Archive for November, 2009

Surat terbuka kepada Blogger Pro-Kerajaan dan Pro-Pembangkang

Agak berlainan sedikit tajuk entry aku hari ini..disebabkan tidak menggunakan perkataan AKU di hadapan seperti biasa yang dibuat selama hampir lebih setahun berkecimpung dalam penulisan blog…biarlah Cabuk sedemikian..

Niat entry ini bukan untuk menegur, mengutuk, jauh sekali juga untuk mengajar abang, kakak, pakcik, makcik, atuk dan nenek blogger yang jelas lebih senior dalam padang ini berbanding aku..cuma ingin lahirkan rasa nukilan daripada apa yang aku perhatikan selama tabiat rajin membuka blog milik orang-orang ini..

Apa yang cukup dikesalkan adalah apabila sesetengah blogger-blogger ini dilihat terlalu TAKSUB dengan sesuatu perkara yang mendasarkan perjuangan sesebuah parti politik yang didokong oleh mereka..sehingga tiada ruang untuk menerima teguran dan kritikan daripada sesiapa…senang cerita, asyik kau sajalah yang betul…tidakkah tindak-tanduk taksub ini lebih banyak akan menjerumuskan tabie manusia ke arah yang lebih negatif berbanding positif..

Malah, ada antara mereka ekoran terlalu taksub, lebih suka menceritakan dan mencipta persepsi secara berlebihan sehingga lari daripada fakta dan realiti sebenar landskap politik negara..hanya bersandaran dengan sumber-sumber yang masih boleh diragui kesahihan, meletup dan meledakkan sesuatu persepsi yang akhirnya menjadikan politik sesuatu yang cukup jijik di mata rakyat..prasangka menjadi tunjung kebenaran..

Satu ketika, pernah aku menghubungi seorang blogger untuk mendapatkan pengesahan sesuatu daripadanya, yang aku tidak mahu nyatakan namanya di sini, yang aku kira cukup hebat, pioneer dalam politik..dalam perbualan aku, dia sendiri secara tiba-tiba menyebut tanpa ditanya…. ” Aku sendiri tidak yakin parti yang aku dokong, akan menang dalam PRU13 “..

Nah..dalam entry blog yang ditulis yang mendokong perjuangan parti kau, bermacam-macam pendedahan dibuat, habis kiri kanan umat manusia dalam politik yang tak sehaluan kau tibai dengan tujuan untuk ‘memenangi’ parti yang kau tunjang, tapi akhirnya kau cakap macam tuh..sesudah kau TAKSUB, tapi tak tahan dengan asakan aku, akhirnya kau bercakap sesuatu membelakangi prinsip tulisan kau..alamak, apa kes ini tuan..budak mentah macam aku pun boleh ‘gula-gula’ kau..

Berbual kosong dengan seorang sahabat berbangsa Cina, nyata dia mempunyai cetusan idea yang cukup mudah mengenai perkara ini..katanya, menulis biar dengan akal, bukan emosi, baru padat dan bernas..jangan biar emosi menguasai diri, jangan biar ego menguasai hati…itu kata ringkas daripada sahabat ini..

Maaf..pendapat sahabat ini juga senada dengan aku…ternyata menggambarkan apa yang berlaku terhadap blogger-blogger sekarang, tidak kira Pro-Kerajaaan dan Pro-Pembangkang, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat..nampak jelas bila emosi dan ego menguasai, pertimbangan hilang dalam kawalan…

Sampai peringkat yang aku rasa agak pelik, hairan bin ajaib, ada segelintir mereka ini menjadi duri dalam daging dalam parti yang ‘dianuti’ sendiri..asalnya menjadi ejen kepada parti itu kemudian menunjukkan tembelang wajahnya sebenarnya sehingga layak dicop ‘double agent’..menikam perjuangan parti sendiri..atas alasan, kalau tak ditegur atau dibongkar sekarang, akan jadi lebih teruk…

Adakah menjadi kesalahan andai kata melalui penulisan, blogger-blogger yang bijak ini memperkatakan sesuatu secara terbuka, mengkritik dengan lebih berfakta dalam cara yang lebih baik dan sopan..daripada membuka aib, melucahkan, mencaci-maci, memaki-hamun, membogelkan individu hanya bertujuan menaikkan hits ketika pelayar-pelayar alam maya sibuk mencari penjelasan dalam sesuatu isu politik..

Andai kata blogger ini mudah mendapat akses kepada parti, tidak lebih elok kau terus bersemuka, berbicara empat mata, daripada menjadi nyamuk, menggigit, mencipta virus dan kemudian berterbangan bersembunyi diri tanpa identiti sebenar..orang akan terus kenal kau sebagai nyamuk saja..

Itu kata aku, hasil daripada apa yang aku lihat, alami, dan renungkan…mungkin ada orang di luar sana berpendapat berbeza daripada aku..mungkin juga aku melakukan kesalahan yang sama, harap ada yang menegur aku..

Aku juga masih belajar…masih mentah…itu Cabuk..Mohd. Luqman Hakim Ab. Rahim..

 

Aku dan Aidiladha

Aidiladha..pengorbanan..takbir menyeru keberkatan..mohon perjuangan direstui..

Ketika ini, aku berada di perantauan..bumi Kelantan..jauh dari keluarga..anak dan isteri..ibu bapa dan adik-beradik…

Ikut rekod hidup, ini kali kedua aku bertabiat sebegini..kali pertama, ketika aku menuntut di universiti selatan tanahair..dan..kali ini, aku mengulanginya semula, di pantai timur pula…

 

Bersama 3 sekawan, berkorban demi tugas, rezeki halal yang dicari…

Salam Aidiladha untuk semua..Allahu Akhbar…

Aku dan Kursus Bina Negara Asas

 

Apabila entry ini selamat keluar di Cabuk ini, maka dengan selamat juga aku berada di Kem Bina Negara Sepang, Tanjung Rhu, Sungai Pelek, Sepang, Selangor..

Aku dihantar oleh syarikat bersama-sama rakan sebumbung yang lain untuk menghadiri Kursus Bina Negara Asas yang mendapat kerjasama Biro Tata Negara (BTN)..

Maka, berkampunglah aku di sini bermula hari ini hingga 22 November…

Lama juga aku tak kena pergi kursus..patutlah rasa macam dah tak termotivasi…hehehee..alasan biasa orang yang bekerja makan gaji…kali terakhir aku keluar dari pejabat untuk tujuan yang sama adalah pada …………………………………………………………………………………………..

entah aku tak ingat..tapi lokasi kursus di Dusun Eco Resort, Lebuh Raya Karak..

Aku pernah menghadiri kursus yang sama, dikendalikan oleh orang yang sama, Biro Tata Negara..ketika itu, aku baru saja bergelar pelajar Matrikulasi Londang, Melaka….jadi, mungkin pengisiaan yang sama..matlamat yang sama..

Aku tunggu….

Aku dan Playstation

 

 

 

Ketika waktu senggang, ketika waktu lengang, ketika duduk mengangkang, maka pejabat jadi tunggang langgang…

Inilah salah satu cara latihan-latihan bola sepak dan futsal di jalankan..cara-cara menggelecek, membuat hantaran tepat dan menguji ketangkasan penjaga gol menjaga gawang…selain itu, ia juga dapat menguji kesabaran pemain-pemain di dalam padang..

Mari bermain Playstation…

 

Aku, Seksi, JAIS dan ISA

Kenapa tajuk entry aku ini panjang semacam..biar gambar menceritakan segalanya..

 

 

 

 

Seksi betul wanita-wanita ini…

takda perasaan ke JAIS nak serbu tempat ini..

takda perasaan ke polis-polis nak tangkap orang-orang di sini, sumbat masuk dalam ISA..

 

Dunia…dunia…dunia…

Aku dan Juak-Juak Istana

Semalam, aku cover kes Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara Odelio Pinot..

tiada yang luar biasa bila bercerita pasal ke sini..selain asyik aku kena cover..

tapi yang luar biasa dari biasa..secara tiba-tiba ruang Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kelmarin penuh dengan umat-umat manusia yang aku sendiri pada mulanya tidak tahu mana datang..apa status pun aku tak tahu..

namun, selepas seketika, aku baru dapat menghidu dari mana datang puak-puak ini..juak-juak istana..atau dalam panggilan mudah, para pengampu, pembodek dan pengipas istana…salah seorang yang cukup aku kenal, antara nama besar dalam UMNO Kota Bharu…maaf..andai marah dengar gelaran yang aku bagi..

Hampir aku putus angin bila nampak kelibat juak-juak ini…aku tau kerja aku jadi lebih susah dengan kehadiran mereka..kemunculan umat-umat ini hanya sebab Tengku Temenggong hadir memberi keterangan melalui afidavit bertulis…

Aku fikir, apa sebab kehadiran tuan-tuan juak ini..jadi saksi, jauh sekali…nak beri sokongan, bukan Tengku Temenggong nak kalah pun dalam kes..jadi pengawal, tengku ada pengawal sendiri..jadi drebar kereta, tengku boleh drive kereta sendiri…

Kenapalah fiel begini cukup suka dibuat oleh orang-orang begini..hairan sungguhla aku..

Jadi, aku kira kehadiran mereka tidak lain hanya untuk menunjukkan diri akan kewujudan mereka pada hari itu..agaknya, tengku perasan┬ámereka di situ..ibarat nak beri tengku rasa ‘kipas’ yang masing-masing bawa..mungkin ada yang sampai peringkat boleh transform kipas jadi ‘aircond’….walhal, dah berapa kali pun sebut ke sini di sini, takdak pun muncul tunjuk muka…

Tragis juga semalam, aku kira sebabkan ramai orang di sana, jadi sukar untuk jurugambar aku untuk buat kerja..terpaksa berasak-asak…aku jangka melalui kes-kes sebelum ini, jadi kebiasaan saksi akan keluar bersama-sama plaintif atau defendan, jadi lebih mudah untuk ambil gambar bersama..seperti jangkaan aku, jurugambar sampai terlepas nak ambil gambar saksi kes ini, Tengku Azwani Tengku Iskandar..kena pulok memo dengan bos KL..tak pasal..

Alahai juak-juak istana..berhentilah perangai tak senonoh ni..

Aku dan Drama Nurkasih

nurkasih1

 

Maaf kepada wanfai paradoks kerana mahu berkongsi lime-light…hehehehe..jangan marah aaa…secara datang idea yang bukan-bukan..

Penangan drama arahan Khabir Bhatia, (antara pengarah yang boleh aku anggap kreatif dengan kekerapan konsep cerita lari dari kiblat mainstream) ini cukup menghangatkan satu negara…

Mau tak ya..disebabkan cerita ini, sampai rumah tangga bergolak…suami isteri berperang…sebabkan si isteri nak tengok drama ini, si suami nak tengok bola…ataupun dua sahabat baik boleh bertengkar..si A nak ajak minum, yang si B sibuk nak tengok drama ini sampai tak nak keluar bersosial…satu pasukan Futsal yang satu ketika kuat dan selalu memang tournament, secara tiba-tiba manjang kalah..sebab ada sebilangan pemain yang ponteng latihan sebab nak tengok cerita ini..

Aku pun tak ikut drama nih..ada sesakali, yang aku ingat, secara tiba-tiba tangan gatal tukar channel TV, langsung terlayan drama nih..aku suka cara pembikinan drama ini..bak kata wanfai, sinematografinya memang superb..memandangkan aku tak ikut drama ini, aku tak boleh komen panjang mengenai mutu lakonan pelakon yang ada..

Sebenarnya aku bukan nak bercerita sangat pasal drama Nurkasih ni..saja aku letakkan tajuk entry begitu..kenapa..hanya aku dan wanfai saja yang tau..

Aku cuma kadang-kadang suka berfikir, sejauh mana indutsri perfileman atau drama memberi pendidikan mahupun pengajaran kepada masyarakat setelah pengarah kerap mencanang filem atau drama mereka sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan, pengajaran erti hidup dan bermacam-macam lagi yang boleh dijadikan model dalam masyarakat..

Aku rasa, ia GAGAL disampaikan..

Melalui dua tiga kali aku tonton drama Nurkasih ini, banyak mesej-mesej yang disampaikan, boleh dijadikan pengajaran..namun, mungkin ia tidak sampai kepada bacaan mata kasar penonton..satu ketika orang ada marah pada filem seperti KL Menjerit, Remp-It atau Bohsia kerana menonjolkan sesuatu yang ditiru semula oleh sebilangan umat yang dipanggil remaja..walhal, ia menyampaikan mesej dalam dimensi yang berlainan, cuma pengamatan penonton boleh dikatakan tidak bijak..

Aku tidak mahu kegagalan ini hanya ditudingkan kepada penggerakan industri tersebut saja, malah masyarakat seperti aku juga tidak main peranan masing-masing..kelompok luar hanya melihat ia satu medium hiburan saja tidak lebih dari itu..belajar norma hidup, belajar mengenai tatasusila, belajar mengenai adab sopan, hanya di sekolah, di universiti, di pondok-pondok atau surau dan masjid…

ada kala aku rasa sesetengah filem atau drama terlalu menghayati lakon layar sehingga boleh dikategorikan membuka pekung di dada..maksud aku dalam bahasa yang mudah, orang industri ini juga sama seperti masyarakat luar..mereka juga rempit, mereka juga bapak ayam, mereka juga bohsia…tidak boleh dijadikan MODEL RUJUKAN..

Ditanya pada aku, lebih suka merujuk kepada filem atau drama ini kalau nak ajar anak-anak aku..atau sesiapa yang dapat aku ajar..sebab, diorang sendiri tengok benda nih..jadi mudah..selebihnya, barulah boleh dimasukkan nada-nada agama andai kata tidak memahaminya..

Jadi…bagaimana…adakah betul aku menulis…????