Aku dan Sejadah Berdiri

KKB000014270

 

PASIR MAS – Percaya atau tidak, sehelai sejadah tiba-tiba bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek, di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir 8 jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut bagi menyaksikan kebenaran sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Namun, ia berkesudahan apabila sejadah itu kembali menyembah lantai ekoran seorang tetamu yang hadir telah menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Ia disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang secara kebetulan baru saja tersedar dari tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi manakala Sharifah Nor sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menurutnya, menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubunginya dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

“Takut juga bila sedar dari tidur, nampak kelibat sejadah berdiri tegak, rasanya ada sampai ke paras lutut, saya terus panggil mak untuk tengok sendiri kejadian itu,” katanya yang sempat merakamkan kejadian itu dengan kamera miliknya.

Selepas itu, kata Mohd. Faizal, berita mengenai kejadian itu tersebar dengan cepatnya seluruh kampung dan jiran tetangga mula memenuhi ruang tamu rumahnya bagi menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

Tambahnya, seorang jirannya yang terlalu ghairah untuk melihat sejadah itu dengan lebih dekat kemudian menyentuhnya lalu secara tiba-tiba kempali jatuh ke lantai.

KKB000014271

 

Sementara itu, Sharifah Nor memberitahu, sejadah yang dibelinya di Madinah ketika menunaikan haji pada 2001 itu sememangnya menjadi ‘temannya’ ketika bersolat dan membaca al-Quran.

Sebelum kejadian itu berlaku ceritanya, dia sekeluarga tidak sempat bersahur bersama-sama ekoran terlalu mengantuk dan hanya tersedar selepas waktu Subuh.

Katanya, selepas menunaikan solat Subuh, dia hanya membiarkan sejadah itu di atas lantai di ruang tamu berdekatan dengan anaknya tidur dan terus keluar untuk membuka kedai.

“Saya sendiri terkejut bila anak terjerit-jerit panggil dengan suara kuat, kata suruh naik rumah, tengok sejadah berdiri,” katanya pada mulanya tidak mempercayai kata-kata anaknya itu.

Ujarnya, kejadian misteri yang pertama kali menimpa hidupnya itu berkemungkinan ada kaitan dengan bulan yang mulia ini, Ramadan dan  Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

    • Ted
    • September 16th, 2009

    Tu gambar sebenar ke?
    Besar petunjuk nya..

  1. yup..atas sekali gambar yg dirakam oleh anak Sharifah, Mohd Faizal..Maha Suci Kuasa Tuhan

    • hamba allah
    • September 30th, 2009

    ya allah sesungguhnya allah yang maha pengasih.dan maha berkuasa……seram sangatlah amazing….

    • Fifi
    • October 3rd, 2009

    Komen utk gambar paling atas.. :

    Benda ni benar2 terjadi.. Yang terbaru berlaku di kampung pertama permatang pauh pulau pinang.. di depan mata, di rumah saudara ku sendiri..

    Mungkin hikmah di sebalik kejadian menunjukkan arah sebenar kiblat yg menjadi pertikaian pasangan tersebut..

    Masya Allah..kuasa Tuhan..

    • ashraaf
    • October 21st, 2009

    Benda-benda macam ni pun riuh . Aku baru je susun 10 sejadah sebagai makmum, 1 sejadah sebagai imam ….tak sampai 5 minit beb. Lepas ni aku ambil gambar , panggil TV maka cerita ni pun heboh kat kampung aku. Maknanya kerja ni mudah sangat. Berhati-hati dengan kerja-kerja yang cuba merosakkan akidah!

  2. kau orang rase boleh caye sejadah diri sndri

    • rani
    • May 26th, 2010

    Tiada apa yang nak dipelikkan didunia ini selain dari apa yang telah kita lihat sendiri tentang kejadian alam dan diri kita sendiri,kekaguman hanya kpd Allah dan Agongkanlah dgn mentaati segala perintah dan cuba seberapa daya meninggalkan segala yg dilarangNya

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: