Aku, Wan Siti Farihan, Mohamad Khalis Zulkifle dan Teoh Beng Hock

SBL000009497

 

KEMATIAN Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di koridor luar tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, 28 Julai lalu – dipercayai akibat terjatuh dari bangunan tersebut.

 

KLC000458853

Pada 12 Julai lalu pula, seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Mohamad Khalis Zulkifle mati apabila terjatuh dari tingkat empat kolej kediaman Siswa Jaya, Setapak, Kuala Lumpur. Allahyarham baru berusia 18 tahun dan baru mendaftarkan diri untuk pengajian di bidang kejuruteraan.

 

farihan_3

Pada 22 Jun lalu seorang pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat empat kolej kediamannya di Bangi. Allahyarham baru berusia 23 tahun.

———————————————————————————————-

Ketiga-tiga individu ini semunya mati dengan punca yang sama- akibat jatuh bangunan..matinya dalam keadaan misteri..

Yang bezanya, Teoh Beng Hock pula mendapat perhatian bagai nak hidupkan dia semula..

Aku terpanggil untuk menulis entry ini rentetan peel konon-konon rajin aku melayari blog-blog di ruang maya ini..ada 2 3 blog yang aku kira otai ada membincangkan mengenai perkara, yang aku kira sekali lagi menarik minat aku..

antara yang sempat aku baca – Cucu Tok Selampit, Ruang Bicara Faisal dan termasuk surat pembaca di Utusan Online

Ya..betul..kenapa kematian Teoh Beng Hock tiba-tiba menjadi perhatian mendadak semua pihak..kerajaan mahupun pembangkang…sampai kemuncaknya, tertubuh Suruhanjaya Diraja..mengapa tidak pula Wan Siti Farihan dan Mohamad Khalis Zulkifle, yang aku kira nama mereka juga tertera dalam “Perlembagaan’ tidak pula jadi perhatian..atau mungkin sebenarnya ada tapi dalam senyap-senyap…jika benar begitu, kenapa pula ia dibuat sedemikian..tidak dipentas politik..

 ingat..aku bukan mahu bersifat perkauman..baca dengan minda terbuka..baca dulu sampai habis..

Aku kira ini sifat B.O.D.O.H seseorang umat manusia berfikir..tidak kira apa jua latar belakang agama kau anuti, kiblat politik, tapi keterlanjuran dan kesangapan kau dalam bertindak, berhujah, menjadikan kau mudah lupa pada asasnya..nak jadi hero, nak puaskan hati semua orang, langsung menjadi dangkal untuk berfikir..sumbang dalam langkah..

Mudah saja, lihat, ini jadinya bila kematian manusia pun mahu dijadikan bahan politik..kalau semua benda di negara kita nih nak dijadikan bahan politik, ada pembabitan orang politik, tak kena cara, aku anggap ia akan punah..banyak contoh boleh dilihat, tak perlu disebut..hitung-hitung saja dengan sendiri..

Aku bagi contoh mudah..dalam persatuan bola sepak, siapa yang banyak pegang jawatan…renungkan-renungkan, fikir-fikirkan, dalam persatuan skuasy di negara ini, ada orang politik nak sibuk-sibuk…(kalau ada, maafkan aku, mungkin kurang kajian)

Kalau matinya seseorang nak dijadikan modal politik, susah la wei..itulah susahnya negara ini..segala gerak langkah, rutin hidup, kerja, agama, semunya nak dijadikan bahan politik..

Cubalah jadi orang yang neutral..susah ke..memandang sesuatu perkara dalam perspektif sebagai seorang manusia, bukan berkiblatkan ideologi politik..

Untuk makluman blogger-blogger, perjuangan tetap diteruskan melalui akhbar..lihat saja nanti..

  1. moq, aku pun tak paham pasal setiausaha cina tu. luas tol tersebar…

    • mywanfai
    • July 24th, 2009

    topik panehhhh ni…

  2. nen: aku pn xnk afaham..
    wanfai: hehehe, bikin gempaq je..

    • Penjelajah Blog
    • July 28th, 2009

    Salam,
    IMHO,
    Kematian Teoh mendapat lebih perhatian kerana dia mati semasa dalam siasatan pihak SPRM. Teoh pula adalah SecPol kepada Adun pembangkang. Kematian Teoh, walaupun Jatuh dari bangunan tinggi seperti Siti Farihan dan Mohd Khalis, tetapi dia jatuh di tempat dia disoal siasat beberapa jam sebelum ditemui jatuh. Kematian Siti dan Khalis adalah sekadar satu kemalangan jatuh bangunan, walaupun ada unsur2 seekers dlm kematian siti (kematian mengejut?). just my 2 sen. pandangan sekadar pandangan.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: