Aku dan Hubungan Bersama Manohara Odelia Pinot

aku dan dia

Sebelum aku bebel panjang, maaf ye kalau gambar di atas ini boleh bikin riuh-rendah..ya..sengaja dibuat..baru kena dengan isi-isinya yang akan aku huraikan dengan seringkas mungkin..

Cerita mengenai Manohara Odelia Pinot, 21, sampai sekarang masih lagi tersiar di akhbar…masing-masing jaja cerita model Indonesia dengan suaminya, Tengku Muhammad Fakhry, putera ke-3 Sultan Kelantan..

Dah sepanjang itulah, apa yang menarik, Mohd. Luqman Hakim Ab. Rahim ini yang berada di Kota Bharu memanjang ditugaskan membuat susulan berita ini..meskipun setiap kali berita terutama cerita mahkamah, keluar dengan dateline – Kuala Lumpur…hairan bukan..sepatutnya petugas-petugas sebumbung aku di Kuala Lumpur bertangunggjawab dalam melakukan tugasan tersebut memandang tenaga kerja yang ramai berbanding cawangan yang sama di Kota Bharu..

Alasan yang digunakan setiap kali nak suruh aku buat susulan, katanya aku mudah bercakap..dah ada ‘contact’ baik dengan Manohara dan sekeluarga…orang tak cukup la…tambah alasan untuk nampakkan seperti perintah wajib, ini arahan bos besar..bayangkan, segala nombor-nombor berkaitan dengan kes Manohara telah aku maklumkan kepada warga di sana tapi masih juga minta bantuan Kota Bharu untuk buat..sampai lawyer anak Diraja Kelantan ini yang bekerja di Kuala Lumpur pun aku nak kena call..pelik bukan…

Ketika polemik ini bermula, aku boleh dikatakan orang terawal dari Malaysia yang mendapat akses kepada keluarga Manohara dengan bercakap dengan ibunya, Daisy Fajarina dan kakaknya, Dewi Sariasi..dengan bantuan sahabat baik yang juga rakan sebidang, Al Minangkabau’ian (nama sebenar terpaksa dirahsiakan), aku berjaya dapatkan kenyataan daripada dua beranak ini..rentetan itu, apa saja mengenai Manohara, aku diarah untuk membuat susulan..

Selepas itu, kenyataan dari peguam Muhammad Fakhry di Kuala Lumpur, Mohd Haaziq Pillay, aku sendiri yang dapat..peguam Manohara di Indonesia, Farhat Abbas, pun aku yang dapat…peguam syariah Manohara di Malaysia, pun aku kena cari..

Bukan mahu merungut, jauh sekali untuk membantah ( walaupun aku pernah buat macam tuh), aku anggap ia satu penghargaan dalam bentuk yang menyusahka..meskipun ia tidak diluahkan oleh bos-bos aku di Kuala Lumpur sana tapi aku suka syok sendiri sebagai motivasi dalam bekerja..selepas satu ketika aku pernah dibantai teruk atas kesalahan aku yang tidak disengajakan, aku mula fikir berbaloi atau tidak aku buat benda ini..nampak sangat persepsi aku bertentangan dengan apa yang aku kena (iklan sikit)…

Aku rasa macam Manohara ini hak milik kekal aku…biarpun bukan dalam bentuk hubungan persaudaraan atau persahabatan termasuk rumah tangga, aku rasa macam rapat dengan dia…betul ke anggapan aku ini..atau ia terlalu keterlaluan untuk diluahkan..mungkin, andai kata aku kembali bertugas di Kuala Lumpur, aku berani potong jari, bos sure aku buat susulan tanpa menyuruh rakan setugas aku di Kota Bharu membuat perkara yang sama..

Nak kata rapat, jauh sekali..nak kata diorang kenal aku, tak juga..tak pernah berjumpa, hanya kenal suara dalam telefon saja…gila kau nak baik-baik dengan Manohara..pipit dengan pipit…enggang sama enggang..manakan boleh terbang sama..chewah…aduuhhh….

Aku rasa macam nak  ‘mati’ kan cerita panjang ini..kawan-kawan..seperti biasa, kita tunggu babak seterusnya…

    • tan sri kadok
    • November 29th, 2009

    itula namanya gundah gelana hati seorang pria tua yg tak kawin-kawib…tak gitu?

  1. pria tua yg mane tuan maksud kn…

    • bb
    • February 6th, 2011

    dia umur 19 la.apa plak 21

  1. January 15th, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: