cerdik, aku bermain dalam perhitungan masa..

tik..tik..tik..dup dap..dup dap..dup dap..hari pertama, hari kedua, hari ketiga..

Aku, Wan Siti Farihan, Mohamad Khalis Zulkifle dan Teoh Beng Hock

SBL000009497

 

KEMATIAN Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di koridor luar tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, 28 Julai lalu – dipercayai akibat terjatuh dari bangunan tersebut.

 

KLC000458853

Pada 12 Julai lalu pula, seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Mohamad Khalis Zulkifle mati apabila terjatuh dari tingkat empat kolej kediaman Siswa Jaya, Setapak, Kuala Lumpur. Allahyarham baru berusia 18 tahun dan baru mendaftarkan diri untuk pengajian di bidang kejuruteraan.

 

farihan_3

Pada 22 Jun lalu seorang pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat empat kolej kediamannya di Bangi. Allahyarham baru berusia 23 tahun.

———————————————————————————————-

Ketiga-tiga individu ini semunya mati dengan punca yang sama- akibat jatuh bangunan..matinya dalam keadaan misteri..

Yang bezanya, Teoh Beng Hock pula mendapat perhatian bagai nak hidupkan dia semula..

Aku terpanggil untuk menulis entry ini rentetan peel konon-konon rajin aku melayari blog-blog di ruang maya ini..ada 2 3 blog yang aku kira otai ada membincangkan mengenai perkara, yang aku kira sekali lagi menarik minat aku..

antara yang sempat aku baca – Cucu Tok Selampit, Ruang Bicara Faisal dan termasuk surat pembaca di Utusan Online

Ya..betul..kenapa kematian Teoh Beng Hock tiba-tiba menjadi perhatian mendadak semua pihak..kerajaan mahupun pembangkang…sampai kemuncaknya, tertubuh Suruhanjaya Diraja..mengapa tidak pula Wan Siti Farihan dan Mohamad Khalis Zulkifle, yang aku kira nama mereka juga tertera dalam “Perlembagaan’ tidak pula jadi perhatian..atau mungkin sebenarnya ada tapi dalam senyap-senyap…jika benar begitu, kenapa pula ia dibuat sedemikian..tidak dipentas politik..

 ingat..aku bukan mahu bersifat perkauman..baca dengan minda terbuka..baca dulu sampai habis..

Aku kira ini sifat B.O.D.O.H seseorang umat manusia berfikir..tidak kira apa jua latar belakang agama kau anuti, kiblat politik, tapi keterlanjuran dan kesangapan kau dalam bertindak, berhujah, menjadikan kau mudah lupa pada asasnya..nak jadi hero, nak puaskan hati semua orang, langsung menjadi dangkal untuk berfikir..sumbang dalam langkah..

Mudah saja, lihat, ini jadinya bila kematian manusia pun mahu dijadikan bahan politik..kalau semua benda di negara kita nih nak dijadikan bahan politik, ada pembabitan orang politik, tak kena cara, aku anggap ia akan punah..banyak contoh boleh dilihat, tak perlu disebut..hitung-hitung saja dengan sendiri..

Aku bagi contoh mudah..dalam persatuan bola sepak, siapa yang banyak pegang jawatan…renungkan-renungkan, fikir-fikirkan, dalam persatuan skuasy di negara ini, ada orang politik nak sibuk-sibuk…(kalau ada, maafkan aku, mungkin kurang kajian)

Kalau matinya seseorang nak dijadikan modal politik, susah la wei..itulah susahnya negara ini..segala gerak langkah, rutin hidup, kerja, agama, semunya nak dijadikan bahan politik..

Cubalah jadi orang yang neutral..susah ke..memandang sesuatu perkara dalam perspektif sebagai seorang manusia, bukan berkiblatkan ideologi politik..

Untuk makluman blogger-blogger, perjuangan tetap diteruskan melalui akhbar..lihat saja nanti..

Aku dan ‘Bayaran Tunai’

kartika

 

Ingat manusia saja boleh bayar dengan tunai, Tuhan pun boleh…siapa yang cakap macam tuh..Cabuk yang cakap..

Aku suka lontarkan ayat-ayat ini..”TENGOK NANTI, KALAU TUHAN SUKA, DIA AKAN BAYAR CASH” atau “ORANG TUH BERNASIB BAIK TUHAN DAH BAYAR CASH UNTUK DIA”…

Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, model yang dijatuhi hukuman 6 sebatan dan denda RM5,000 atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating aku anggap bernasib baik..

Sebab..Tuhan bayar cash untuk dia..Kartika tidak ‘berhutang”…ketentuan dia untuk menerima sebahagian daripada ‘bayaran’ Tuhan…bukan mudah untuk mendapatkannya, nyata Kartika adalah insan yang terpilih dari Tuhan..

Aku kira Kartika sudah cukup malu sebelum menerima hukuman Mahkamah tersebut..dengan kesnya terpampang di media massa dan menjadi buah mulut, ia adalah sebahagian daripada ‘bayaran’ Tuhan..

“Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah yang tentukan,” katanya..Nah, di pun sedar akan bayaran itu..insaf bukan…yang dengar pun jadi insaf..ada juga yang tak insaf..liat kalah tanah liat untuf insaf dan sedar..lebih-lebih lagi MENGAKU BERSALAH…

ada juga yang takut bila Tuhan nak bayar cash..muhahahahhhaa..nak tergelak aku..Kartika sendiri pun mahu ‘bayaran’ yang diterima dilunaskan dengan segera..

‘Bayaran’ yang diterima boleh dimanfaatkan Kartika pada hari mendatang..sekurang-kurangnya, membuka hati untuk menerima hidayah taubat dari Tuhan..timbul kesedaran dalam hatinya..MENGAKU AKAN KESALAHANNYA…apa yang pasti, kes ini juga menjadi pengajaran kepada umat-umat manusia yang lain dalam apa cara sekalipun..

Tak perlu pertikaikan..ini adalah ketentuan..keizinan Tuhan untuk berlaku..siapalah kita untuk terlalu rigid untuk mempersoalkannya..apabila ia wajar di hukum, hukuman itu perlu dilaksanakan..dalam pendidikan, ada pengajarannya..hukuman itu, adalah didikan, pelaksanaannya adalah pengajaran..betul ke..pedulik la cabuk..

Kartika sudah mendapat ‘cash’, aku dan yang lain-lain macam mana pula..ataupun ada yang masih mahu ‘berhutang’ dengan Tuhan dan menunggu untuk dilunaskan kemudian…

ada siapa tau nasib bagaimana..adakah masih jauh tahap kesedaran kamu semua termasuk aku untuk berjalan atas landasan agama…berfkir, bertindak mengikut lunas agama..jangan pilih keseronokan yang penuh tipu lah..itu hanya sementara..

TERIMALAH KEBENARAN BIAR IA PAHIT SEKALIPUN..baru la cerdik…

Untung dapat ‘cash’..aku selalu mintak macam tu pada Tuhan..untuk diri aku jela, bukan orang lain…haa, dah banyak gak aku terima cash..hehehhee..syukur..

Aku dan Gerbang Infiniti

Sebenarnya tengah tension nih..alamat emel kesayangan aku, manluke_17@yahoo.com dah tak boleh nak buka..hairan la sangat, tak sebab apa..aku try nk retrieve balik, tapi tak ingat pulak apa jawapan untuk ‘question’ yang aku buat dulu..gila nak ingat, emel ini aku buat masa zaman sekolah rendah lagi..eerrgghh..bengang gila..jadi secara automatik aku tak boleh guna dah emel add ni..

sedang aku dok belek-belek akaun friendster aku, tiba-tiba jumpa ‘barang’ lama aku..Gerbang Infiniti..

Layan jap lah..

Bertatih jalinan kasih disemi, Memori indah jadi penyeri,

Menyulam sayang sang Puteri, Kepalang asyik tidak terperi

Gerbang infiniti jadi hasrat, Segala perit jerih sempurna disemat

Tidak goyah bertambah erat, pegangan kasih menjadi azimat..

dua tahun melayari ikatan, tiba masa ia disatukan,

Hari indah jadi catatan, lafaz ditutur tanda pautan…

 

Cabuk: Silalah mengutuk ini tulisan..caci maki pun takpa…aku memang ‘bangsat’ dalam bidang ini..hahahahaha..gurau aaaa…jangan marah..