Aku dan Kursus Biro Tata Negara (BTN)

Ini adalah rentetan daripada entry aku sebelum ini – Aku dan Kursus Bina Negara Asas

Gila lah wei…punyalah seronok aku dapat pergi kursus Biro Tata negara…memang antara kursus yang best pernah aku pergi…secara kebetulan, aku memang suka pergi kursus..bukan sebab skema tapi cuba mencari motivasi diri seketika untuk hadap cabaran dunia luar..sekurang-kurangnya aku dapat lari daripada rutin harian…

Mau ye tak best…dapat jumpa member-member lama…yang masing-masing dah terpisah dengan aku hampir 3 tahun..ada yang bertugas di negeri lain, ada juga yang masih di ibu pejabat, ada juga yang datang daripada jabatan lain..bonus lagi, aku dapat bersuai kenal dengan orang-orang lama atau senior dalam syarikat yang aku makan gaji sekarang..layan kepala orang lama memang best..masing-masing dengan macam-macam fiel dan perangai..

Sepanjang kursus berjalan, ada saja hilai tawa diselang seli dengan tergelak berdekah-berdekah dek perangai kawan-kawan sebumbung..perjalanan kursus yang pada awalnya dijangka bosan bertukar menjadi ceria…masing-masing cukup seronok biarpun terikat dengan jadual dan aktiviti yang ketat dan pengisian kursus yang cukup penuh dengan ideologi..

Apa yang aku melalui kursus ini bila orang tanya..aku dapat kenal orang yang aku tak kenal yang bekerja sama bumbung dengan aku..orang baru, orang lama, orang jabatan lain atau sesiapa yang berkaitan…bukankah perkara-perkara yang aku ngomelkan di atas itu sesuatu yang bagus mengenai kursus BTN ini…bagaimana pula dengan cerita-cerita sebaliknya yang hangat orang perkatakan ketika ini..

Secara kebetulan, selepas aku pulang bercuti, keluar pula cerita ini di Utusan Malaysia, Selangor haramkan kursus BTN….aku tidak terkejut dengan berita ini malah aku hanya tersenyum lebar..sesuatu yang pernah aku jangka SEMBILAN (9) tahun lalu selepas kali pertama aku jejak kaki hadir ke kursus yang sama..perkara itu aku jangka akan berlaku apabila parti pembangkang menjadi lebih kuat..

Aku ingin menarik perhatian orang terhadap kupasan yang dibuat oleh A. Kadir Jasin dalam blog beliau berkaitan kursus BTN ini..yang aku kira agak menarik..ada ‘balancing’…

Aku tepekkan antara petikan yang menarik ye..

” Saya yakin ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara, ia juga akan menggunakan agensi seperti BTN untuk menjalankan kursus yang selari dengan dasarnya ” ….

” Katakanlah memang kerajaan bercadang pinda kurikulum BTN agar serasi dengan Satu Malaysia, tetapi mengumumkannya serentak dengan asakan kerajaan PR Selangor memberi gambaran ia tunduk kepada kata dua Abdul Khalid itu. Kalau pinda untuk serasi dengan Satu Malaysia pun belum tentu PR akan terima ” …

Mungkin penulis hebat ini tak sentuh mengenai isu perkauman yang dikatakan hangat dijaja setiap kali bila kursus ini diadakan..hasil aku belek-belek internet ini pun, ada laman-laman web yang menghentam kuat kursus BTN ini..ada antara mereka yang Melayu, menyentuh mengenai aktiviti kursus yang pelik-pelik sehingga melupakan lunas agama..bercampur lelaki dengan perempuan dengan bebas..

OK..bab bercampur antara jantina itu, aku terima. memang berdos..tapi yang kita pula jangan ditambah pula dosa yang ada dengan menambah melakukan sesuatu yang lain..maksud aku, bercampur ketika aktiviti itu adalah dosa, jangan pula selepas aktiviti itu, kau beromen dekat belakang asrama BTN..itu tambah dosa maknanya..dalam pemikiran luar kotak yang lain pula, siapa tahu, kalau kau tak datang kursus BTN, kau mungkin lebih berdosa dengan melakukan perkara mungkar yang lain seperti pergi disko, main judi atau langsung tak tunaikan solat 5 waktu..

Aku cuba melihat ideologi yang ditanamkan dalam kursus BTN ini dalam persepsi yang berlainan..aku suka ambil positif daripada terus memikirkan negatif saja..

Hakikatnya, Melayu sendiri perlu bersatu padu di saat kaum ini sedang kucar-kacir..pedulikan kaum lain..jang dok sibuk nak gayang kaum Cina, India..macam mana orang nak bagi mandat, diri sendiri pun tak betul..lagi mau berlagak macam kau TUAN…bagi kaum lain pula, Melayu pula bersatu bukan untuk halau kau orang semua dari Malaysia ini, hanya perlu menunjukkan komitmen yang padu dalam mempertahankan negara berdepan dengan pelbagai cabaran mendatang..

Apa kata kepada semua, tak kira Melayu, Cina dan India yang cerdik pandai…cuba sesekali kau kaji balik macam mana PIAGAM MADINAH yang diperkenalkan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW boleh terbentuk..sekaligus berjaya dilaksanakan dengan jayanya…

Tapi..apabila berdepan dengan pemikiran sempit, yang kononnya lebih berpengalaman, pasti ada yang menempelak aku..biarkan..terpulang..

Akhirnya, ketika kali KEDUA aku menjejak kaki ke kursus BTN tempoh, demi Tuhan, aku sendiri terkejut dengan pendekatan dan pengisian yang dibuat..

  1. Pasti pegawai pemerintah ya mengikuti kegiatan seperti ini

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: