Aku dan Isu Sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor

KPR000005376

 

Nampak gaya, polemik isu sebat model wanita bernama Kartika ini berpanjangan..aku tengok media betul-betul bermati-matian ‘carry’ story nih..macam-macam angle dibuat..aku sendiri kalau nak kena buat tiap-tiap hari pun, sah pening nak cari benda baru..

Nama Kartika aku lihat popular sampai ke peringkat antarabangsa..lihat saja di laman web seperti Yahoo dan google mahupun laman web sosial seperti Facebook, ada umat manusia yang yang membincangkan mengenai kes ini..di saluran berita seperti CNN pun nama dia cukup dilaung-laungkan..boleh aku katakan, kebanyakan mereka menentang hukuman tersebut..

Lantak korang lah..kalau orang kafir, tak payah heboh pasal Islam..peduli la kalau ko datang dari pertubuhan hak asasi sekalipun…

Sebenarnya, aku nak selitkan sedikit mengenai tulisan tangan oleh kawan sebumbung, Sahlizah Mohamed mengenai isu ini yang diterbitkan dalam Kosmo!..tajuknya, Keindahan syariah di sebalik isu sebat..

Biarpun kupasan itu tidak cukup panjang, namun aku rasa ia cukup dalam untuk memberi pengertian sempurna kepada orang ramai khasnya yang mengucap dua kalimah syahadah dan kepada mereka juga yang konon-konon bijak dalam Islam meskioun bukan penganutnya..

Melalui perbincangan bersama Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin, rakan aku ini dapat mengungkap beberapa kenyataan yang menarik mengenai polemik isu ini..aku cuba mudahkan dengan ayat-ayat aku..

Jangan kita jadi masyarakat yang bodoh ‘piaq’ yang hanya menilai hukuman atau siapa yang dihukum sebaliknya lihat saja mengapa hukuman itu dilaksanakan..luar sana terlalu bijak membicarakan mengenai cegah lebih baik daripada merawat..hah..inilah benda yang berkait rapat dengannya..tak reti-reti..

“Apa yang menimpa Kartika membuka mata banyak pihak mengenai isu arak malah hukuman rotan itu sendiri menimbulkan rasa gerun kepada sesetengah orang,” kata Dr. Zaleha…

Islam itu banyak tolak ansur..ada rukhsoh..tapi ingat, dalam lembut ada ketegasan..hukum tetap hukum..salah tetap salah..jangan berani nak pertikaikan sebarangan..

Seperkara lagi yang cukup aku kira menarik adalah perbezaan hukuman syarie antara negeri-negeri di negara yang tertulis dalam perlembagaan mengangkat Islam sebagai agama rasmi..

Kartika dikenakan hukuman sebatan dek kerana ditahan di Pahang yang menggariskan sebatan sebagai hukuman selain denda..kalau ditahan di Selangor, negeri maju ini, Kartika mungkin hanya dipenjara atau denda saja..

Hah..siapa nak cakap pasal ini..tak payah nak gegel kelab malam banyak di Selangor atau Kuala Lumpur..yang tukang minum siapa..umat mana yang paling banyak teguk air setan itu tanpa segan silu, rasa bersalah, siap mengaku lagi..

Aku ingat kalau ada sebatan, mampus puak-puak tuh..tak payah tunggu skrip nak berlakon, tak payah tunggu lirik nak menyanyi, tak payah tunggu abah kau yang bergelar YB atau VIP atau tukang korporat, marah sebab rosakkan nama dia, sah kau dah menangis awal-awal lagi sebab dah tau nak kena sebat..

Sahabat aku seorang cukup marah bila tiap-tiap hari cerita Kartika keluar..model wanita ini sekarang seperti sudah betul-betul diangkat sebagai ‘model yang baik’ di mata masyarakat walhal pendapatnya perlu dihentam secukup-cukupnya..takpa la sahabat..yang berlaku biarkan berlalu, Kartika sudah terima ‘bayaran tunai’ dari Tuhan..kita doakan yang terbaik untuk dia saja..

Ambil semangat Ramadhan untuk jadi pemerhati, pecakap yang lebih bijak dalam menghalusi cabang-cabang agama..bukan terus jadi orang bodoh tak berasaskam AGAMA…

    • dilla
    • August 25th, 2009

    hmm.. masalahnya dia nih siapa sebenarnya.. sgt famous pula skang nih.. harap2 dengan isu dia ni terbuka arr minda orang2 islam di malaysia terutamanya.. sebab ramai giler yang selamba je teguk air tu..

    • mywanfai
    • August 25th, 2009

    lepas kena sebat… mesti dapat jemputan jd tetamu nona, malaysia hari ini, wanita hari ini… lepas tu jd penceramah bebas dan pakar motivasi… lepas tu yusof haslam offer berlakon pulak… dapat offer rakan album pulak… akhir sekali dapat gelaran Datuk!

  1. dilla: selamba teguk je kn..ntah la..
    wanfai: waahh..ko pentafsir yang hebat..memang dah kena trend m’sia begitu..muhahahaa

    • nurkilan
    • August 25th, 2009

    setuju apa yang wanfai cakap. kadang-kadang rasa macam saje je minah tu cari publisiti. ye ar dia kan model sambilan. agak-agak pasni bayak la tawaran yang dia dapat. dia xtau malu ker. selamba jer kuar depan akhbar. benda tu memalukan wei bukan membanggakan. family pun macam bagi sokongan jer. klau family aku mau aku kena halau dari umah. malu family weiii….

    • xxx
    • August 25th, 2009

    nie lah orang melayu, wanita tersebut rela disebat tetapi ada masyarakat melayu memberi sokongan?? menghina, mengutuk… jika dia minum arak maka sapa yang memfitnah dia jauh lebih besar dosanya.

  2. nurkilan: takpa, yang lepas biar lepas..jangan mulut kita terus menghukum..
    xxx: cerdik statement nih..

  3. tetibe jer minah nih dah jadi glamer ..?? aper reaksi kita kalau2 terjumpa dia dkt tepi jalan?? nak cakap aper eh??

  4. bagi salam..benda lain tu, terpulang..

    • z4mr
    • September 4th, 2009

    yg aku x paham,ade pihak yg ckp hukuman ni menzalimi wanita….die ni dah la pakai tudung x cukup aurat,megah tayang rambut salun tapi ade hati nak masuk campur dlm urusan hukuman agama….fikirlah sikit,ade hikmah di sebalik hukuman ‘berat’ tu…rujuk dulu org2 agama,jgn main hentam je pakai idea barat

  5. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    سلام عيدالفطر المبارك هجرة 1430
    من العائدين والفائزين
    معاف ظاهير دان باطين
    جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
    سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم

    kartika nak saman kalau ada lagi sapa2 nak ganggu dia dan keputusannya! baru tahu kan…

  6. dari ana:terima kasih atas jemputan..

    • sharifah norhafizah
    • September 21st, 2009

    ‘ Innallaha yuhibbuttawwabin…’ Sesungguhnya Allah MENYINTAI orang2 yang bertaubat.
    Dari mana wudunya ‘TAUBAT’ jika tidak kerana ada kesilapan dan dosa.jika dia benar2 bertaubat dari hati yang tulus maka skrg dia sudah jd hamba yang diCINTA Allah….sedangkan masyarakat sekeliling membuat pelbagai andaian2 yang negatif terhadap kesediaan beliau menerima hukuman sebat itu dengan penuh sangka buruk lalu menjerumuskan. Beliau berhjrah dari ke arah yang dicintai Allah lalu sedangkan yang mengata sedang berhijrah ke arah yang dibenci Allah. Fikir-fikirkanlah.

    • sharifah norhafizah
    • September 21st, 2009

    typing error- ‘dari mana wujudnya taubat’

    • intan
    • March 10th, 2010

    Saya setuju dgn apa yg Kartika buat. Publisiti bukan dia yang cari, bukan dia yg suruh camera tu tangkap gambar dia, bukan dia yang suruh wartawan soal dia mcm2. Pasal aurat dia ke, pasal dosa dia ke, saya tak mahu kutuk lebih2.

    Yang saya tahu, perbuatan dia menegaskan utk disebat di dunia, saya tabik habis2an kerana kesan sebatan tersebut bukan dia saja yg akan terasa, malah satu Malaysia. Dia tahu… bila sebat didunia, akhirat dah terlepas. Wahai kawan2, sebatan akhirat lebih perit tau compared to dunia! Kartika cerdik dan berharap tiada la manusia di Malaysia ini yang sekat keingininan dia. Time dia minum arak, kawan2 melayu dia sokong suruh minum beramai2. Tapi bila dia nak minta sebatan mengikut hukum Islam, kawan2 melayu yg dia kenal dan tak kenal pula bangkang dia disebat! Kawan apa namanya tu. Kawan dunia?

    Sedih saya melihat sebahagian masyarakat “Islam” di Malaysia kini.Wallahualam.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: