Aku dan Seorang ‘Otai’ Yang Tumbang

Kelmarin…seorang rakan sebumbung aku tumbang…pengsan…langsung dikejarkan ke hospital selepas cubaan untuk ‘membangunkan’ dia semula tidak menjadi…aku tidak melihat kejadian itu..cuma aku dapat lihat dia berlalu pergi di dalam kereta orang yang membawa dia ke hospital untuk rawatan lanjut..

Agak terkejut juga gang sini bila tengok dia pengsan secara tiba-tiba di hadapan komputer..katanya sedang memeriksa ‘story’ anak buah untuk dimuatkan ke dalam page..bermula dari situ, pakar-pakar spekulasi, abang-abang strategis, encik-encik analisis dan juak-juak gosip mainkan peranan masing-masing…

Dia tertekan…dua perkataan yang ‘common’ aku dengar sepanjang umat-umat itu bercerita..ada juga menjadikan ia sebagai bahan jenaka..tak lupa juga menjadi bahan sindiran…

Ada yang mengaitkan otai aku ini terkena stres komputer…ada juga yang kata panic attack..tapi selepas aku mencari maklumat mengenai dua benda ini, aku rasa macam takda kaitan pulop..entah..

Sepanjang 5 hari aku di sini juga, aku banyak dengar perkataan tekanan yang cukup suka disebut-sebut…malah sebelum aku bertukar ke sini, perkataan yang sama kerap diulang, dicanang…tekanan iu datang dari orang yang sama..cukup berkuasa…lantaran ragam yang cukup kurang menyenangkan..

Hasil daripada cerita rakan-rakan sebumbung, aku dapat memahami isi tekanan itu…tapi untuk merasai, jauh sekali..sebab belum sampai masa aku lagi untuk mengadap benda-benda tuh..

Agak ‘gigil’ juga mendengar cerita-cerita pengalaman gang di sini mengenai perkara yang menjadikan tekanan itu..sampai aku naik taksub pada orang yang memberi tekanan..ternyata dia hebat, bijak guna kuasa untuk mewujudkan tekanan..

Apa-apa pun, aku cuba ambil positif benda ini..aku tak mahu ia jadi sesuatu yang membuatkan aku tidak termotivasi dalam bekerja..

Aku datang ke sini bukan untuk ambil alih tekanan itu..dan kau tak boleh sesuka hati untuk mengalihkan tekanan itu..sebaliknya, aku boleh berkongsi..sama-sama rasa..kita bekerja sebagai satu pasukan..jadi itu kuncinya…

Andai kata aku atau kau yang lain tak boleh begitu, sama ada aku berambus atau kau sendiri hantar surat letak jawatan..

Benda ini mudah..jangan buat susah..

Cabuk mahu senyum..terus senyum..

  1. haha, welcome back kawan. jangan menekan diri dengan tekanan yang tak pasti. senyum selagi boleh senyum. berhenti senyum apabila perlu dan berundur bila tiba masanya. bising pun tiada guna kerna orang orang itu dan organisasi akan tetap utuh.

  2. terima kaseh kawan..ingatan ini akan aku pegang..hehehhee..tq..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: