Aku dan Kelana Jaya

cimg3957

Alhamdulillah..Kedua-dua bapa dan ibu mertua ku selamat berlepas ke Baitullah Haram malam Ahad lepas…bersama besan mereka yang datang jauh dari Kemaman, Terengganu..di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya masing-masing berkumpul..destinasi terakhir terakhir untuk berjumpa sebelum berlepas ke KLIA dan terbang ke Tanah Suci Mekah..

Tempat ini cukup sinonim dengan jemaah haji dari Malaysia..lama sudah aku tidak jejak kaki..kali terakhir tahun 2000, aku hantar kedua orang tua untuk mengerjakan haji untuk kali kedua..

Bagi sesiapa yang biasa, kumpulan manusia yang ramai itu sebenarnya bukan semua jemaah haji tapi adalah kalangan umat ‘penghantar’…malah jumlah mereka lebih daripada jemaah haji itu sendiri…

Ketika ini, nampak pelbagai gelagat manusia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat..suka, gelak tawa, murung, tak lupa juga ada yang menangis menitis air mata…sejak kecil lagi ketika aku menghantar nenek untuk mengerjakan haji (tak ingat umur berapa), aku suka memandang kerenah ini..pelakon memainkan watak mereka di pentas dunia..

Sehingga kini tempat ini masih juga tidak banyak berubah..aku terfikir, dalam kesesakan manusia dengan pelbagai ragam dalam kawasan yang sempit itu, mengapa tidak pula ia dipindahkan…adakah masih relevan tempat itu terus beroperasi untuk tujuan tersebut…sedangkan lapangan terbang utama negara sudah berpindah tetapi tidak tempat ini..ada dengar cerita kata nak berpindah, tapi mungkin ia hanya tinggal cerita saja

Nak buat macam mana, sudah peel manusia..sampai bab nak pergi haji nih, kalau boleh satu kampung nak menghantar waris mereka..itu tidak salah sebaliknya ia menunjukkan semangat persaudaraan..cuma melihat kepada tempat yang sempit itu, sesuatu perlu dilakukan..

titik..aku dah mati idea..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: