Aku dan Misi Maut

misi

 

Komen Aku: Saya nak tahu juga..kesemua wartawan dan blogger yang naik bot itu, apa hasil tinjauan daripada pelayaran tersebut yang akan ditulis di dalam akhbar mahupun di blog sebagai bukti berkaitan dengan tuntutan kerajaan negeri terhadap royalti minyak …gambar kerja-kerja si pengukur sedang mengukur..luas kawasan yang terlibat dalam tuntutan tersebut..gambar YB-YB, datuk-datuk yang turut serta dalam lawatan tersebut..selain cerita pasal pengalaman..gambar pelantar minyak..bukankah misi itu berkaitan dengan tuntutan tersebut..sekadar ingin tahu…

Jawapan Kickdefella (Sheih) : Saudara mungkin tidak faham kerana tidak ikut serta dengan kemelut ini. Berkali-kali diberitahu di dalam ucapan-ucapan pimpinan sebelum ini, misi ini misi moral. Simbolik perjuangan dan kesediaan untuk memperjuangkan hak kepada yang berhak. Kalau betul-betul mahu mengukur jarak pelantar dengan pantai atau bandar, duduk dalam bilik air sambil buang air besar pun boleh di ukur. Masukkan sahaja kordinat yang telah saya kemukakan sebelum ini dan kemudiaannya dengan kemudahan GPS pada telefon mudah alih, periksa sahaja jarak dari titik itu dengan tempat anda duduk membuang air besar tadi. Dah dapat dah. Atau download google earth dan masukkan kordinat. selesai. Tetapi apa pengalaman yang diperolehi dengan cara semudah itu. Menerusi perjalanan ini, banyak pengalaman di timba dan perjuangan para nelayan dan para pekerja di tengah lautan sana dapat diinsafi dan digandakan pengalaman itu berbulan-bulan bahkan bertahun atau mungkin berdekad, untuk susah senang, suka duka rakyat Malaysia yang kerjanya bangun pagi, baca akhbar di dalam hawa dingin. Menerusi misi ini, kejayaan mencungkih biar sedikit realiti kehidupan itu yang penting.

bacaan lanjut: Kickdefella

———————————————————————————————-

Rasa macam aku cepat melatah..rasa macam aku tiba-tiba cepat naik darah..Tuhan selamatkan aku..ya, aku akui kelemahan dan kekurangan aku..beri aku kesabaran dan kekuatan dalam hadap masalah ini..

Aku Bukan ORANG UMNO..bukan ORANG PAS..bukan orang DAP..bukan orang PKR..aku orang INDIVIDU (ada aku tulis dalam entry mengenai pendirian aku dalam arena politik, sila cari sendiri)

Aku mahu jawab satu-satu apa yang diutarakan oleh abang saya ini berkaitan dengan Misi royalti bertukar misi maut yang ditulis oleh Khairi Mohamad..maklum tau, abang Sheikh ini lebih berpengalaman luas dalam hidupnya..memandang perbezaan umur yang ketara..ditambah akses yang hebat kepada dunia politik..

Akhbar Kompak Kosmo!..ya..mungkin milik UMNO..dek kerana sebumbung dengan Utusan Malaysia..bernaung di bawah Utusan Melayu (M) Berhad..tapi arah perjuangan kami berlainan..persembahan ‘angle’ juga kiblat yang tidak sama..kecenderungan berita yang dilihat juga berbeza..Utusan Malaysia, seperti dilihat cenderung ke arah Politik..

Kosmo! akhbar politik ke…kami akhbar PENGGUNA…akhbar HUMAN INTEREST…akhbar ORANG MUDA…satu ketika pernah digelar akhbar SAMPAH..sebab banyak sangat buat cerita pasal sampah..buat semua yang tak tau, Kosmo! memenangi tiga tahun berturut-turut AKHBAR PENGGUNA TERBAIK…pelbagai tulisan wartawan yang turut memenangi ANUGERAH BERITA BAHASA MALAYSIA..dua wartawan memenagi ANUGERAH KAJAI..berdasarkan berita yang memperjuangkan HAK PENGGUNA..HAK RAKYAT..satu, MASALAH AIR DI LEMBAH KLANG..dua, KLINIK GUGUR ANAK..

Ketika itu, kerajaan PUSAT, pimpinan Barisan Nasional teruk dihentam oleh Kosmo!..jangan anda semua tak tahu, perjuangan Kosmo! mengenai masalah rakyat tidak mengira erti kerajaan mahupun pembangkang..tanya saja TIAN CHUA (PKR)..TERESSA KOK (DAP)..DR. SHAFIE ABU BAKAR (PAS – satu ketika pegang DUN KAJANG, kalau tak silap) berapa kali Kosmo! membuat liputan bersama YB-YB ini dalam memperjuangkan MASALAH RAKYAT..

Ketika PRU 12, risalah mengenai pulaukan media, Kosmo! antara yang berkecuali..maknanya, tidak dipulaukan..sebab..tak KELUAR BANYAK cerita POLITIK..(boleh rujuk blog wanfai untuk rujukan lanjut, cari sendiri)..

andai kata ada cerita politik, tidak ‘hard core’ seperti akhbar Utusan Malaysia….ya, diakui kadang-kadang perjuangan Kosmo! itu lari daripada landasan..aku sendiri tidak berpuas hati dengannya..jadi saluran yang baik, tegur orang di atas..syukur, teguran itu diterima..

Niat wartawan Kosmo!, Khairi Mohamad mengikuti rombongan pelayaran tersebut bertujuan untuk mengumpul bukti, membantu kerajaan negeri (PAS) dalam tuntutan royalti minyak..ia seiring dengan jemputan oleh Datuk Husam Musa untuk tujuan yang sama..itu saja..takda pula Datuk Husam mengatakan misi moral..setahu saya lah..

Datuk Husam Musa tak tahu ke pengiraan jarak ke pelantar dengan pantai atau bandar boleh dibuat melalui kemudahan GPS di telefon mudah alih..tak pun melalui Google Earth sampai perlu mengajak wartawan turut bersama dalam pelayaran MORAL ini..kalau setakat misi moral, tak ajak wartawan pun takpa..dari awal hingga akhir, jangan maklumkan pada sesiapa..tak perlu apa jemputan..sebab MORAL, kalau tak diheboh-hebohkan, rasanya lebih mulia..

Rasanya orang PAS pun bangga bila bukti-bukti itu dapat diterbitkan melalui akhbar dikata mereka akhbar UMNO seperti Kosmo! dan Utusan Malaysia..

berkaitan dengan penghinaan kepada pekerjaan nelayan..saya tak tahu mana ayat yang mana berkaitan dengan penghinaan itu bila dibaca dalam akhbar Kosmo!..hanya disebabkan manusia menitikberatkan mengenai soal keselamatan semua penumpang dalam bot yang dinaiki, jadi terus mengatakan kita menghina kehidupan nelayan seluruhnya..

Jaket keselamatan yang tidak mencukupi, jenis bot yang dibawa, bukan bot penumpang, muatan yang berlebihan, pengisian pelayaran tersebut..aspek ini yang kita pertikaikan..sebagai penganjur yang cekap, aspek ini perlu diperhalusi, dititikberatkan apabila ia melibatkan nyawa manusia..

nak tahulah, andai kata kesemua krew terkorban dalam misi tersebut, siapa yang perlu dipertangunggjawabkan jika aspek keselamatan seperti itu diabaikan..adakah abang sheikh kickdefella boleh guarantee Tuhan kurniakan SYAHID kepada mereka..bila pulang dengan selamat, masing-masing dikurniakan PAHALA yang berlipat ganda kerana mengikuti pelayaran yang dikatakan MISI MORAL itu..

Andai kata mahu menyelami pengalaman susah payah para nelayan bekerja di tengah lautan, wartawan dan blogger saja ke yang mahu merasai pengalaman itu..DATUK-DATUK, YB-YB yang lain turut sama, mengapa tidak sekapal dengan abang sheikh sendiri dan rakan-rakan wartawan serta bloggers..ke mereka sudah cukup perit dalam memperjuangkan POLITIK saja, jadi tidak perlu merasai pengalaman itu..

Abang Sheikh macam lebih mengenali Khairi daripada orang yang rapat dengan dia..Cabuk taulah kiblat politik mamat nih..tak payah orang yang dok sibuk..kalau dia mengundi, Cabuk sendiri tau apa yang dipangkahnya..

Hafiz Johari ini, punyalah nak tolong kerajaan negeri dalam berjuang, sanggup tinggalkan isterinya yang baru 2 minggu dinikahi..mungkir janji pula mahu pulang awal..sebab dikatakan pelayaran itu hanya memakan masa 8 hingga 12 jam..

Tak perlu persoal kerja wartawan Kosmo! kalau tak tahu menahu mengenai bidang tugas dia..untuk pengetahuan orang-orang semualah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggelarkan Kosmo! sebagai pegawai penyiasat kelas atasan..mengalahkan SB, D6, D7 dalam unit PDRM..tau sebab apa..lebih hebat menyiasat kes dari polis..lebih hebat buat penyamaran berbanding polis..mahu bukti..lihat saja apa pendedahan Kosmo! sepanjang 5 tahun bertapak dalam industri akhbar..

Senang saja aku simpulkan benda ini..apabila orang taksub kepada sesuatu, inilah yang jadinya..tak mahu menerima kekurangan, tak suka orang membicarakan mengenai kelemahan..hanya mahu menunding jari, hanya mahu mencari kesalahan orang..lebih teruk lagi, apabila tidak mengakui kesalahan sendiri..akal fikiran menjadi sempit..langsung memutarbelitkan kenyataan…menyimpang dari isu..

orang UMNO, orang BN bila taksub, beginilah jadinya..orang PAS bila taksub, orang DAP, orang PKR, pun sama..beginilah jadinya..agama jadi terkebelakang…NAFSU pula jadi TUAN…

Abang Sheikh, Rasul sendiri bersedia menerima pendapat orang lain..para sahabat pun bersedia ditegur..sama..tak perlulah saya beri contoh di sini..abang Sheikh sendiri sedia maklum mengenai perkara ini lebih dari saya yang masih muda lagi..

Mukmin dan Mukminin memang perlu berjuang demi ISLAM..PERJUANGAN itu juga membabitkan diri sendiri..maka, DIRI SENDIRI perlu tebal dalam ISLAM, sebelum terjun dalam arena perjuangan MUTLAK..jangan bercakap pasal dosa pahala, kelak nanti terkena kepada BATANG HIDUNG SENDIRI..jangan sampai PEKUNG DIDADA dibuka..

Saya ingin sampai salam Khairi Mohamad..dia mengajak abang sheikh minum di kedai kopi di Jalan Che Su, berhadapan Hotel Crystal Lodge..jangan hampakan permintaan dia..boleh bawa sekali tukang-tukang komen dalam blog abang sheikh..

  1. pembaca cari yg iklas dan btol
    tanpa serong2

  2. betul..sahih..benar kata tuan..saya sokong..jadi, siapa kita utk ketahuan, tentukan ikhlas, serong itu..

    • mat bintang
    • August 8th, 2009

    gasak aja orang yg cakap lebih tapi tak tau apa…

  3. mat bintang: aku cuma jalankan tanggungjawab

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: