Aku dan Drama Nurkasih

nurkasih1

 

Maaf kepada wanfai paradoks kerana mahu berkongsi lime-light…hehehehe..jangan marah aaa…secara datang idea yang bukan-bukan..

Penangan drama arahan Khabir Bhatia, (antara pengarah yang boleh aku anggap kreatif dengan kekerapan konsep cerita lari dari kiblat mainstream) ini cukup menghangatkan satu negara…

Mau tak ya..disebabkan cerita ini, sampai rumah tangga bergolak…suami isteri berperang…sebabkan si isteri nak tengok drama ini, si suami nak tengok bola…ataupun dua sahabat baik boleh bertengkar..si A nak ajak minum, yang si B sibuk nak tengok drama ini sampai tak nak keluar bersosial…satu pasukan Futsal yang satu ketika kuat dan selalu memang tournament, secara tiba-tiba manjang kalah..sebab ada sebilangan pemain yang ponteng latihan sebab nak tengok cerita ini..

Aku pun tak ikut drama nih..ada sesakali, yang aku ingat, secara tiba-tiba tangan gatal tukar channel TV, langsung terlayan drama nih..aku suka cara pembikinan drama ini..bak kata wanfai, sinematografinya memang superb..memandangkan aku tak ikut drama ini, aku tak boleh komen panjang mengenai mutu lakonan pelakon yang ada..

Sebenarnya aku bukan nak bercerita sangat pasal drama Nurkasih ni..saja aku letakkan tajuk entry begitu..kenapa..hanya aku dan wanfai saja yang tau..

Aku cuma kadang-kadang suka berfikir, sejauh mana indutsri perfileman atau drama memberi pendidikan mahupun pengajaran kepada masyarakat setelah pengarah kerap mencanang filem atau drama mereka sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan, pengajaran erti hidup dan bermacam-macam lagi yang boleh dijadikan model dalam masyarakat..

Aku rasa, ia GAGAL disampaikan..

Melalui dua tiga kali aku tonton drama Nurkasih ini, banyak mesej-mesej yang disampaikan, boleh dijadikan pengajaran..namun, mungkin ia tidak sampai kepada bacaan mata kasar penonton..satu ketika orang ada marah pada filem seperti KL Menjerit, Remp-It atau Bohsia kerana menonjolkan sesuatu yang ditiru semula oleh sebilangan umat yang dipanggil remaja..walhal, ia menyampaikan mesej dalam dimensi yang berlainan, cuma pengamatan penonton boleh dikatakan tidak bijak..

Aku tidak mahu kegagalan ini hanya ditudingkan kepada penggerakan industri tersebut saja, malah masyarakat seperti aku juga tidak main peranan masing-masing..kelompok luar hanya melihat ia satu medium hiburan saja tidak lebih dari itu..belajar norma hidup, belajar mengenai tatasusila, belajar mengenai adab sopan, hanya di sekolah, di universiti, di pondok-pondok atau surau dan masjid…

ada kala aku rasa sesetengah filem atau drama terlalu menghayati lakon layar sehingga boleh dikategorikan membuka pekung di dada..maksud aku dalam bahasa yang mudah, orang industri ini juga sama seperti masyarakat luar..mereka juga rempit, mereka juga bapak ayam, mereka juga bohsia…tidak boleh dijadikan MODEL RUJUKAN..

Ditanya pada aku, lebih suka merujuk kepada filem atau drama ini kalau nak ajar anak-anak aku..atau sesiapa yang dapat aku ajar..sebab, diorang sendiri tengok benda nih..jadi mudah..selebihnya, barulah boleh dimasukkan nada-nada agama andai kata tidak memahaminya..

Jadi…bagaimana…adakah betul aku menulis…????

    • mywanfai
    • November 16th, 2009

    mesti hits tinggi nih

  1. belum nampak hasil lagi nih…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: