Aku dan Hukuman Yang Ditangguh

ne_03_1

 

Aduh..tepuk dahi cabuk bila dapat tau perkembangan terbaru isu model wanita ini, Kartika Sari Dewi Shukarnor semalam..hukuman sebat ditangguh atas kesalahan Kartika yang didapati bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating..haaaiihhh, kenapa begini berlaku..

Nak aku ulas panjang, katanya dipercayai melibatkan pejabat Peguam Negara..ini melibatkan satu institusi, badan yang cukup tinggi untuk diperkatakan..sampai Bapa Kartika Berang, Kecewa apabila perkara ini berlaku…lebih jadi buruk, Pak Shukarnor langsung membuat laporan polis dek kerana tiada dokumen rasmi tangguhkan hukuman tersebut..aduihh la..

“Kami menjunjung hukum Islam dan tidak pernah ada niat untuk mengelak, tahu-tahu ia ditangguhkan,” ujar Pak Shukarnor

“Jangan sesekali ingat saya teruja dengan apa yang berlaku. Apa yang dikesalkan, mengapa saya diperlakukan sebegini,” kata Kartika pula..

Kata Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd. Sahfro Abdul Aziz, hukuman sebat itu ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadhan..

Alahai..maaf kata andai bunyi kasar, yang aku nampak, bila jadi benda-benda macam inilah buat orang hilang percaya dengan undang-undang negara, pihak pelaksana undang-undang termasuklah pihak berkuasa..aku jujurlah, malu bila benda nih berlaku..

logik ke alasan nak hormat bulan Ramadhan…kita semua tahu ke ketika zaman Rasulullah, hukum Islam yang sememangnya diamalkan ketika itu akan ditangguhkan hanya untuk menghormati bulan mulia ini..aku tak pernah ke tanah suci Mekah, tapi kerap mendengar pengalaman orang mengenai hukuman jenayah yang dilakukan di sana..tak pernah kenal pun erti bulan Ramadhan atau tidak, tetap juga dijalankan…

Nanti mulalah orang fikir, wujud mulut-mulut ajaib dalam benda nih..percaya atau tidak, inilah interpretasi pertama orang..ini bukan nak menghormati Ramadhan, lagi nak tambah dosa kering..

Tak mengapalah..lihat saja babak seterusnya, apa pelakon-pelakon itu akan melontarkan skripnya nanti..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: