Aku dan Hal-hal Perbandaran

Kasihan aku tengok pakcik ini..rajin benar dia tulis surat..tapi masalah tak juga selesai..alahai..

selepas dua tahun aku jadi datuk bandar, bersara, masalah ini masih ada lagi..

Warga emas ini sudah 18 tahun turun naik  pejabat kerajaan selain menghantar surat aduan namun pe nyelesaian permasalahan yang dihadapi berkaitan jalan masuk  ke rumah kediaman miliknya di Kampung Lembah Indah,  Selayang masih tidak kunjung tiba.
Bagi P. Mariyappan, 53, memiliki sebuah rumah di atas  sebidang tanah hak milik sementara (TOL) sejak 1992 tidak  memberi sebarang kenikmatan kepadanya ekoran tidak mem punyai jalan susur masuk ke kediaman tersebut.
Hanya yang ada, sebuah lorong yang sempit dikelilingi  deretan pagar milik jiran dan hak untuk memiliki jalan sendiri  dinafikan.
Berikutan masalah itu juga, peluang untuk dirinya mem perbaiki taraf rumahnya yang semakin uzur juga tidak ke sampaian apabila lori untuk membawa bahan binaan tidak boleh  masuk sehingga ke laman rumah.
Di atas tanah sekangkang kera itu, Mariyappan bersama isteri  dan lima anaknya mendakwa, masalah itu sudah diadukan  kepada Pejabat Tanah Daerah Gombak dan Majlis Perbandaran  Selayang (MPS) sejak dulu lagi namun sehingga kini ia tidak  dapat diselesaikan.
“Beratus-ratus surat sudah dihantar, saya kerap pergi ke  pejabat mereka tapi masalah kecil ini tidak dapat selesai.
“Saya bukan duduk atas tanah haram, saya ada geran yang  sah dan hak untuk ada jalan sendiri pun ada ‘terlukis’ dalam  pelan, tapi semua hanya angan-angan saja,” katanya ketika  ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Menceritakan semula mengenai masalah tersebut dakwanya,  dalam pelan asal yang diperolehi dari Pejabat Tanah Daerah  Gombak, terdapat laluan masuk ke rumahnya.
Cuma sekarang katanya, jalan yang sepatutnya ada ia di pagari oleh lot kediaman jiran yang bebas menaiktaraf rumah  masing-masing sehingga dikatakan mula menceroboh tanah  miliknya.
Tambah buruk lagi katanya, usaha untuk membaiki rumah  yang semakin uzur itu tidak kesampaian apabila kenderaan  seperti lori tidak dapat masuk dan ia menyukarkan kerja-kerja  pembinaan untuk dijalankan.
“Jarak dari utama ke rumah saya kira-kira 500 meter, takda  kontraktor yang sanggup untuk baiki rumah bila kena tinggal  barang binaan jauh dari rumah.
“Lagipun, andai kata saya longgokkan bahan binaan di jalan  utama ia akan menganggu lalu lintas dan timbul salah faham  anatar jiran,” katanya.
Justeru, Mariyappan berharap masalah ini dapat diselesaikan  dengan segera supaya kehidupannya dapat diteruskan seperti  biasa daripada perlu berpindah ke tempat yang lain.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: