Archive for October, 2009

Aku dan Lambaian Kaabah

Aku baru berkesempatan nak buka laptop..online…hadap Cabuk…beberapa hari sudah ku tinggalkan..tak berupdate..naik berhabuk blog ni…wuuuuiiisshhhhhh…….ku tiup…

Agak kelam kabut minggu..secara tiba-tiba rasa macam jadi pekerja yang paling rajin..paling sibuk..paling heboh..sana sini tugasan penuh kepoh..sampai rasa macam tak larat tergopoh-gopoh..

Aku berada di Kajang..rumah mertua aku..kedua-duanya baru saja mendapat berita, Selasa lalu, panggilan menunaikan haji ke Baitullah..katanya bertolak pagi Ahad..kemudian dimaklumkan pagi Isnin pula..betul-betul last minute..aku sendiri pun terkejut..sampai geleng kepala fikir macam mana Tabung Haji buat kerja..atau mungkin..sudah menjadi kebiasaan..inilah Standard Operating Procedure yang diamalkan oleh agensi yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja haji dan umrah di negara ini..

Langsung aku pun perlu balik..pagi Khamis ku sampai..malamnya ada kenduri doa selamat…persediaan untuk ke sana sudah dikemaskan…lambaian Baitul Haram semakin hampir..nampak semua berjalan lancar..harap-harap kekal hingga ke penghujung..

kepada Kamaruddin Ahmad dan Siti Mariam Abdullah.tahniah kerana beroleh peluang menjadi tetamu Allah…Selamat Datang ke Bumi Tuhan yang penuh dengan Wang Tunai…moga mendapat Haji yang Mabrur…Amin…

Aku dan Wahabi II

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

 . Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

 

sumber: Jakim

Aku dan Wahabi

WAHABI adalah fahaman yang diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Nejd.

Umum mengetahui Wahabi menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malah, ajaran ini dilihat menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

Berdasarkan sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis), Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat keputusan secara rasmi menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini. Kehadiran fahaman itu tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.

Sungguhpun sudah acap kali perkara ini dibincangkan, masih terdapat kesamaran yang perlu dijelaskan terutama bagi golongan yang ‘kosong’ mengenai fahaman ini. Memang sukar bagi merungkaikan permasalahan ini kerana masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri dan yang tinggal barangkali ia perlu mendapatkan komitmen serta campur tangan golongan bijaksana. Bagi yang menolak fahaman ini, sudah pasti mereka berhabis-habisan menegakkan hujah penentangan mereka.

Penolong Pengarah Jakim, Zamihan Mat Zin, berkata apa yang jelas, pendekatan cuba digunakan pengikut fahaman ini dilihat agak keras dan sememangnya boleh dipertikaikan. Beliau berkata, mungkin dalam konteks masyarakat di Malaysia, amalan kita terhadap perkara yang dianggap bidaah itu sebenarnya amalan yang baik, malah dituntut bagi melakukannya. Sudah tentu ada pihak rasa tercabar apabila perkara yang baik diperbahaskan.

“Seringkali juga soal penyatuan diperkatakan. Namun, ia seakan-akan tidak meninggalkan kesan yang mendalam. Sebelum ini juga, sudah banyak ruang dibuka bagi membicarakan perkara berkenaan. Tujuannya bagi membendung gejala tuduh menuduh dan berkelahi sesama Islam dibiar berlarutan. Penyeragaman amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dilihat amat perlu bagi menjamin keharmonian pegangan, amalan dan fahaman umat Islam negara ini,” katanya.

Menurutnya, kekeliruan yang berlaku itu bermula apabila kumpulan itu memberikan teguran keras mereka ketika berhujah.

“Cara mereka (Wahabi) yang keras dan lantang menyelar amalan yang dilakukan masyarakat Islam di negara ini ibarat cuba mengelirukan kerana sudah sekian lama berpegang kepada ajaran daripada mazhab muktabar (Imam al-Syafie).

 “Amalan yang dimaksudkan itu pula adalah bersifat ‘aksesori’ dan tidak menjejaskan akidah umat Islam. Jika ia terus dibiarkan dikhuatiri akan mengelirukan fahaman orang ramai yang menyedari amalan yang dilakukan mereka itu seolah-olah berdosa.

 “Malah perilaku serta akhlak mereka yang mudah menuduh seseorang itu sesat, syirik dan amalkan khurafat ini menimbulkan perasaan kecewa di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, secara umumnya, mereka perlu menghormati undang-undang negara ini dan tidak terus berdegil menggunakan metodologi keras itu kerana ia tidak sesuai diamalkan di sini.

“Paling ketara, fahaman ini meletakkan ukuran akidahnya berdasarkan ‘tasybih la tasybih’ iaitu menyamakan Allah dengan makhluk-Nya. “Selain itu, mereka memilih ayat mutasyabihat sebagai sumber rujukan utama dan membelakangi ayat muhkamat dengan hanya mempercayai makna zahirnya saja,” katanya.

Perkara itu katanya, mendedahkan mereka dengan ‘gejala tajsim’ iaitu amalan menvisualisasi zat Allah dengan sifat manusia. “Ini akan mencalarkan sistem akidah mereka daripada landasan akidah Islam yang sebenarnya.

 “Di antara masalah akidah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka mempercayai Allah duduk di atas arasy dan percaya Allah mempunyai tangan dan kaki,” katanya.

Zamihan berkata, dari segi akhlak, golongan ini memperlihatkan emosi yang ternyata bercanggah dengan nilai sebenar seorang Muslim.

“Kita ditegah kafir mengkafir, menggelar orang Islam lain syirik dan sesat. Ini berlaku dalam masyarakat kita yang perlu disekat agar tidak menjadi doktrin bahaya.

“Metodologi ‘terjah’ yang cuba diamalkan ini akan menyebabkan orang awam yang tidak memahami gagal menilai erti sebenar apa yang mereka amalkan,” katanya.

Zamihan berkata, orang awam juga diminta tidak berhujah kerana dibimbangi akan menambah buruk keadaan.

“Sebagai umat Islam, mereka perlu mengikut serta mengamalkan apa yang ditetapkan serta diguna pakai majoriti umat Islam di sini.

“Itu adalah tanda penghormatan mereka kepada negara kerana perkembangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (mazhab Syafie) sudah sekian lama bertapak di negara ini.

Seperkara lagi yang cukup penting adalah perkara yang terjadi sekarang tidak hanya terhad kepada kebimbangan terhadap kemunculan Wahhabi, malah amalan melabelkan orang lain sebagai Wahhabi secara berleluasa juga perlu dihindarkan.

Sementara itu, pendakwah bebas, Muhamad Shamil Shahrin, berkata secara umumnya, tujuan mereka murni kerana berusaha menghidupkan semula manhaj ulama terdahulu iaitu generasi salafus soleh yang hidup pada kurun awal hijrah selepas zaman sahabat (yang diiktiraf Nabi Muhamad sebagai generasi terbaik selepas sahabat).

“Pendekatan mereka dalam amalan juga bertepatan dengan anjuran agama iaitu menjadikan setiap amalan berteraskan ilmu dan ilmu pula perlu berteraskan dalil yang diterima pakai sebagai hujah dalam agama.

“Selain itu, mereka juga antara golongan paling aktif dalam menyuburkan kuliah berbentuk ilmiah terutama di pusat pengajian tinggi yang kita ketahui ia medan kita menuntut ilmu pengetahuan.

Ini sebahagian contoh baik untuk kita sama-sama teladani terutama mewujudkan minat dan menyuburkan kecintaan terhadap pencarian ilmu,” katanya. Beliau juga menyarankan supaya situasi pertelagahan yang berlaku perlu dipulihkan segera iaitu dengan mengambil pendekatan secara paling adil.

“Bagi mereka yang tidak sealiran ini, mereka perlulah mengurangkan jarak perselisihan dengan mencari titik pertemuan seperti cuba berbaik sangka dalam mencapai satu kefahaman terhadap perkara yang bercanggah dengan Islam.

“Menjadikan dakwah, penerangan dan kefahaman sebagai keutamaan dan bukannya tergopoh-gapah menghukum dan mencari kesilapan orang lain. Memperluaskan bacaan agar ilmu kita tidak terhad kepada sebelah pihak saja dalam membantu kita bersikap adil dalam menilai hujah semua pihak,” katanya.

Muhamad Shamil berkata, setiap umat Islam perlu terbabit mengikuti perbincangan secara ilmiah dan berhenti daripada terbabit dengan perdebatan.

“Umat Islam sepatutnya perlu mendalami ilmu agama (usul fiqh dan fiqh) agar dapat memahami sebab perselisihan ulama dalam masalah fiqah dan tidak hanya ‘berbangga’ dengan kefahaman yang mereka miliki bersandarkan pada zahir ayat atau hadis saja.

“Mungkin ada di kalangan masyarakat mendakwa sesuatu amalan sebagai Wahabi atau melanggar mazhab Syafie, padahal jika diteliti dalam kitab fiqh sendiri, sebahagian amalan itu anjuran mazhab Syafie. Kita perlu rajin menimba ilmu kerana disebabkan kecetekan ilmu, kita hanya menempah dosa terhadap agama,” katanya.

 

CABUK: aku mahu fikir dulu, selepas ini, ada yang mahu aku kupas…sumber : Harian Metro

Aku dan Petrol RM300 seliter

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Umum mengetahui harga minyak petrol pada kadar RM1.80 seliter di mana-mana jua tempat di negara ini.

Namun, Jabatan Audit Negara menemui bukti pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter oleh pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang.

Hasil penemuan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku pembelian minyak tersebut pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter.

Lebih pelik lagi, semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian daripada pembekal kepada Pejabat SUK mendapati pembelian bahan api itu bagi tiga buah kenderaan berlaku pada jarak waktu yang amat singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama.

‘‘Adalah didapati pembelian minyak petrol oleh pejabat SUK pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter,” kata laporan itu lagi.

Semakan audit terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar pula mendapati sebanyak 12 kes pembelian minyak Super ULG dari aspek kuantiti dan harga yang tidak munasabah pada tahun 2007 dan 2008.

‘‘Pembelian meragukan ini adalah di antara RM75 hingga RM80 seliter bagi bulan Februari, April, Mei, Ogos, September serta Disember 2007. ‘‘Sementara itu, bagi tahun 2008, pembelian yang meragukan adalah bulan Mac, April, Mei, Jun, Ogos dan Oktober iaitu pada harga di antara RM76 hingga RM125 seliter,” katanya.

Penilaian Jabatan Audit Negara mendapati ketiadaan kawalan terhadap penggunaan kad inden minyak mendedahkan kepada risiko pembelian minyak secara tidak sah.

Pihak berkenaan juga mencadangkan agar siasatan dilakukan terhadap kes pembelian minyak pada harga tidak munasabah itu.

 

Cabuk: tak boleh bla betul aku claims gini..

Aku dan Sejadah Berdiri II

ne_09_1

 

Aku pernah tulis mengenai perkara ini dalam entry yang lepas..selepas itu ada susulan peristiwa yang sama berlaku di Pulau Pinang…

semalam, berlaku sekali lagi di Kampung Tok Sangkut, tempat yang sama aku pergi dulu..cuma kali ini di Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut..35 helai sejadah berdiri…sejadah ini dilihat seperti sedang berjemaah..salah sehelainya jadi imam, ada makmum laki dan perempuan..

Hari ini, selepas aku balik dari Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, ada 3 panggilan telefon memaklumkan kejadian yang sama berulang..di 3 tempat yang berasingan..maklumat awal, kesemuanya berlaku di surau dan masjid tempat itu..untuk maklumat lanjut, lihat saja Kosmo! esok kalau paparannya ada..

Sejenak, aku mula berfikir..apa yang cuba ditunjukkan Tuhan mengenai kejadian yang dianggap keramat atau mistik oleh masyarakat kita khasnya yang beragama Islam dalam hal ini…

Apa yang biasa bila setiap kali berlaku perkara ini, mula ada tindakan individu tertentu yang melangkaui batasan agama..secara istilah kita panggil khurafat..nak ambil sejadah yang berdiri, nak rendam kemudian air boleh jadi air penawar..ada pula nak simpan sejadah itu buat sebagai tangkal atau sebagainya..

Tidak tindakan ini bodoh..secara tak sedar, puak-puak ini mula bergantung kepada sesuatu selain Tuhan..

Seorang sahabat berkata pada aku..kalau ambil positif, ia seperti mahu menunjukkan umat Islam semakin lupa untuk bersolat..ada juga yang lupa untuk bersolat jemaah di Masjid..malah lebih keras lagi, sahabat aku itu melontarkan ketakutan peristiwa di Padang atau Acheh mugin berlaku di sini..selepas pelbagai tanda-tanda diberikan..

Secara kebetulan, aku mendapat maklumat..tidak tahu sahih atau palsu..aku hanya mendengar..kejadian di Padang berlaku selepas umat yang bergelar Islam mula meninggalkan solat jemaah di masjid..

aku akui perkara ini..malah aku sendiri kadang-kadang alpa..

cuma..harapan aku, jangan ada kelompok tertentu pula yang cuba menangguk di air keruh dalam situasi ini..mencari publisiti murahan..jangan kau lupa..kau bermain dengan fitrah Tuhan..mungkin ada yang menganggap perkara ini sebagai gurauan atau perbuatan nakal..boleh jangan sampai keterlaluan..bukan begini caranya..

Aku dan Dayana Kamal

KKB000014586

“Muka depan Kosmo! hari ini hot la..habis laku..habis paper satu Kota Bharu..”

Ini ayat ibu kepada Dayana Kamal atau Wan Nurdiyana Mohd. Kamalrulzaman, 22, Wan Norhayati Ismail, yang rentung bersama dua yang lain, Tengku Samsu Tuan Ibrahim dan seorang warga Amerika Syarikat, Gonzales Christopher selepas kereta yang dinaiki terbakar di KM 4 Jalan Kota Bharu-Jalan Kuala Krai. Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, pemandu kereta bagaimanapun selamat dalam kejadian tersebut..

Aku sendiri tak sangka ibu kepada 4 orang anak ini (kini tinggal 2) masih mampu melayani aku dengan baik seperti tiada apa yang berlaku selepas aku sendiri membaca Kosmo! hari ini.

“Pelakon janda mati terbakar”..ini ayat muka depan akhbar Suara Kontemporari ini..aduh…geleng kepala aku…tepuk dahi banyak kali aku..bersepah juga aku nak maki orang-orang atas dalam hati..

Ingat dah kena maki dengan aku bila cuba lagi menelefon Wan Norhayati untuk susulan..tapi lain pula jadinya..nyata, perkataan ‘janda’ itu tidak memberi kesan apa-apa kepada keluarga ini..kata Wan Norhayati, ia bukan sesuatu yang pelik kerana anaknya sudah bernikah, mempunyai anak seorang dan bercerai..malah memuji apa yang dipaparkan oleh Kosmo!..

KKB000014578

 

Aku meminta maaf kepada Wan Norhayati anda kata paparan itu mengundang ketidakselesaan kepada keluarganya..aku memaklumkan perkara tersebut di luar bidang kuasa aku..ada tangan lain yang lebih handal menaip keyboard daripada aku…bagaimanapun dia berterima kasih kepada aku..dia juga meminta aku menulis sesuatu mengenai cucunya, Dayang Fatihah Amanda, anak kepada arwah Wan Nurdiyana..

Berlainan dengan apa yang aku hadap awal pagi ini..

“Salam Ustaz, nape begitu tajuk muka depan  hari ini, ambo walaupun tak kenal dengan si mati tapi terhiris juga hati”….Ini salah satu nada SMS yang aku terima seawal pagi hari ini..ada yang lain, aku tak mahu letak..aku sendiri tak tau apa paparan muka depan akhbar ketika itu..

Lihat..ini perbezaan yang ketara..apabila yang terkena menilai..dengan orang yang tidak ada kaitan (pembaca) menilai..bagaimanapun, aku menghormati kedua-duanya..masing-masing ada hak…aku tidak mahu pertikai..aku bukan Hakim untuk jatuhkan hukum..

Aku mendoakan agar roh Wan Nurdiyana dan yang lain dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang solehah..aku tumpang simpati melihat Amanda yang hilang ibunya dalam usia yang muda..hilang ibu, ada mama..itu panggilan Amanda untuk Wan Norhayati..

Yang pergi biar berlalu..usah jadi ia racun untuk melukis kudis..

Aku dan Kata-Kata Pyan Habib II

Menarik bukan..aku ambil di sini

TUAN PEE EMM, tuan telah meminta rakyat Malaysia memberi cadangan akan Bajet 2010 yang tuan bentangkan di Parlimen. Sebagai rakyat yang baik di negara Malaysia yang demokrasi ini, maka saya pun mahulah mengemukakan cadangan yang tidak seberapa ini.

Tuan Pee Emm, sejak tuan umum peruntukan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion diawal tuan menjawat jawatan Pee Emm, dalam kepala saya ialah: Jikalaulah daripada jumlah RM60 bilion tersebut – saya tidak tahu kira betapa banyaknya – disedekahkan RM1 juta kepada setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia ini, saya bayangkan, rakyat Malaysia akan kaya raya dan tidak ada yang miskin dan papa kedana.

Tuan Pee Emm, daripada peruntukan RM60 bilion itu juga – yang saya tidak tahu betapa banyaknya – saya bayangkan alangkah bertuahnya pengguna lebuh raya sekiranya pemilik konsensi lebuh raya yang nilai semasanya dilaporkan berjumlah RM10.5 bilion itu dibayar habis, disetelkan dan-dan itu juga!

Saya tidak pandai ilmu hisab tetapi saya dapat merasakan jika cadangan saya ini dipersetujui – bayar habis kepada konsensi lebuh raya – maka saya sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol sehingga arwah bila melalui lebuh raya apatah lagi balik kampung berhari raya atau misalnya, semasa pilihan raya!

Tuan Pee Emm, kempen diskaun tol pada musim perayaan dari pukul 12 malam hingga pukul 7 pagi saya rasakan hanya kelakar, mengganggu tidur sahaja. Bukankah baik dipercumakan terus tol demi beramal jariah kepada rakyat? Sekali baca, kempen ini jelas menggalak orang ramai berpusu-pusu masuki lebuh raya dan menyerbu palang tol untuk mendapat diskaun. Lihat, betapa subsidinya rakyat Malaysia, ceh!

Tuan Pee Emm, selama ini kita dikempenkan agar tidak memandu dalam keadaan mengantuk, dalam kes diskaun tol yang dijom heboh pada waktu tidur ini, bagaimana pula agaknya? Perlukah kita menyerbu palang tol di lebuh raya pada waktu tidur? Bukankah pada waktu itu biasanya adalah waktu tidur dan bangun pagi sekalian rakyat? Alahai! Betapa bengapnya kita berkejar berlumba di lebuh raya dan lebuh raya menjadi sesak pada waktu kita tidur? Waktu tidur sepatutnya adalah waktu rakyat setel masalah! Dan yang kaya, yang nyenyak tidur pada waktu itu, masih tetap kapitalis!

Tuan Pee Emm, saya cadangkan dibikin satu atau banyak konsortium. Kerah konsortium ini masuk kampung-kampung, kerah mereka hidupkan semula sawah terbiar, airi tanah yang kontang, tanami semula padi. Malaysia miliki tenaga buruh pendatang yang melimpah ruah, ambil, kerah dan gajikan mereka bercucuk tanam padi dan bukan hanya bina bangunan tinggi!

Tuan Pee Emm, generasi tua yang menghidupkan sawah di kampung-kampung selama ini, sudah pupus. Manakala generasi baharu yang sekolah tinggi-tinggi tidak kenal sawah bendang dan mereka memilih untuk hidup dan bekerjaya di bandar-bandar. Malah generasi yang tidak bersekolah tinggi pun memilih bandar untuk menjadi sabut yang timbul atau batu yang tenggelam! Tuan Pee Emm, jika tenaga buruh di Malaysia yang berjumlah jutaan orang itu boleh dipetik jari untuk dikerah hidupkan semula sawah mati maka berelung-relung tanah sawah mati dan terbiar itu akan kembali hidup subur. Hasilnya beras tidak perlu diimport, tidak perlu risau orang kampung mati tidak makan, tidak perlu susah payah heboh beras free kepada orang miskin tegar kerana hasil yang diperoleh daripada berelung-relung tanah sawah terbiar di seluruh ceruk negara barangkali lebih daripada mencukupi. Beras akan sentiasa ada, rakyat tetap makan nasi dan rakyat tidak akan mati kerana tidak makan nasi! Sekian untuk renungan Tuan Pee Emm. Heppy Deepavali!Hidup Isa Bagan Pinang!

PYANHABIB seorang seniman yang mempunyai kepala otak yang lain daripada yang lain. Maka itu anggap apa yang beliau syorkan ini sebagai seloka menjelang Deepavali…