Aku, Aset dan Liabiliti

Apabila kau menjadi ASET dalam pasukan bola sepak, kau pasti akan sentiasa beraksi dalam perlawanan kerana semua orang mahu melihat kau melakukan sesuatu keajaiban untuk membawa kegemilangan kepada pasukan.

TAPI apabila kau menjadi LIABILTI dalam pasukan itu, sama ada kau ada atau tidak, ia tidak penting kerana kehadiran kau pasti hanya akan menjahanam semangat pasukan sehingga kucar-kacir persembahan perlawanan.

Apabila kau menjadi ASET kepada sekolah dalam pelbagai lapangan, kau pasti akan menjadi harapan untuk menaikkan dalam sekolah di mata masyarakat kerana kewujudan kau memberi kelebihan kepada sekolah berada di kancah yang selesa.

TAPI apabila kau menjadi LIABILITI, kehadiran kau pasti akan memalitkan lumpur kepada imej sekolah kerana dicerca tidak pandai mendidik pelajar menjadi lebih berilmu dan berdisiplin sehingga tidak teragak-agak untuk membuang nama kau dalam buku kedatangan persekolahan.

Apabila kau menjadi ASET kepada persahabatan, kewujudan kau pasti akan dinanti-nantikan sahabat handai dengan pelbagai perkataan bernas, nasihat munasabah, gurauan senda yang mendamaikan selain kehilangan kau pasti akan diingati dan dirindui.

TAPI apabila kau menjadi LIABILITI kepada persahabatan, orang mula menjauhi diri, menyimpan dendam dan kewujudan kau hanya akan menimbulkan rasa tidak senang dan menyampah.

Apabila kau menjadi ASET kepada syarikat, segala cabaran dalam alam kerja akan mudah ditangani, segala tugasan pasti akan mudah disempurnakan sehingga surat letak jawatan kau tidak akan mudah diterima kerana beranggapan bukan mudah untuk mencari pengganti.

TAPI apabila kau menjadi liabiliti kepada syarikat, hantar saja surat jawatan, pasti akan diterima bahkan kemungkinan besar kau akan dinasihat keluar dengan baik daripada diberhentikan kerana menanggung kau bekerja ibarat satu penyeksaan dan kerugian kepada syarikat.

akhirnya, siapa di luar sana yang mahu menjadi ASET atau biarkan saja diri menjadi LIABILITI..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: