Aku dan Hukum Penyokong Kelantan

bola2

 

Sejurus selepas Kelantan kalah dengan N9 1-3, esoknya di facebook aku, tertera status, banjir lumpur dah nak surut (merujuk banjir di Kelantan), pastu banjir air mato pulok ko..

Hari ini, Kosmo! paparan muka depan, Hukum penyokong Kelantan-akibat bertindak liar membakar kerusi, mercun dan membaling botol…detik hati aku, perlukah ia dilakukan, adakah ia cukup benar-benar mengajar mereka..

Aku tak tahulah kenapa perangai-perangai begini dok lagi berulang-ulang..acapkali sangat..sampai peringkat, aku rasa biarpun hukuman keras dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menanti, aku tak rasa benda ini boleh diselesaikan..

kenapa..bukan penonton yang kena hukum sebaliknya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang terima padah..kantung persatuan ini yang keluar..kalau benar-benar nak ajar, denda saja setiap umat penyokong Kelantan yang datang tengok bola malam tuh tapi ia sesuatu yang mustahil dilakukan..

Bagi aku, orang negeri Cik Siti Wang Kembang ini taksub kepada 3 benda..pertama, NEGERI sendiri atau dipanggil kenegerian atau dalam bahasa cantik perpaduan yang cukup kuat sesama mereka..kedua, Tok Guru Nik Abdul Aziz, apa yang tok guru kata, mesti dengar..ketiga..bola sepak, sokongan padu yang takda dalam mana-mana negeri lain…

yang aku hairan walaupun Tok Guru dah nasihat, jangan buat fiel tak senonoh, masih juga berlaku..payah la wei ore hok demo taksub, kecek pun demo tok dengar..

Niat aku bukan nak kondem orang Kelantan..di sini juga tempat aku cari makan, tapi sedih..disebabkan seekor lembu bawa lumpur habis semua terpalit..aku sendiri tengok bola di stadium..gang aku saja (yang betul-betul rapat, dekat 50 orang setiap kali turun), tak pernah ada antara mamat-mamat ini yang nak bakar mercun, lempar botol..provokasi perkara biasa…ketahanan daripada provokasi itu yang luar biasa..tnegok bola pun nak sampai bergaduh, elok ajak bertumbuk di luar dari datang tengok bola di stadium..

Bercakap dengan Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Yahya Jamad Ali yang juga anak jati Kelantan, dia sendiri malu dan kesal atas apa yang berlaku..Yahya mengakui wujud segelintir yang disifatkan samseng bola sepak bertanggungjawab dalam mencetuskan suasana huru-hara seperti yang kerap berlaku..cuma masih tak dapat dikesan..andai kata dapat dikesan sekalipun, wujud pula rasa simpati nak hantar penyangak ini ke balai..’Gu’ kito tuh..

Aku lahir di Selangor..campur darah N9 dan Melaka..tanya aku sokong team mana..dulu..satu ketika…aku datang tengok bola sepak di Stadium Shah Alam untuk tengok Selangor main..tapi sekarang..satu team bola di Malaysia aku tak berkenan..cukup saja aku tahu perkembangan saja..maaf kata, bola sepak di negara ini bukan selera orang muda sekarang..termasuklah orang-orang tua yang totok bola sepak..

bola4

Sejara jujur, melalui penulisan aku sebelum ini, aku cukup berbangga dengan pasukan Kijang yang drastik meningkat dari segi penampilan dalam arena bola sepak..hakikatnya persembahan Kijang jauh lebih baik jika diukur ketika beraksi di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu..ini aku perlu bagi kredit..

Untuk keseluruhan persembahan pasukan, kedua-dua bermain seperti memikul tekanan yang cukup tinggi..permainan seperti itu bukan untuk pentas akhir..cuma, N9 bijak guna kesempatan..lihat saja gol pertama, kedua dan ketiga, masing-masing boleh nilai kualiti penghasilannya..

Tahniah kepada N9, tahniah juga kepada Kelantan..kehadiran pasukan anda menghangatkan saingan bola sepak sepanjang musim ini…aku perlu akui perkara ini..

  1. ia tetap akan berulang walau apa cara hukuman sekalipun dikenakan…
    faktor paling utama ialah mentaliti.walalupun segelintir yg melakukannya, tapi ia mampu merosakkan semunya…

  2. nak wat camne bos, bab mentaliti 2 yg susah….

    • ONE15
    • October 16th, 2010

    Jangan salahkan penyokong Kelantan saja tapi sebaliknya salahkan pengurusan Stadium Shah Alam.Ini kali kedua berlaku selepas Liga Super tempoh hari..Pembahagian kawasan tempat duduk yang tidak adil dan kedudukan kedua-kedua penyokong terlalu dekat menyebabkan penyokong bergaduh..Sepatutnya pengurusan stadium memberi tempat duduk sebelah vip kepada penyokong kelantan dan kosongkan tempat duduk belakang gol barulah penyokong dapat dipisahkan.,Tempoh hari beberpe orang je penyokong selangor berada di kawasan itu,memang mentaliti payah untuk diubah tapi pengurusan pon kene bijak mengatur nye..tempuk dada tanya iman lah..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: