Aku dan Kelahiran Damia Qismina

11082009231

Alhamdulillah…setelah 9 bulan bini aku, Norhayati membawa perut yang besar, mengandungkan anak kedua, akhirnya selamat dilahirkan..

Tepat pukul 10.24 malam, puteri kedua dalam keluarga aku selamat menghirup udara segar dunia ini..dengan berat 3.02 kilogram, aku kira puteri aku ini sihat walafiat dan comel..pipi yang tembab, macam kakaknya, Dania Qistin..

Langsung, aku beri nama, ilham dari isteri ku, Damia Qismina..kalau aku tak lupa, maksudnya berbunyi, ketenangan yang bijaksana..aku suka akan maksud nama ini..akan ku tambah ilmu puteri ini seiring dengan pembawakan maksudnya..

Aku bangga, untuk kali kedua isteri ku cukup tabah menghadapi saat-saat ‘penghapusan dosa’, menuju ke jalan syahid…Nor seorang yang kuat, banyak mengeluh sebab sakit selain kekuatan minda yang tertumpu kepada kebesaran Tuhan..bab ini, aku harus bagi kredit pada Nor..berbanding dengan kelahiran Dania, Nor sangat kuat berpegang nasib kepada Tuhan..bibirnya basah menyebut kalimah Tuhan..bukan aku yang ajar tapi keinginannya untuk ke arah itu..maka, faktor ini juga menjadikan kelahiran Damia lebih cepat kali ini..tak sampai 10 minit, selamat semua..aku sendiri tak sempat nak ulang break dance yang aku buat masa tunggu Dania keluar dulu..

 

11082009233

Sekalung terima kasih juga aku mahu berikan kepada krew operasi wad Pusrawi Kajang..korang semua memang superb..memang tak salah aku pilih hospital ini untuk repeat sambung kelahiran puteri aku yang kedua..buat semua jururawat, tak kira yang tua atau muda, membuatkan aku rasa seperti tenah tunggu anak aku lahir di rumah..wujud rasa selesa, harmoni..pendek kata, best la..berbunga-bunga terima kasih untuk Dr. Mashitah, pakar sakit puan Pusrawi Kajang..nasihat puan lebih mujarab kepada isteri ku berbanding aku sendiri..hahahhaaa…

Untuk kawan-kawan, aku berani jamin 10 jari tangan, 1 jari kaki, Hospital Pusrawi memang superb handle kes kelahiran bayi..kira, aku recommend la sesiapa yang berhajat nak datang sini untuk bawa isteri masing-masing berkaitan dengan pregnancy…

Sebelum terlupa, kalau sesiapa yang nak berkongsi pengalaman pasal melahirkan anak, boleh rujuk isteri tercinta ku…biarpun baru 2 orang anak, dia sudah cukup terajar oleh Tuhan untuk menghadapi saat-saat itu..takda tangkal, takda pengeras..itu aku jamin..hahahahahaaa..

    • adam
    • August 11th, 2009

    tahniah buat hakim n nor.. serta dania jugak sbb dpt adik baby girl..

  1. tahniah tom!🙂

    • T.E.D
    • August 13th, 2009

    Tahniah dah ada 2 anak dara.

  2. congrets abang & akak!
    =)
    Semoga kelahiran ini membawa lebih keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga!

    • mywanfai
    • August 14th, 2009

    tahniah bro

  3. syukur pada Tuhan yang maha kuasa, semoga Damia menjadi secomel ibunya, sebijak ayahnya, semulia ibunya, sesedap suara ayahnya ops! (teringat karaoke la plak)

    bro, gua bangga ngan lu!

    -peminat blog cabuk-

  4. adam, nani, wanfai, balkhiz: tq..tq..tq..
    SAK: gua hanya ‘sumbangkan’ suara je..hehehe..tq bro..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: