Aku dan Budak Sekolah

* Siapa cikgu nak marah saya, mak bapak saya pun tak marah-marah saya macam nih..

* Apa hak cikgu potong rambut anak saya, pandai-pandai betul..

* Dengan slumber, sekumpulan budak sekolah hisap rokok selepas keluar pagar sekolah..

* Dah la rambut panjang yang laki ye, perempuan siap warna rambut, pakai tak kemas..

Aku boleh katakan ini antara fenomena baru budak sekolah sekarang..mahu atau tidak, semua umat manusia perlu telan hakikat ini..tak payah saman, memang budak-budak sekarang tak makan saman..

Berlagak macam hebat, bila kena marah, kena tindakan, kena denda, balik mengadu pada mak bapak..alahai..

Hairan juga aku kenapa budak sekarang susah sangat nak kena marah..paling buruk lagi, dah kena marah, boleh buat slumber saja..

Satu ketika aku membesar, aku diasuh dengan bahasa ‘tangan’, ‘tali pinggang’…telinga naik merah disumbat hamburan kemarahan..tapi..aku tak anggap ia satu ancaman..lebih berbentuk hukuman dan pengajaran mendidik aku jadi manusia seperti sekarang..

Dalam keberanian kau melepak tak tentu hala, malas jemaah di surau, laju kau merempit di jalanan, panjang tangan kau merayap di badan anak dara orang, berdansa macam monyet kene gigit kerengga di kelab malam, akhirnya pandai pula kau rujuk mak ayah..apa, orang tua kau ke halalkan semua perbuatan kau tuh..

Takut juga aku…budak-budak sekolah sekarang, dah tak kenal mana halal haram..mana marah nasihat..mana makian teguran..semua kau ambil mudah, pandang negatif..entah..apalah kau nak jadi..

ps: aku dapat idea entry ini lepas baca kolum bos aku..tajuk: cukup adunan, kuih pasti sedap..best siiiooouuttt tulisan nih..

  1. budak sekarang nie cara dia orang berfikir dah berubah… persekitaran memainkan peranan yang yang tersendiri…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: