Surat terbuka kepada Blogger Pro-Kerajaan dan Pro-Pembangkang

Agak berlainan sedikit tajuk entry aku hari ini..disebabkan tidak menggunakan perkataan AKU di hadapan seperti biasa yang dibuat selama hampir lebih setahun berkecimpung dalam penulisan blog…biarlah Cabuk sedemikian..

Niat entry ini bukan untuk menegur, mengutuk, jauh sekali juga untuk mengajar abang, kakak, pakcik, makcik, atuk dan nenek blogger yang jelas lebih senior dalam padang ini berbanding aku..cuma ingin lahirkan rasa nukilan daripada apa yang aku perhatikan selama tabiat rajin membuka blog milik orang-orang ini..

Apa yang cukup dikesalkan adalah apabila sesetengah blogger-blogger ini dilihat terlalu TAKSUB dengan sesuatu perkara yang mendasarkan perjuangan sesebuah parti politik yang didokong oleh mereka..sehingga tiada ruang untuk menerima teguran dan kritikan daripada sesiapa…senang cerita, asyik kau sajalah yang betul…tidakkah tindak-tanduk taksub ini lebih banyak akan menjerumuskan tabie manusia ke arah yang lebih negatif berbanding positif..

Malah, ada antara mereka ekoran terlalu taksub, lebih suka menceritakan dan mencipta persepsi secara berlebihan sehingga lari daripada fakta dan realiti sebenar landskap politik negara..hanya bersandaran dengan sumber-sumber yang masih boleh diragui kesahihan, meletup dan meledakkan sesuatu persepsi yang akhirnya menjadikan politik sesuatu yang cukup jijik di mata rakyat..prasangka menjadi tunjung kebenaran..

Satu ketika, pernah aku menghubungi seorang blogger untuk mendapatkan pengesahan sesuatu daripadanya, yang aku tidak mahu nyatakan namanya di sini, yang aku kira cukup hebat, pioneer dalam politik..dalam perbualan aku, dia sendiri secara tiba-tiba menyebut tanpa ditanya…. ” Aku sendiri tidak yakin parti yang aku dokong, akan menang dalam PRU13 “..

Nah..dalam entry blog yang ditulis yang mendokong perjuangan parti kau, bermacam-macam pendedahan dibuat, habis kiri kanan umat manusia dalam politik yang tak sehaluan kau tibai dengan tujuan untuk ‘memenangi’ parti yang kau tunjang, tapi akhirnya kau cakap macam tuh..sesudah kau TAKSUB, tapi tak tahan dengan asakan aku, akhirnya kau bercakap sesuatu membelakangi prinsip tulisan kau..alamak, apa kes ini tuan..budak mentah macam aku pun boleh ‘gula-gula’ kau..

Berbual kosong dengan seorang sahabat berbangsa Cina, nyata dia mempunyai cetusan idea yang cukup mudah mengenai perkara ini..katanya, menulis biar dengan akal, bukan emosi, baru padat dan bernas..jangan biar emosi menguasai diri, jangan biar ego menguasai hati…itu kata ringkas daripada sahabat ini..

Maaf..pendapat sahabat ini juga senada dengan aku…ternyata menggambarkan apa yang berlaku terhadap blogger-blogger sekarang, tidak kira Pro-Kerajaaan dan Pro-Pembangkang, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat..nampak jelas bila emosi dan ego menguasai, pertimbangan hilang dalam kawalan…

Sampai peringkat yang aku rasa agak pelik, hairan bin ajaib, ada segelintir mereka ini menjadi duri dalam daging dalam parti yang ‘dianuti’ sendiri..asalnya menjadi ejen kepada parti itu kemudian menunjukkan tembelang wajahnya sebenarnya sehingga layak dicop ‘double agent’..menikam perjuangan parti sendiri..atas alasan, kalau tak ditegur atau dibongkar sekarang, akan jadi lebih teruk…

Adakah menjadi kesalahan andai kata melalui penulisan, blogger-blogger yang bijak ini memperkatakan sesuatu secara terbuka, mengkritik dengan lebih berfakta dalam cara yang lebih baik dan sopan..daripada membuka aib, melucahkan, mencaci-maci, memaki-hamun, membogelkan individu hanya bertujuan menaikkan hits ketika pelayar-pelayar alam maya sibuk mencari penjelasan dalam sesuatu isu politik..

Andai kata blogger ini mudah mendapat akses kepada parti, tidak lebih elok kau terus bersemuka, berbicara empat mata, daripada menjadi nyamuk, menggigit, mencipta virus dan kemudian berterbangan bersembunyi diri tanpa identiti sebenar..orang akan terus kenal kau sebagai nyamuk saja..

Itu kata aku, hasil daripada apa yang aku lihat, alami, dan renungkan…mungkin ada orang di luar sana berpendapat berbeza daripada aku..mungkin juga aku melakukan kesalahan yang sama, harap ada yang menegur aku..

Aku juga masih belajar…masih mentah…itu Cabuk..Mohd. Luqman Hakim Ab. Rahim..

 

    • MAT
    • January 2nd, 2010

    SURAT TERBUKA kepada UMAT ISLAM

    Assalamualaikum………..

     Selamat menyambut maal Hijrah 1431 dan tahun baru 2010…
     seperti biasa setiap tahun baru saya menyambut dengan kesedihan……….. sedih melihat Agama Islam semakin terpinggir……

     Setiap tahun baru , pasti ada pesta dikalangan umat Islam kursusnya orang Melayu…. yg kadang kala berakhir di bilik Hotel…. Contohnya di Selangor Sahaja lebih 50 pasangan tertangkap, itu belum masuk mereka YG TERLEPAS…DAN DARI NEGERI2 LAIN……..

     DAN lebih sedih bila Mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah kepada pihak gereja …. Nauzubilalah….Sebelum ini mahkamah membenar seorang mat rempit menerima pampasan kerana kemalangan mengelak ditangkap polis, bagaimana nasib anggota polis dan orang awam yg dilanggar mat rempit, kepada siapa mereka nak tuntut pampasan. Ada hakim sekarang hanya menilai bukti semata-mata dan perihatin kepada pengadu tapi tidak kepada orang sekeliling. harap lepas ini jangan lah pampasan diberikan kepada keluarga penjenayah pula………
    .
     Berbalik kepada penggunaan nama Allah ,  ada kah Hakim itu tidak meneliti PERLEMBAGAAN MALAYSIA !!! AGAMA ISLAM TERPELIHARA KESUCIAN NYA DI BUMI MALAYSIA INI DIBAWAH PERLEMBAGAAN DAN DI BAWAH NAUNGAN  YANG DIPERTUAN AGONG. Ada kah hakim ini menjadi ” beraja di mata , Bersultan Dihati ” .

    Adakah anda sanggup menjadi punca kepada rusuhan Agama @ kaum seperti kisah natrah dan 13 May !!!
     Kepada Umat Islam , bersatu lah kita semua. Agama  kita makin terhimpit di bumi Malaysia ini………

     Kepada orang kerajaan @ umno  dan penyokong pembangkang  @ PAS & Keadilan, tinggalkan lah perkara yg salah… buat lah perkara yang benar dan berani….. dan

    Kepada  Pihak PAS …  dimana kah suara anda… dimana janji Menegakkan Islam di bumi Melayu ini…. tak perlu lah berjanji nak memberikan NEGARA ISLAM kepada penyokong anda… cukup lah MEMBANTU KERAJAAN MEMELIHARA AGAMA ISLAM ini. sedih melihat PAS semakin jauh dari perjuangan semenjak dipergunakan DAP. Cukuplah bukti  bila Ada pemimpin PAS yg berkuasa Di Perak  dahulu .itu memberi tanah RizaB Melayu Kpd DAP. beliau Juga dilihat sanggup menggadai nama Islam bila memegang lilin bila menyertai perarakan kematian Tong beng Hock > satu amalan yg syirik… Nauzubilah……….

     Janganlah PAS terpengaruh dengan DAP . Tong Beng Hock adalah saksi penting SPRM, jadi SPRM amat memerlukan Saksi itu, lebih2 lagi dia memberi kerjasma dan nak beri keterangan…. Jadi siapa yang Rugi dan siapa yang untung…….  SECARA LOGIK AKAL , SPRM AKAN RUGI ( HILANG SAKSI ) DAN PERASUAH ( disyaki orang DAP ) AKAN UNTUNG. Andai benar  Tan dibunuh…. dah tentu orang yg bakal didakwa  dan konco-konconya yang bertindak. Dan lanjutan nya pihak tersebut memperbesarkan kes kematian Tan agar dapat melengahkan kes RASUAH. lebih kelakar dan sadis bila pihak itu mahu SPRM soal siasat waktu pejabat. Adakah ini pihak yang mendakwa mahu RASUAH DIHAPUSKAN.. Bila kena kat kaum sendiri  RASUAH DIBENARKAN…??? LEBIH HARU bila kerajaan selangor terikut rentak pihak terbabit. Jangan pula PDRM juga disuruh soal siasat penjenayah ikut waktu pejabat  tbila malam penjenayah boleh balik sambung keje….  Tolong lah anda diluar sana , anda telah biasa melihat siri penyiasatan jenayah seperti CSI, Gerak Khas dan Filem konspirasi…. Fikirlah secara LOGIK .. BUKAN IKUT SUKA HATI…
     

    Satu lagi kepada peringatan kepada anda orang – orang Pas, NGO GEREJA ADALAH PRO AKSI kepada DAP, dan DAP proaksi kepada PAP Singapura…. DAN PAP ADALAH PROAKSI ZOINIS ISRAEL !!! FAKTA yg di ketahui ramai, bila Singapura berpisah dengan Malaysia, negara yg pertama di hubungi ada ISRAEL , YG  DENGAN SENANG HATI MENGHANTAR PENASIHATNYA … ( temasuk lah Ejen – ejen Jahanam MOSSAD ). Jangan lah PAS menjadi FATAH yg bagai lembu ditusuk hidung oleh Israel dan US. Kerana kuasa, FATAH sanggup perangi  HAMAS… pejuang ISLAM….
     
    Jadi jangan lah PAS memerangi UMNO @ kerajaan, bantu lah kerajaan….. berdamailah……… BERSATULAH ….  ALLAHHUAKBAR !!!!
     
     Lirik Nasyid Maal Hijrah

    Satu Muharram detik permulaan
    Perkiraan tahun Islam hijrah
    Perpindahan Nabi dan umat Islam
    dari kota mekah ke kota madinah

    Atas keyakinan dan iman yang teguh
    Kaum muhajirin dan ansar Bersatu
    Rela berkorban harta dan nyawa  
    Demi menegakkan Islam tercinta

    Hijrah itu pengorbanan
    Hijrah itu Perjuangan
    Hijrah itu Persaudaraan
    Hijrah Membentuk Perpaduan
    Oleh itu
    Mari semua kita sambut Ma’al Hijrah
    Tingkatkan semangat
    Tegakkan Syiar ISLAM !!! 
    Untuk sepanjang zaman
      Sekian
     Harap surat ini disebarkan agar pandangan dapat dikongsi bersama………
      
     ” Bersatu  Demi menegakkan Islam tercinta ,
    Tegakkan Syiar ISLAM !!!  ”

     
     
     

  1. May 1st, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: