Aku dan Kawan-Kawan Kahwin

Sepanjang aku bertugas di bumi Cik Siti Wan Kembang ini, biarpun rasa seronok, ada sesetengah benda yang aku rasa cukup ralat..

Lebih-lebih lagi tiba bab jemputan perkahwinan daripada kawan-kawan..sebab kebanyakannya, aku tak sempat nak hadir..atas faktor jarak waktu yang cukup jauh, tuntutan kerja halal yang aku sedang usahakan selain kantung aku tak cukup nak tampung belanja…

Kalu dihitung, kalau tak silap, sejak aku bertugas di sini Ogos 2007 hingga sekarang, semua jemputan tidak dapat aku penuhi..aku cukup sedih..sebab, ada antara mereka yang datang ke majlis besar aku tapi aku pula sebaliknya..harap-harap, jangan disebabkan perkara ini korang pilih untuk putuskan tali persahabatan..

Bulan ini, ralat ini terus menghantui aku..dua kawan aku, Zulfahdli Marjo (Apad) dan Ainany Faizura Hassan (Nani) akan melangsungkan pernikahan masing-masing..kedua-duanya majlis berlangsung di Johor cuma berbeza daerah saja..masih lagi dengan alasan sama, aku tak dapat hadir majlis korang..maafkan aku…

 

10863_188124804024_823629024_2726544_6237811_n

Apad (Kanan)

 

5320_1172768272228_1018661665_529176_642008_n

 

Apad dan Nani, dua umat manusia yang aku kira rapat dengan aku..sepatutnya aku bermati-matian untuk hadir ke majlis itu tapi aku tak cukup mati untuk ke situ..ternyata mati aku terarah ke tujuan lain..ini aku akui..

Kesempatan yang aku tau sama ada korang baca atau tidak, Selamat Pengantin Baru…selamat melangsung pernikahan..moga majlis berjalan lancar..yang lebih penting, hidup aman dengan pasangan pilihan masing-masing..untuk kawan-kawan, doa aku sentiasa ada…Amin…

    • mywanfai
    • November 12th, 2009

    lepas ni kenduri kahwin kawan tadika pun ko boleh pegi… tahniah kerana sudah mendapat surat

  1. mekaseh ye…anda bila lag ??

    • mywanfai
    • November 13th, 2009

    entah la…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: