Aku dan Sebalik cerita Mohd Adam Azrai

klt000021156

 

Ibu bapa kanak-kanak yang belum akil baligh ini, Mohd Adam Azrai mungkin sedih akan pemergiaan anak kesayangan mereka..tiap-tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..anak itu bagaimanapun sudah membantu ibu bapanya melepasi satu timbangan di Neraca Al-Mizan kelak..amin..

Aku hampir-hampir terlepas berita ini..dan berkemungkinan akan berdepan dengan sumpah seranah orang..mujur, Tuhan selamatkan aku..rupa-rupanya Dia mahu akan tambah ilmu..

Kawan..tau tak berapa belanja yang dikeluarkan oleh Rosman untuk membeli kelengkapan Hari Raya untuk Adam yang tidak sempat digunakan oleh mangsa tikam ini..RM30 untuk seluar dan selipar baru yang akan dipakai oleh Adam ketika Hari Raya nanti..ada lagi yang mahu dibelikan..cuma tak berkesempatan..

KKB000014096

 

Aku benar-benar tersentuh bila melihat tag harga itu..rasa takjub aku pada kuasa Tuhan..aku dapat lihat kasih sayang ayah..biarpun dalam keadaan yang serba kekurangan namun atas dasar mahu melihat kegembiraan anak-anaknya, segalanya disediakan selagi termampu..

Di saat orang lain duk sibuk shopping raya di kompleks membeli belah yang pasti bagai membeli pistol dan senapang apabila melihat harganya, Rosman membeli dengan rasa kasih sayang..biarpun pendapatan daripada memandu lori tidak seberapa, senyuman anak-anak di pagi raya adalah keutamaannya..lebih manis lagi, tidak membelakangkan norma-norma hidup dan agama..

 

KKB000014098

Biarlah tak mewah, tapi asalkan hidup gembira..mulia Rosman..lebih mulia daripada orang yang tak reti-reti ukur baju di badan sendiri..bila tak reti ukur, mulalah melakukan sesuatu yang membelakangkan agama dan norma hidup..

Sedikit yang ingin aku kongsikan daripada apa yang tersurat daripada kisah ini..bukan tersirat…yang tersirat gunakan akal fikiran sendiri untuk berfikir….ingat..Jangan disebabkan marahkan nyamuk maka, kelambu dibakar..marahkan si A, si B pula jadi mangsa..mudah bukan…

    • sebaliktabir
    • September 3rd, 2009

    sangat menyentuh hati dan perasaan….
    semoga Allah tabahkan keluarga ini…
    semoga pembalasan yang diterima “orang itu” sepatutnya.

    • mywanfai
    • September 4th, 2009

    pandai lu bukak entry sedih time ramadan ni ek… al-fatihah

  1. sebaliktabir: Tuhan itu Maha Adil..
    wanfai: gua belajar dengan lu la..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: