Archive for December, 2009

Penghargaan Buat Media Kelantan

Dengan kemasukan entry ini, menandakan tamat riwayat perjalanan kerja aku di bumi yang dikenali dengan jolokan nama Cik Siti Wan Kembang, Kelantan..bermula Ogos 07 berakhir 18 Dis 09…kini, aku sudah berada di Kuala Lumpur..

Biarpun satu ketika aku berat hati untuk melangsungkan kerjaya aku di sini namun rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya…hampir tiga tahun aku di sini, banyak pengalaman baru yang aku perolehi…lebih-lebih lagi yang bermanfaat dalam memantapkan asam garam dalam penulisan..

Dunia politik, bencana alam, jenayah dan macam-macam lagi…semua menarik apabila aku berkelana di tempat orang ini..

Namun, apa yang lebih aku pelajari, semangat kerjasama oleh pengamal media di sini..gang media Kelantan…..boleh aku katakan untuk kali pertama aku bekerja di STATE, gang-gang di sini adalah yang terbaik..

Tabik hormat aku kepada semua team wartawan, jurugambar, tidak kira media cetak atau elektronik..aku tak mampu nak sebut nama semua orang di sini..pengalaman dengan anda semua sukar dinilai dengan wang…asam garam cukup mengiurkan..pahit manis yang cukup menghiburkan…

Terima kasih semua..bersama anda adalah peluang berharga yang Tuhan kurniakan kepada aku..jika ada sumur di ladang, memang sah aku nak mandi, kalau ada umur yang panjang, kita pasti ke temu lagi…

ps: eh, den tak pakai AKU pada awalan tajuk entry la..hehehehee…

Advertisements

Aku, Awal Muharam dan Emas Bola Sepak

(Gambar kredit untuk Razak Latif)

Salam Maal Hijrah…Awal Muharam..Tahun Baru Islam…bulan permulaan..bulan berkat, sarat pahala…

Menjelang tahun baru ini juga, pasukan bola sepak negara berjaya menamatkan penantian selama 20 tahun apabila berjaya merangkul emas dalam acara tersebut di Sukan SEA XXV Laos semalam..

Hasil jaringan sendiri oleh pemain pasukan Vietnam, Mai Xuan Hop minit ke-83 sudah cukup untuk membuatkan lagu Negara ku berkumandang di Stadium Utama, Vientiane..

Tahniah…moga kemenangan ini berterusan..moga keberkatan Muharam dapat dipenuhi…Amin..

Cabuk:  Sakit kepala terhantuk kat syiling pejabat sebab melonjak kuat sangat dari atas meja bila Malaysia dapat gol kemenangan..adeh…terima kasih kepada brother penaja makanan KFC sebagai bekalan perut sepanjang menonton perlawanan..hehehee..

Aku dan Puisi Pyan Habib

sepi berguling, pada tebing bukit-bukit bening
pedih memilu, resah mengerang
pada jurang gaung-gaung garang,pahit mengilu
hey pernahkah engkau, melihat aku mundar-mandir
di lorong-lorong usang hanyir, pernahkah engkau
hey pernahkah engkau, melihat aku tersungkur-mundur
di warung-warung gelas anggur, pernahkah engkau
adalah aku yang sering menggigil, sewaktu terasa suara-suara sepi memanggil
adalah aku yang sering menerajang, sewaktu terasa hari-hari begitu panjang
resah kubakar bagai bintang gugur ke bumi,
KE BUMI
seringkali terdesir dan menyelinap, ke penjuru ruang kamar pengap
siapakah yang datang mengetuk pintu itu, dan memanggil-manggil namaku
aku tidak pasti meskipun berkali-kali, engkau kususuri
suara
suara
suara
di manakah suara itu, ke manakah menghilang
sepi pun menurun, aku menjadi rindu
suara
suara
suara

sepi berguling, pada tebing bukit-bukit bening
pedih memilu, resah mengerang
pada jurang gaung-gaung garang,pahit mengilu
hey pernahkah engkau, melihat aku mundar-mandir
di lorong-lorong usang hanyir, pernahkah engkau
hey pernahkah engkau, melihat aku tersungkur-mundur
di warung-warung gelas anggur, pernahkah engkau
adalah aku yang sering menggigil, sewaktu terasa suara-suara sepi memanggil
adalah aku yang sering menerajang, sewaktu terasa hari-hari begitu panjang
resah kubakar bagai bintang gugur ke bumi,
KE BUMI
seringkali terdesir dan menyelinap, ke penjuru ruang kamar pengap
siapakah yang datang mengetuk pintu itu, dan memanggil-manggil namaku
aku tidak pasti meskipun berkali-kali, engkau kususuri
suara
suara
suara
di manakah suara itu, ke manakah menghilang
sepi pun menurun, aku menjadi rindu
suara
suara
suara

sumber : Pyan Habib @  M-Star

Cabuk:  Aku suka puisi..aku suka dengar..bukan sebab aku jiwang..bukan sebab aku halus..bukan sebab aku mat cinta..aku hanya cintakan budaya..aku juga sakit hati andai kata karya aku diganggu kacau..

Aku, Manohara dan Misi

Seantero negara pasti sudah membaca berita ini di dada akhbar…bukan sesuatu yang luar biasa..cuma ia peristiwa yang dirasakan perlu dilaporkan saja…

Kosmo!

Dan seperti biasa, bak kata mulut-mulut orang, sejarah pasti akan berulang..setiap kali ada berita seperti ini, bukan saja tajuk utama yang perlu digarap malah perlu ditambah dengan ‘make up’ dan aksesori bagi memastikan kelainan berbanding persembahan yang lain…maka secara automatik, aku menjadi watak utama..tidak mengapa, ia bukan sesuatu yang perlu disungut, dirungut..

Namun, ada sesuatu penambahan yang cukup drastik kali ini..aku sendiri agak kaget, terkejut menerima panggilan dari ibu pejabat.menyampaikan sesuatu yang tersasar dari jangkaan aku..mendengung jauh aku cuba untuk mengingati semula butiran percakapan aku dengan bos aku…

Satu misi perlu aku laksanakan..angan-angan aku yang pernah aku kongsikan bersama seorang rakan aku di sini rupa-rupanya menjadi milik orang lain..aku kira macam satu dugaan pada aku..sebab, kenapa aku dipilih untuk menjayakan misi ini…kenapa tugasan ini diberikan kepada aku..aku tidak mahu memikirkan apa agenda sebenar penugasan itu diberikan kepada aku..kata seorang rakan merangkap bos aku sendiri, orang itu mahu menguji..biarlah Cabuk..alahai..susah apa nak fikir..jelas sekali..kau ASET…bukan LIABILITI….hheerrmm..

Aku cuba untuk lakukan sesuatu dengan kudrat yang ada..aku mahu lihat hasilnya nanti..

Aku, Aset dan Liabiliti

Apabila kau menjadi ASET dalam pasukan bola sepak, kau pasti akan sentiasa beraksi dalam perlawanan kerana semua orang mahu melihat kau melakukan sesuatu keajaiban untuk membawa kegemilangan kepada pasukan.

TAPI apabila kau menjadi LIABILTI dalam pasukan itu, sama ada kau ada atau tidak, ia tidak penting kerana kehadiran kau pasti hanya akan menjahanam semangat pasukan sehingga kucar-kacir persembahan perlawanan.

Apabila kau menjadi ASET kepada sekolah dalam pelbagai lapangan, kau pasti akan menjadi harapan untuk menaikkan dalam sekolah di mata masyarakat kerana kewujudan kau memberi kelebihan kepada sekolah berada di kancah yang selesa.

TAPI apabila kau menjadi LIABILITI, kehadiran kau pasti akan memalitkan lumpur kepada imej sekolah kerana dicerca tidak pandai mendidik pelajar menjadi lebih berilmu dan berdisiplin sehingga tidak teragak-agak untuk membuang nama kau dalam buku kedatangan persekolahan.

Apabila kau menjadi ASET kepada persahabatan, kewujudan kau pasti akan dinanti-nantikan sahabat handai dengan pelbagai perkataan bernas, nasihat munasabah, gurauan senda yang mendamaikan selain kehilangan kau pasti akan diingati dan dirindui.

TAPI apabila kau menjadi LIABILITI kepada persahabatan, orang mula menjauhi diri, menyimpan dendam dan kewujudan kau hanya akan menimbulkan rasa tidak senang dan menyampah.

Apabila kau menjadi ASET kepada syarikat, segala cabaran dalam alam kerja akan mudah ditangani, segala tugasan pasti akan mudah disempurnakan sehingga surat letak jawatan kau tidak akan mudah diterima kerana beranggapan bukan mudah untuk mencari pengganti.

TAPI apabila kau menjadi liabiliti kepada syarikat, hantar saja surat jawatan, pasti akan diterima bahkan kemungkinan besar kau akan dinasihat keluar dengan baik daripada diberhentikan kerana menanggung kau bekerja ibarat satu penyeksaan dan kerugian kepada syarikat.

akhirnya, siapa di luar sana yang mahu menjadi ASET atau biarkan saja diri menjadi LIABILITI..

Aku dan Pertukaran ke KL

Aku terima surat ini dua minggu lalu..tersenyum..hati terbuka terima..terdahulu, bos besar aku menghubungi di pejabat memaklumkan mengenai isi yang berkaitan dengan surat ini..

Secara rasmi, mulai Januari 2010, aku akan kembali bertugas di kota metropolitan, Kuala Lumpur selepas hampir 3 tahun di negeri Cik Siti Wan Kembang..

Ya…ada rakan-rakan aku yang mengatakan aku sengaja cari masalah apabila bersetuju untuk kembali bertugas di ibu pejabat…pelbagai dugaan, kerenah yang menanti aku di sana nanti…ditambah dengan kehidupan di ibu kota yang jauh lebih ‘besar’ berbanding sekarang..

Tak mengapa..sesuatu yang sudah aku fikirkan sejak dua tahun lalu apabila terdetik niat aku untuk menyatakan hasrat ini kepada bos besar aku sebelum ini..

Kita lihat saja babak seterusnya….

Aku dan Kosmo!

Selepas lima tahun bertapak di industri penulisan akhbar, akhbar kompak, Kosmo!, mengungguli Malam Anugerah Media 2009, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) apabila diumumkan sebagai Akhbar Pengguna Terbaik.

Dalam sedar atau tidak, kemenangan pada tahun ini adalah buat kali keempat berturut-turut sejak 2006…

Wow…aku bersyukur..bangga..terharu..menjadi sebahagian daripada warga Kosmo! yang fokus dalam mengenengahkan isu-isu kepenggunaan di negara ini…

Jadi jelas…kepada yang masih tidak mengetahui apakah yang menjadi tunjang penulisan akhbar kompak ini..KEPENGGUNAAN…

Kosmo! bukan akhbar POLITIK, bukan JENAYAH, bukan SEKS..bukan HIBURAN..apa-apa saja selain yang dinyatakan di sini…