Aku dan Zakat Banduan

zakat penjara001

 

Aku harus puji pendekatan yang diambil oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan hukuman terhadap banduan..yang seperti kita tahu pelaksanaan itu bersifat pemulihan bukan hanya berkiblatkan kekerasan..

Nah, meskipun di dalam jeriji besi, banduan-banduan ini tetap diberi peluang untuk menunaikan tanggungjawab rukun Islam keempat..sebahagian daripada proses pemulihan, rukun Islam keempat ini dapat menyucikan rohani daripada terus hitam bergelodak nafsu serakah..

Dalam aku borak-borak dengan banduan yang sedia ditemubual, salah seroang mengungkap sesuatu yang agak mengejutkan aku..orang lain, aku tak tahu la..Abang Man, pengedar dadah hebat satu ketika dulu, tidak pernah bayar zakat menggunakan wang ‘haram’ yang diperolehi untuk isteri dan dua orang anak yang ditanggung..katanya jujur, dia masih mampu membezakan perkara tersebut..mmm..aku percaya akan cakap dia..

zakat penjara003

 

Menurut Abang Man, hasil didikan ibu bapanya berjaya menjadikan dia seorang yang lebih rigid mengenai perkara tersebut..biarpun dia boleh mewah dengan hasil dadah, tapi untuk tuntutan agama tersebut, dia masih mampu bezakan..

Cuma, aku tak terlajak mulut nak tanya, ada tak sara keluarga pakai wang ‘haram’ tersebut..aku mahu penghormatan aku pada Abang Man berterusan..tidak dikucar oleh benda yang lain…

Limi, 35, yang mengakui kini sudah insaf, pernah memperole RM600 sehari hasil jual dadah tapi tak pernh pula terfikir nak bayar zakat..duit dihabiskan berseronok..umur dah besar panjang, tapi masih harap mak ayah tolong bayarkan zakat.

Aku sempat cakap dengan dia..elok gak tak bayar..kalau nak bayar zakat pakai wang ‘haram’, makin tambah dosa..Limi hanya anggukkan kepala..

Selain kedatangan aku ke penjara untuk buat liputan ini, sepmat juga ada benda yang dikongsi pegawai penjara bersama aku..hehehehe…nak tau apa..

zakat penjara002

Lu fikirlah sendiri..tak pasal aku, pegawai penjara, ISA dalam duduk..hehehhe..teruskan mengumpul pahala Ramadan anda..

    • sebaliktabir
    • September 10th, 2009

    Salam 10 terakhir Ramadhan bro!

  1. salam utk lu gak..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: