Aku dan Nazudeen Mahmud

Nama ini mungkin tidak cukup popular untuk sesiapa seantero Malaysia..tapi ia cukup dekat dengan gang-gang media atau orang kebanyakan yang cukup menyenangi tingkah lakunya..

Jurugambar (Press Photographer) Kumpulan Utusan (M) Berhad ini meninggal dunia kira-kira 12.45 tengahari tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arwah dikatakan secara tiba-tiba sesak nafas di pejabat sebelum dikejarkan ke HUKM..aku sendiri cukup terkejut bila sampai pejabat tengok ramai orang keluar dari pejabat..ku sangka ada yang nak buat riot sebab gaji tak naik-naik lagi..rupanya ada kematian berlaku..

Seingat aku, arwah baru saja berjanji untuk mendapatkan PSP yang murah untuk aku..itu kalau tak silap, Sabtu lalu..arwah yang cukup terkenal bercakap dalam telor Perak yang pekat, selalu bikin aku ketawa bila bersama dia..

Dan..aku cukup hormat dia sebagai Press Photographer dengan pelbagai karya gambar yang cukup bermutu..lebih-lebih cukup handal dalam shoot gambar sukan..dan cukup merendah diri tanpa perlu bercakap bodoh seperti sesetengah photographer yang lain sampai orang boleh sakit hati..

Malah, arwah cukup berani apabila sampai tugasan mencabar yang perlu melibatkan memetik kamera dalam keadaan yang tersembunyi…satu ketika, aku bersama dia di Klang untuk tugasan meninjau aktiviti penjualan DVD dan VCD haram..arwah cukup berani sampai petik kamera depan kedai haram tersebut tanpa dikesan..geleng kepala aku..

secara kebetulan, untuk tugasan khas terbaru, kumpulan aku memerlukan Press Photographer seperti dia..baru semalam aku sebut nama dia dalam meeting..hari ini dia meninggalkan aku pula..

AL-Fatihah untuk Nazudeen Mahmud…

PS: aku terharu lihat ramai orang datang melawat jenazah dia tadi..orang baik bukan..tak tahulah aku kalau ada photograher yang mulut celupar, masa dia mati nanti macam mana lah..arwah biasanya kalau ada sesiapa kacau kawan dia, sah dia gasak cukup-cukup..sayang kawan arwah ni..aku nampak Bazuki bersama Press Photographer yang lain tadi di HUKM…ramai..

    • Farul Azri
    • January 22nd, 2010

    Innalillah & Al fatihah.. semogo rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin!

  1. Amin…

  2. Takziah utk keluarga arwah.
    Sesungguhnya, arwah Nazudeen merupakan antara jurufoto terbaik Utusan. Hasil kerjanya dan pendekatan dia dlm tugasan memang mengkagumkan saya.
    Saya mengenali arwah lebih 10 thn lalu, dan kali terakhir jumpa dia bulan lepas.
    Arwah seorang yg amat merendah diri, dan tidk kedekut ilu terutama pd junior2 .
    Wajah arwah yg berjambang dan bermisai tebal langsung tdk sepadan dgn sikap dan tingkahlakunya yg amat menyenangkan dan baik hati..
    Dan, dia merupakan insan yg boleh disifatkan kawan dlm ertikata sebenar.
    Semoga Allah mencucuri rahmay ke atas rohnya.
    Pemergiannya satu kehilangan amat besar kpd Utusan, rakan2 jurutfoto dan wartawan.

    Al Fatihah, Amin…

  3. benar bagai dikata..itu Nazudeen..al-fatihah untuk belia..

  4. Abang deen.. memang terbaekk… 2 tahun bersama dengan beliau dekat utusan dahalu.. pernah dia cakap takda orang pun “disana” yang hargai apa dia buat.. sesungguhnya saya merindui hasil kerja gila beliau.. seorang photographer yang paling berani pernah saya jumpe.. Orang yang baik sempoi klakar.. sporting.. saya pasti ramai yang rindukan beliau.. semoga rohnya dicucuri rahmat.

    • Anak Mizi
    • July 16th, 2010

    Biasa lee…Orang Perak memang baik hati, walaupun ada juga yang jenis mulut celupar, tapi hati tetap baeeek punyaaa…..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: