Aku dan Kereta Dari Langit di KB Mall

Laporan Kosmo! hari ini…..

Aku hampir-hampir terlepas berita ini kerana sengaja melepaskannya…sebab malas, enjin dah slow bila waktu petang…mujur sebab ada orang heboh sangat nak ajak ke KB Mall untuk lihat sendiri kejadian sebenar yang berlaku..

Tergamam aku..jadi gagap seketika bila tengok ada kereta di tengah-tengah tangga bergerak pusat membeli-belah ini..pelik ye, macam mana boleh jadi..BESAR wei berita nih..

Bila kenang balik kejadian yang berlaku ini, pasti ada juga yang mengundang rasa takjub pada kuasa Tuhan apabila melihat 2 individu yang berada dalam kereta itu tidak mati menemui ajal…

Sebaliknya, dua insan yang tidak berdosa, Nurdiana dan Nuramira, pengunjung pusat membeli-belah itu terbujur kaku apabila terkena serpihan runtuhan bangunan itu selepas kereta itu terjunam jatuh dan menghempas lantai tingkat bawah pusat membeli-belah tersebut..

Ajal tidak pernah mengenal sesiapa..tidak mengira tempat, tidak mengira waktu..aku sendiri agak kaku melihat tubuh Nurdiana membentak seperti mahu hidup semula di kala orang ramai cuba untuk memberi bantuan pernafasan kepadanya..

Susah aku nak baca sebalik kejadian ini..ekoran dua orang maut, pihak polis juga menukarkan siasatan kes ini daripada seksyen 4(2), Akta Pengangkutan Jalan (memandu secara melulu) kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat..jadi, dua anak gadis yang selamat dari insiden ini termasuk seorang lelaki kini berdepan dengan hukuman dunia andai kata didapati bersalah..

Aku hanya mampu mendoakan roh-roh mangsa yang terkorban supaya dicucuri rahmat..pening ini kepala..

(Gambar ihsan Hafiz Johari – Photographer Utusan)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: