Aku dan Nokia E71

41qfgTvFBwL_SL500_AA280_-1-1

 

Tak pernah fikir aku nak beli HP nih..tapi entah macam mana, boleh ada di tangan aku sekarang..dah lama..dekat 2 bulan sudah..

Nak jadikan cerita macam mana HP ini aku beli memang kelakar..sekawan berjalan di KB Mall untuk mencari HP yang ingin..Kawan A nak beli manakal Kawan B dan Kawan C hanya menjadi peneman..sambil menjadi teman di A mencari HP, si B dan C heboh juga melihat-lihat HP yang ada..lama juga sesi bertanya-tanya, bergatal-gatalan dengan sales girl bertanya mengenai ciri-ciri HP yang dijual di booth dia..

Gatal pula si B bertanya kepada penjual HP berapa dia mahu ambil (trade in) HP si B yang sedia ada..dapat tawaran yang menarik, langsung si B mula kelabu mata…Yang si C pula gatal mulut nak cari HP yang ada perisian PETA/MAPS sebab dia memang buta jalan-jalan di Kota Bharu mahupun Malaysia..

Aliha-alih sebab lama menunggu si A mencapai kata putus untuk membeli HP apa, maka dengan slumber si B dan C terus angkat E71…si B kelabu mata hanya perlu tambah duit yang sikit saja untuk dapat HP ni dan si C pula syok sebab dalam E71 satu ada perisian Garmin (peta la nih)..

Sedar-sedar ada di tangan sudah E71..banyak kelebihan HP ini..lebih-lebih lagi kalau benar-benar dimanfaatkan..untuk aku, ada sesuatu yang cukup minat E71 sebagai galang ganti aku tak mampu nak pakai Blackberry..tapi mana tahu, satu hari nanti..hehehhee..

Aku sahut cabaran kawan sebumbung, azran dalam bab-bab menggunakan HP cangih manggih seperti ini..kata dia, kalau setakat HP macam ni tapi tak guna sepenuhnya, elok kau guna HP biasa saja…bekerja seperti aku, kalau boleh masuk dalam tandas pun nak bawa laptop..heboh nak taip itu, ini..jadi, dengan adanya E71, laptop aku sudah menjadi lebih kecil..

Aku suka perisian yang ada dalam HP ini..antaranya QuickOffice..ada words..jadi aku boleh taip story dengan cepat..aku gunakan untuk kali pertama ketika Perdana Menteri mengumumkan inisiatif untuk penduduk Manek Urai, Kelantan ketika berbuka puasa di MRSM Kuala Krai….efektif juga..aku siap cepat buat story..tak kelam kabut..boleh terus hantar ke HQ..esok pakai muka depan..hahahhaa..

aku explore lagi apa kelebihan E71 sambil berkongsi dengan seorang member lagi, Haji Mizi yang turut guna jenis HP yang sama…akhirnya aku dapat menemui sesuatu yang membolehkan E71 ini beroperasi menyamai kelebihan BlackBerry dan i-Phone 3Gs….tau apa dia..boleh Copy dan Paste…ayat dan gambar dalam internet..ini yang penting untuk manusia-manusia seperti aku..muahahahaaa…aku suka.

Dengan itu, secara rasmi, aku tidak perlu bergantung sepenuhnya lagi kepada laptop Dell D630 yang aku ada andai kata perlu outstation…E71 sebagai ganti…hanya taip saja story, langsung on internet dengan bayaran yang cukup murah, stpry aku selamat dihantar ke komputer bos-bos aku di HQ…

Terima kasih kepada Haji Mizi kerana tak lokek ilmu..terima kasih kepada Azran atas cabaran yang dilaungkan..terima kasih kepada Rod atas kebaikan..tak lupa juga kepada Maxis kerana bagi pakej menarik untuk internet…

E71 = Notebook = Blackberry = I-Phone 3GS..jangan marah aaaaaaaaaaaaaaa………

  1. bro nak tanya,

    ko dah beli e71 kan jd nk tanya apa yang ko xsuka yg ada pada e71

    nak tahu sbb hajat nk beli gak…. bini aku yg bosan nak sgt ,,,,

  2. tgk ko nak guna untuk ape gak HP tuh….kalau stakat nak pakai biasa,bolelah beli..Aku pkai untuk keje..skang dh xpkai dh, aku tuka lain…@mohd zamri

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: