Archive for August, 2009

Aku dan Merdeka 52

UMICL000594208

Tanggal 31 Ogos 1957..Tanah Melayu @ Persekutuan Tanah Melayu dibebaskan daripada pentadbiran British..kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kita merdeka daripada penjajah..

maka..laungan keramat itu dilaungkan di Stadium Merdeka ketika itu..Merdeka..Merdeka..Merdeka..

Bagi Bapa Kemerdekaan dan pejuang-pejuang negara yang bermati-matian, perjuangan itu sesuatu yang bukan mudah untuk diperolehi, maka, ia perlu dihargai..

Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia…Merdekakah engkau…

Bila tanya, merdeka..ya..aku merdeka..Malaysia merdeka..bila tanya Merdeka, nanti kau lepak mana..Bila tanya Merdeka, kau nak pergi konsert mana..Bila tanya Merdeka, kau nak dajal jantan atau awek mana….

Aku..masih lagi berjuang untuk Merdeka..aku tunggu saat itu..aku percaya, kekuatan itu pada aku…Tuhan, izin aku melunaskan keazaman aku..yaaa…itu yang aku perlukan..

Hahahahahahaa..(gelak Tan Sri P. Ramlee dalam Musang Berjanggut..Payung dah ku simpan, perahu pun sudah ku sedia, hanya menunggu bah tiba)…

Advertisements

Aku, Pengurusan Teknologi (SHT) dan Ambank Jalan Pudu

36145113926853l

 

Lama juga aku tak berhubung dengan member-member lama..selain gang-gang kampung yang dikenali sebagai BJ Union (Budak Jahat Union), rakan-rakan sama tempat belajar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) antara umat-umat yang aku rindu nak jumpa..

Mungkin, selepas aku berkahwin, ditakdirkan aku bertugas seperti biasa di ibu pejabat, ada kebarangkalian aku akan kerap berjumpa dengan member-member sepengajian dalam Pengurusan Teknologi (SHT) 00-04…

Banyak perkembangan mengenai kawan-kawan nih yang aku miss..ada jemputan perkahwinan, aku tak dapat datang, ada majlis apa-apa pun aku susah nak attend..tidak mahu menyalahkan puncanya aku di Kota Bharu menyebakan aku jadi seperti kera sumbang..tapi aku tetap hargai kenangan aku sebagai pelajar SHT di UTM..

Selepas tamat pengajian Mac 2004, maka bersepah gang-gang aku di merata bumi Kuala Lumpur atau tempat lain, mula mencari kerja..tau kat mana paling ramai member aku kerja..Ambank Jalan Pudu..kalau tak silap dekat 10 orang member SHT aku kerja di sana..kemasukan ke situ dikepalai oleh Saiful Hafizan (Bjan)…berperingkat-peringkat, sorang demi sorang member aku masuk sana..

Terbaru…member aku yang letak jawatan di Air Asia, Hapizi selepas hampir 4 tahun di situ, menyertai kelompok kawan-kawan aku di Ambank…dengar cerita, hasil rekomen Bjan…baguslah..gua respek betul dengan member-member nih..dah boleh tolong kawan-kawan yang nak cari kerja..semua pangkat dah besar..dah lama kerja, mesti boleh panjat sikit demi sikit jawatan..

Bila fikir balik, nak tergelak pun ada..masa belajar, tempat sama..bila bekerja pun sama..seronok jugak..lebih-lebih lagi member-member yang sekepala dah gather even lepas belajar…ada orang kata, benda macam nih, tak berkembang..asyik jumpa orang yang sama..tapi tak jugak..Ambank tu bukan hak milik penuh SHT pun..ramai lagi yang kerja kat sana…

Masa aku kerja di ExxonMobil dulu, 3 orang gang SHT termasuk aku bekerja di department yang sama..cuma lain-lain divisyen..tetap gak aku ada member lain yang aku dapat kenal lebih-lebih lagi bila dapat join team bola syarikat minyak ini, The Xombies…

Apa-sajalah Cabuk..selamat dalam berjaya dalam karier masing-masing untuk semua SHT’rian..

Aku, 3 Perkara dan Ulang 3 Tahun

Tiga perkara berlaku dalam bulan Ogos ini yang berkaitan dengan Cabuk…

Pejam-pejam celik..ini tahun ketiga aku sambut Ramadhan di bumi Cik Siti Wan Kembang…menjadikan genap 2 tahun aku bertugas di sini..turut berlaku dalam bulan Ogos ini juga, genap setahun aku terjun dalam arena blog..

Aku ingat lagi dua tahun yang lalu..selepas 2 minggu aku menikahi isteri aku, Norhayati, aku ditukarkan ke Kelantan..Ogos adalah bulannya..5hb aku bertugas di pejabat yang terletak di Jalan Che Su Kota Bharu…betul-betul aku menghirup udara baru dalam status yang baru..sudah berumah tangga..hehehehe..hidup la aku sampai sekarang di bumi Cik Siti Wan Kembang…dari berdua, dah jadi bertiga..ada Dania Qistin…sayangnya, tahun nih, Nor, Dania dan Damia Qismina (puteri yang baru dilahirkan) tak dapat merasai suasana Ramadhan di sini bersama aku..kerana masih berpantang di rumah mertua aku, Kajang..

Rentetan itu, aku mula merasai suasana berpuasa, menyambut bulan Ramadhan di Kelantan..negeri yang cukup terkenal dengan pondok-pondok agama yang melahirkan ramai ulamak yang terbilang, antaranya Tok Kenali..3 kali berulang Ramadhan, aku masih di sini..aku ingat lagi, juadah pertama aku berbuka puasa dengan Nor, kami ada beli sambal yang penuh dengan biji cili..dalam hati, ingatkan sambal ni confirm pedas, sekali dijamah, mak aaaiihhh..manisnya..tergelak aku dengan Nor bila teringat semula kenangan itu..

Pada tahun kedua aku menyambut Ramadhan (2008), sebelum itu, aku mula rasa bosan dalam pengisian aku hidupan seharian selain memenuhi tuntutan bekerja..jadi, aku tertarik untuk menambah satu lagi kerja aku, menulis blog…secara kebetulan, ketika itu, aku minat membaca sebuah blog rakan, Syahril Kadir yang penuh dengan cerita yang best, jadi aku sendiri terjun dalam arena blog..ditambah dengan beberapa rakan sebidang seperti Wan Faizal yang cukup dikenali sebagai Penulis Resah dan Azran dengan panggilan Tukang Canang turut sama aktif dalam menulis..pada mula aku memulakan tangan menaip di lembaran maya yang beralamatkan manlukeman.blogspot.com..selepas beberapa bulan, aku menukar selera kepada wordpress dan sehingga kini, aku masih setia di sini..

Tidak tahu boleh ke aku berganjak daripada angka 3 itu..hehehhee..kita lihat nanti..

Aku dan Hukuman Yang Ditangguh

ne_03_1

 

Aduh..tepuk dahi cabuk bila dapat tau perkembangan terbaru isu model wanita ini, Kartika Sari Dewi Shukarnor semalam..hukuman sebat ditangguh atas kesalahan Kartika yang didapati bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating..haaaiihhh, kenapa begini berlaku..

Nak aku ulas panjang, katanya dipercayai melibatkan pejabat Peguam Negara..ini melibatkan satu institusi, badan yang cukup tinggi untuk diperkatakan..sampai Bapa Kartika Berang, Kecewa apabila perkara ini berlaku…lebih jadi buruk, Pak Shukarnor langsung membuat laporan polis dek kerana tiada dokumen rasmi tangguhkan hukuman tersebut..aduihh la..

“Kami menjunjung hukum Islam dan tidak pernah ada niat untuk mengelak, tahu-tahu ia ditangguhkan,” ujar Pak Shukarnor

“Jangan sesekali ingat saya teruja dengan apa yang berlaku. Apa yang dikesalkan, mengapa saya diperlakukan sebegini,” kata Kartika pula..

Kata Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd. Sahfro Abdul Aziz, hukuman sebat itu ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadhan..

Alahai..maaf kata andai bunyi kasar, yang aku nampak, bila jadi benda-benda macam inilah buat orang hilang percaya dengan undang-undang negara, pihak pelaksana undang-undang termasuklah pihak berkuasa..aku jujurlah, malu bila benda nih berlaku..

logik ke alasan nak hormat bulan Ramadhan…kita semua tahu ke ketika zaman Rasulullah, hukum Islam yang sememangnya diamalkan ketika itu akan ditangguhkan hanya untuk menghormati bulan mulia ini..aku tak pernah ke tanah suci Mekah, tapi kerap mendengar pengalaman orang mengenai hukuman jenayah yang dilakukan di sana..tak pernah kenal pun erti bulan Ramadhan atau tidak, tetap juga dijalankan…

Nanti mulalah orang fikir, wujud mulut-mulut ajaib dalam benda nih..percaya atau tidak, inilah interpretasi pertama orang..ini bukan nak menghormati Ramadhan, lagi nak tambah dosa kering..

Tak mengapalah..lihat saja babak seterusnya, apa pelakon-pelakon itu akan melontarkan skripnya nanti..

Aku dan Isu Sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor

KPR000005376

 

Nampak gaya, polemik isu sebat model wanita bernama Kartika ini berpanjangan..aku tengok media betul-betul bermati-matian ‘carry’ story nih..macam-macam angle dibuat..aku sendiri kalau nak kena buat tiap-tiap hari pun, sah pening nak cari benda baru..

Nama Kartika aku lihat popular sampai ke peringkat antarabangsa..lihat saja di laman web seperti Yahoo dan google mahupun laman web sosial seperti Facebook, ada umat manusia yang yang membincangkan mengenai kes ini..di saluran berita seperti CNN pun nama dia cukup dilaung-laungkan..boleh aku katakan, kebanyakan mereka menentang hukuman tersebut..

Lantak korang lah..kalau orang kafir, tak payah heboh pasal Islam..peduli la kalau ko datang dari pertubuhan hak asasi sekalipun…

Sebenarnya, aku nak selitkan sedikit mengenai tulisan tangan oleh kawan sebumbung, Sahlizah Mohamed mengenai isu ini yang diterbitkan dalam Kosmo!..tajuknya, Keindahan syariah di sebalik isu sebat..

Biarpun kupasan itu tidak cukup panjang, namun aku rasa ia cukup dalam untuk memberi pengertian sempurna kepada orang ramai khasnya yang mengucap dua kalimah syahadah dan kepada mereka juga yang konon-konon bijak dalam Islam meskioun bukan penganutnya..

Melalui perbincangan bersama Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, rakan aku ini dapat mengungkap beberapa kenyataan yang menarik mengenai polemik isu ini..aku cuba mudahkan dengan ayat-ayat aku..

Jangan kita jadi masyarakat yang bodoh ‘piaq’ yang hanya menilai hukuman atau siapa yang dihukum sebaliknya lihat saja mengapa hukuman itu dilaksanakan..luar sana terlalu bijak membicarakan mengenai cegah lebih baik daripada merawat..hah..inilah benda yang berkait rapat dengannya..tak reti-reti..

“Apa yang menimpa Kartika membuka mata banyak pihak mengenai isu arak malah hukuman rotan itu sendiri menimbulkan rasa gerun kepada sesetengah orang,” kata Dr. Zaleha…

Islam itu banyak tolak ansur..ada rukhsoh..tapi ingat, dalam lembut ada ketegasan..hukum tetap hukum..salah tetap salah..jangan berani nak pertikaikan sebarangan..

Seperkara lagi yang cukup aku kira menarik adalah perbezaan hukuman syarie antara negeri-negeri di negara yang tertulis dalam perlembagaan mengangkat Islam sebagai agama rasmi..

Kartika dikenakan hukuman sebatan dek kerana ditahan di Pahang yang menggariskan sebatan sebagai hukuman selain denda..kalau ditahan di Selangor, negeri maju ini, Kartika mungkin hanya dipenjara atau denda saja..

Hah..siapa nak cakap pasal ini..tak payah nak gegel kelab malam banyak di Selangor atau Kuala Lumpur..yang tukang minum siapa..umat mana yang paling banyak teguk air setan itu tanpa segan silu, rasa bersalah, siap mengaku lagi..

Aku ingat kalau ada sebatan, mampus puak-puak tuh..tak payah tunggu skrip nak berlakon, tak payah tunggu lirik nak menyanyi, tak payah tunggu abah kau yang bergelar YB atau VIP atau tukang korporat, marah sebab rosakkan nama dia, sah kau dah menangis awal-awal lagi sebab dah tau nak kena sebat..

Sahabat aku seorang cukup marah bila tiap-tiap hari cerita Kartika keluar..model wanita ini sekarang seperti sudah betul-betul diangkat sebagai ‘model yang baik’ di mata masyarakat walhal pendapatnya perlu dihentam secukup-cukupnya..takpa la sahabat..yang berlaku biarkan berlalu, Kartika sudah terima ‘bayaran tunai’ dari Tuhan..kita doakan yang terbaik untuk dia saja..

Ambil semangat Ramadhan untuk jadi pemerhati, pecakap yang lebih bijak dalam menghalusi cabang-cabang agama..bukan terus jadi orang bodoh tak berasaskam AGAMA…

Aku dan Ramadhan ke 27

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Cabuk: kepada semua, Selamat Menyambut Ramadhan..Salah silap, aku mohon ampun maaf, halalkan makan minum..

Aku, Kuantiti dan Kualiti

Rasa, tajuk entry aku di atas tak perlu panjang lebar hujahnya..cuma, aku mahu berfikir..mana yang lebih baik..

Pentingkan kuantiti atau kualiti…