Archive for September, 2009

Aku dan Beyonce

AP003164101

 

Baca di akhbar Kosmo!, penyanyi antarabangsa ini, Beyonce jadi tumpuan di Singapura..rasa-rasa sebab apa dia jadi tumpuan…

Khabarnya, Beyonce akan bertandang ke Malaysia, 25 Oktober ini untuk buat konsert..ada yang membantah kedatangan figura antarabangsa ini..

kalau nak kata pasal sebab penyanyi ini mengenakan pakaian yang seksi, apa kurangnya artis-artis di negara kita ini..lagi-lagi yang terang-terang memakai nama Islam, tak kira bangsa apa..

AP003165291

Entahla, aku sendiri pun pelik tang benda-benda ini..

Advertisements

Aku dan Atuk

23092009055

Ini orang tua Bakar…atau nama sebenar Abu Bakar Ujang…atuk aku..yang didukung itu anak aku Damia Qismina…

antara gambar yang menarik dapat aku tangkap masa raya…hehehe..klasik..aku suka..

Aku, Nordin Mat Top dan Nasir

Nasir ISA

 

Nordin

 

Kemenangan Syawal sudah mereka perolehi..mungkin…siapa kita untuk lebih tahu..eh, kenapa engkau mahu lebih bijak dari Pencipta..

Cinta mereka pada Islam sesuatu yang luar biasa..itu yang pasti..

Cabuk: Mahu lihat dunia dari sudut yang berbeda…

Aku dan Idul Fitri

1_903385253l

Sujud sembah tawaduk aku kepada Allah Maha Esa memberi aku senafas nyawa untuk menghirup kemenangan Syawal ini..doa ku, harap ku, akan dipertemukan Ramadhan akan datang..aku masih hamba Mu..

Salah aku hitung..tak kira acap kali berulang..kepada isteri ku, Norhayati, Dania Qistin dan Damia Qismina, rimbun maaf aku pinta atas segala kekurangan..

Haji Abdul Rahim dan Hajah Hajilah, aku masih anak yang lapar akan tunjuk ajar..kedangkalan fikiran aku, kelancangan tindakan..moga dihulur kemaafan..

Kamaruddin dan Mariam, maafkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki..

Rakan-rakan seperjuangan atas bumi yang dipijak, maaf aku pohon atas segala pemikiran, perjuangan, tindakan yang tidak selari..aku akan terus menghormati kalian..

Selamat menyambut kemenangan yang paling bermakna ini..anugerah Aidilfitri yang pasti dicemburui mana-mana umat manusia yang lain..

Aku dan Kemaman Kopitiam

“gi kopitian,” ajak mat zul

“Hah, kopitian ?? acu kecek molek sket..kopitiam la,” sergah mat apis..

Berderai gelak aku, azran, bob tiap kali mat zul si lidah pendek berbelit-belit lidah pelat dia nak cakap luar..

15092009040

Nak jadi cerita, melepak semua di Kemaman Kopitiam, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, antara port baru di sini..masing-masing punyalah excited.first time la katakan jejak kaki kat kedai ni..

tidak di sangka-sangka, rupa-rupanya premis ini setaraf Starbuck, Coffee Bean, Gloria Jeans mahupun San Franciso Coffee..

Hajat nak minum kopi..cuma aku bertiga, azran, bob yang order kopi..

15092009038

 

Yang lain duk order pelik-pelik..siap tengok menu lagi..nak itulah, nak yang inilah..elok try nilah…macam-macam peel…

15092009039

sekali bila keluar bil, amik ko..terkedu..hahahhaha..enjoy…

Aku dan Sejadah Berdiri

KKB000014270

 

PASIR MAS – Percaya atau tidak, sehelai sejadah tiba-tiba bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek, di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir 8 jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut bagi menyaksikan kebenaran sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Namun, ia berkesudahan apabila sejadah itu kembali menyembah lantai ekoran seorang tetamu yang hadir telah menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Ia disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang secara kebetulan baru saja tersedar dari tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi manakala Sharifah Nor sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menurutnya, menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubunginya dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

“Takut juga bila sedar dari tidur, nampak kelibat sejadah berdiri tegak, rasanya ada sampai ke paras lutut, saya terus panggil mak untuk tengok sendiri kejadian itu,” katanya yang sempat merakamkan kejadian itu dengan kamera miliknya.

Selepas itu, kata Mohd. Faizal, berita mengenai kejadian itu tersebar dengan cepatnya seluruh kampung dan jiran tetangga mula memenuhi ruang tamu rumahnya bagi menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

Tambahnya, seorang jirannya yang terlalu ghairah untuk melihat sejadah itu dengan lebih dekat kemudian menyentuhnya lalu secara tiba-tiba kempali jatuh ke lantai.

KKB000014271

 

Sementara itu, Sharifah Nor memberitahu, sejadah yang dibelinya di Madinah ketika menunaikan haji pada 2001 itu sememangnya menjadi ‘temannya’ ketika bersolat dan membaca al-Quran.

Sebelum kejadian itu berlaku ceritanya, dia sekeluarga tidak sempat bersahur bersama-sama ekoran terlalu mengantuk dan hanya tersedar selepas waktu Subuh.

Katanya, selepas menunaikan solat Subuh, dia hanya membiarkan sejadah itu di atas lantai di ruang tamu berdekatan dengan anaknya tidur dan terus keluar untuk membuka kedai.

“Saya sendiri terkejut bila anak terjerit-jerit panggil dengan suara kuat, kata suruh naik rumah, tengok sejadah berdiri,” katanya pada mulanya tidak mempercayai kata-kata anaknya itu.

Ujarnya, kejadian misteri yang pertama kali menimpa hidupnya itu berkemungkinan ada kaitan dengan bulan yang mulia ini, Ramadan dan  Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

Aku dan Balik 3 Hari

Tiga hari lepas..sempat aku balik ke Kajang…aku spent masa dengan family tercinta..Norhayati, Dania Qistin dan Damia Qismina..berbuka puasa dengan keluarga..

Tiga hari lepas juga genap sebulan usia Damia..genap juga 30 hari Nor berpantang selepas melahirkan puteri aku..jadi, aku kena bawa dua orang ini untuk check up doktor..syukur, Nor takda pape..

Damia macam ada kuning..aku pun hairan gak..dah lama sangat..Mujur selepas dengar cakap Dr. Rohaizad, ada ilmu kebapaan dalam menjaga anak aku dapat..harap-harap Damia takda pape..esok kena ambil darah..nak run test, tengok apa masalah sebenarnya..aku duk garu kepala, siapa nak bawak bini aku g klinik tu ha..

Seronok gak balik..dapat main dengan dua puteri ni..biarpun Damia hanya mampu celik mata bila dengar aku cakap, kira ok la..Dania, seperti biasa, bisa buat aku nangis bila duk fikir, napelah anak aku takde kat sebelah bila nak tidur setiap memikirkan keletahnya..

12092009016

Tidurlah Permaisuri..

12092009025

Terus tidur ya..tidur nyenyak..papa sayang kamu..

12092009031

Yang sorang ni, sejak bila dah pandai ‘gedik’ bila nampak orang nak tangkap gambar..hairan aku..

11092009011

Yahoo…Dania main bunga api dengan maksu..Atok beli bunga api untuk Dania…