Aku, Press Photographer dan Wedding Photographer

Akhirnya…aku ada alasan tepat untuk menulis entry dengan tajuk di atas…

Ya..mungkin nampak seperti kebudak-budakan isu pertembungan idea jurugambar media dan jurugambar kahwin yang masing-masing hebat dalam ‘padang sendiri’ menjadi hangat awal bulan ini..

Ekoran komen tangan yang berbunyi celupar si Wedding Photographer yang cukup gah dalam industri kahwin mawin ini, mengatakan sesuatu yang cukup sensitif..

Aku hanya mengetahui perkara hanya selepas mendapat jemputan (invitation) daripada seorang rakan di FB…jujur, aku agak terkejut..

I Hate SaifulNang …. Saiful Nang..insan Tuhan yang cukup berbakat ini cukup terkenal..aku sendiri secara jujur meminati hasil tangannya..kebijaksanaan dalam mengembang namanya yang Melayu Islam hingga ke arena antarabangsa..sampai di situ saja aku tau..

Kelangsungan daripada itu, aku turut terbaca di blog Fauzi mengenai benda yang sama..aku kira cantik huraian sahabat aku ini..

Mungkin ada benar kata Tun M..Melayu mudah lupa…pepatah Melayu juga ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya..

Aku tak rasa Saiful cukup bijak dalam menangani situasi dengan memberi komen yang berbunyi ” ramai press photohgrapher sebenarnya tak pandai ambil gambar pun ” (ada panjang lagi, lu orang baca sendiri) apabila diajukan soalan mengenai teknik shoot speedlite direct oleh seseorang yang mungkin peminat atau pelajar dia…

Andai kata kalau soalan itu diajukan kepada Cabuk yang tak pernah belajar secara khusus dalam fotografi (takdak sijil, takdak diploma, takdak ijazah, tak pergi kelas foto pun) namun hasil ajaran rakan-rakan press photographer selama aku bekerja dalam bidang ini, aku rasa dapat jawab dengan baik tanpa menyinggung mana-mana pihak..

Ya..secara jujur juga, aku agak terusik dengan isu ini..sebab, kau usik kawan-kawan aku..merujuk kepada press photographer, mereka adalah sahabat aku..lagipun, dah lama aku perhatikan benda ini sejak profesion jurugambar kahwin @ mahu menjadi jurugambar @ tiba-tiba nak beli kamera meletup sehingga secara mendadak beberapa tahun lalu dan sejak kebelakangan ini..

Hal ini sesuatu yang baik, aku tak sanggah tapi cuma attitud yang tidak berapa bijak sesetengah photographer yang boleh aku gelar amatur ini..anda semua mungkin hebat dalam padang anda, tapi tidak beerti anda terhebat sebagai jurugambar keseluruhannya sehingga boleh mendabik dada..

Salahkah kau terus merendah diri dengan sifat mahmudah..iku resmi padi, makin berisi, makin tunduk..fikir-fikirkan satu perkara..Press Photographer boleh jadi Wedding Photographer…ini sudah terbukti..cuma adakah Wedding Photographer sanggup masuk dunia press untuk jadi Press Photographer…

Secara kebetulan, sesuatu yang hampir sama berlaku pada aku..dalam satu majlis hari jadi member aku, seseorang yang aku kira baru terjun dalam dunia fotografi menegur aku cara-cara mengendali kamera.ketika itu aku sedang memegang sambil membelek kamera milik seorang kawan…aku tak marah, terkejut dan tidak pula aku melatah..aku hanya biarkan dia bercakap..tak mengapa, biarpun dia kahwin dengan member aku, tak bermakna dia kenal aku..apa-apa pun, terima kasih atas tunjuk ajar kau..

Sedikit nasihat dari aku yang bodoh pasal kamera kepada gang yang baru nak naik pegang kamera..belajar terus belajar..dunia ini luas untuk dirakam dengan pelbagai pengalaman..yang penting, jangan hangat tahi ayam sampai jadi Mat Jenin..

    • Penjelajah Blog
    • January 20th, 2010

    hebat tulisan kali nih bro, keep it up,

  1. terima kaseh tuan penjelajah..

    • deen.samsuri
    • January 20th, 2010

    Peringatan yg sgt baik….

    • Baru cebur bidang photo
    • January 22nd, 2010

    kata kata yang penuh berisi…
    nice scratch here… hope to read more and more soon… =)
    ciou…

    • acap
    • January 22nd, 2010

    well said bradah!!..kpd hmpa yg baru nk blajar,blajar la dgn cara yg betol,berguru pada yg tahu..kerana kami2 dulu pun pernah berada di tempat hmpa suma,kami mula dari bwh…xtau la kalau2 ada yg lahir2 umur 2 hari,mak dlm pantang lg dh pandai setting shutter suma,hahahaa…

  2. Deen.samsuri: tq bro..
    Baru cebur bidang photo: peringatan utk aku juga..
    acap: sama2 ikut resmi padi..

    • kepompong
    • January 22nd, 2010

    “Salahkah kau terus merendah diri dengan sifat mahmudah..iku resmi padi, makin berisi, makin tunduk..fikir-fikirkan satu perkara..Press Photographer boleh jadi Wedding Photographer…ini sudah terbukti..cuma adakah Wedding Photographer sanggup masuk dunia press untuk jadi Press Photographer…”

    -aku suka dgn statement ni…memang benar ape yang dikatakan…cuba bagi dak2 wed,ni try sekali je dari pagi hingga malam jadi press photog…boleh ke nak arah2 menteri??VVIP soh posing mcm tu mcm ni??

  3. kepompong: tak mengapa..kita tgk kalau andai kata peluang itu ada..

    • hamba Allah
    • January 29th, 2010

    syn xmnyebelahi mn2 pon..just..sometimes people make mistakes..that’s the real life..kdg2 Allah berikan hidayah pd sesiapa sj unutk sampaikan nasihat..sebb tu Nabi pesan, dengan shj nasihat tnpa lihat siapa yg nasihat…mudahnya, xperlu besarkan bnda yg kecil..anggap itu kata2 unutk mereka yg lemah, yg rasa bagus xperlulah melatah…untuk apa bermusuh2 memburuk2 sesama Melayu ISLAM…yg jatuhnya kita sendiri~~ (^_^)

  4. Hamba Allah: sebagai yang x terlibat, statement ini cukup cantik..bijak..saya setuju…

    • acap
    • January 30th, 2010

    hamba Allah..sebenarny siapa yang melatah? anyway thanks for the statement/nasihat,nothing wrong with it…

    cume biasala,kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang..
    tp kalo kite ni angin pun tak,pokok pun x,so biarkan jelh pepatah ini menyampaikan mesejnya yg tersendiri..

  5. acap: saya setuju juga dgn saudara..

    • Baby
    • February 13th, 2010

    Salam Bro…

    Saya biasa bekerja dikelilingi fotografer press. Saya amat faham macam mana tugas mereka, gambar macam mana yang mereka perlukan dalam setiap event, cara mereka bekerja dsb. Saya faham kerja mereka sangat pressure, dan mereka berada dalam situasi ni banyak kali sehari (maklumlah assignment banyak).

    Pada masa yang sama saya akui saya juga minat dengan SN sebab bagi saya dia memang individu berkarisma dan berwawasan tinggi. Tapi saya belum pernah jumpa SN secara live mahupun melihat sendiri cara beliau bertugas.

    Walaupun minat dan hormat saya tinggi terhadap SN, saya berpendapat beliau tak sepatutnya keluarkan statement macam tu. Itu statement bongkak namanya. Nak buat boleh, tapi senyap-senyap dalam hati sajalah hehehee… Saya kira sebagai fotografer yang berpengalaman, SN kenalah anggap fotografer lain yang pakai direct flash dalam event itu sebagai satu cabaran bagaimana dia nak capture gambar yang cantik di sebalik lampu “liplap” yang banyak itu.

    Tapi apa pun, permohonan maaf secara bertulis dan terbuka sudah pun dibuat. Harap semuanya kembali aman damai selepas ini.

  6. ya..bagus la begitu..

    • izad
    • December 24th, 2010

    yer bro setuju ngan lu.. aku pun baru je berkecimpung dalam bidang photography dalam 3 4 tahun.. walaupun mase pendek ni.. aku pun dah nampak… ade yang gah tak tentu pasal.. ada yang releks humble.. tu yang pening.. so ape yang aku buat.. shoot and shoot and shoot.. until u satisfied..

  1. January 15th, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: